Sunday, 9 April 2017

suji salju(amie's little kitchen)

BAHAN A :-)
150 gm minyak sapi
100 gm mentega
100 gm gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1biji kuning telur

BAHAN B :-)
100 gm cornflakes, dikisar halus
100 gm tepung jagung
50 gm suji (semolina)
280 g tepung gandum-ayak

BAHAN C :-)
Susu tepung secukupnya -utk salut biskut yg dah masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B  kecuali tepung gandum dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemaran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
  3. Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

No comments: