Sunday 30 August 2015

kek coklat moist (kukus)

Alhamdulilah hari ni diberi kekuatan dan kerajinan untuk membuat kek coklat dan karipap...
Jumaat lepas khairiah balik ..tu terajin sikit..nak ikutkan malas juga ..tp bila reramai ni,lehlah makan sesama..kualiti masa bersama keluarga tu penting...masa Lin memblog ni...Khairiah sibuk ulangkaji ..spm dah dekat dah...PT3 lagilah dekat..Tp Hakim "cool" jea...umpama acunya kata ..."hakim tu dah bg tumpuan kat kelas,tu yg rilek jea"...Yealah acu...


Ehhhhhh,melalut pula..sebenarnya nak kongsikan resepi kek coklat ...
Kek ni kurang manis...sesuai utk yg nak diet...
Lin cuba buat guna susu cair...ganti gula halus...
Jom kita tgk dan buat utk makan sesama keluarga...resepi ni lin "copy paste" dr blog "SINAR KEHIDUPANKU"...


KEK COKLAT MOIST KUKUS

resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )
  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.


GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek


 
NI GAMBAR KEK DARI BLOG K.YATIE..(SINAR KEHIDUPANKU)

Friday 28 August 2015

CARA BUAT BAJA BUAH

"copy paste"dari blog kebun Bandar...banyak lg cerita tentang berkebun di blog tersebut..


Cara membuat baja organik cecair sebagai baja buah. Gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair. Ikuti cara satu persatu dengan mudah.


Bahan-bahan:
1. Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)


Kisar
1. Kulit pisang (700g)
2. Kulit udang (belum dimasak) (200g)
3. Kulit telur (100g)


Alat
1. Bekas besar
2. Botol plastik 1.5 L


Cara-cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 20 hari.
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.

Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok


Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah

TIP BERKEBUN DI RUMAH....

NI HASIL DARI BLOG KEBUN BANDAR


10 tip berjaya berkebun di rumah


Pada hari yang cerah dan nyaman, anda terasa ingin berkebun. Sebelum anda pergi mencangkul dan membuka paket biji benih, apa kata lihat tip-tip ini untuk anda berjaya berkebun.


1. Pengubahan anak benih (transplanting seedlings)
Sesetengah biji benih perlu disemai dahulu pada talam semaian sebelum boleh pindah tanam di kebun. Apabila anak benih sudah mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar, sudah tiba masanya aktiviti pengubahan berlangsung.
Ketika pengubahan, “Jangan pegang batang anak benih kerana batang itu adalah nyawanya,”  jelas Puan Zaleha Ujang, pegawai pengurus ladang sayur Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia. Pegang daun anak benih, “Kerana daun boleh tumbuh semula,” tambah beliau lagi.


2. Pengerasan (hardening)
Pengerasan ialah satu proses penyesuaian anak benih sebelum ia dipindahkan sepenuhnya ke atas batas. Pastikan anak benih selesa dengan persekitaran kebun sebelum pindah sepenuhnya atas batas. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum pindah atas batas letakkan anak benih di kebun. Teduhkan ia dahulu dan kemudian barulah pindahkan ia sepenuhnya di atas batas
.
3. Masa penanaman
Suasana yang redup dan nyaman adalah waktu yang sesuai untuk pengubahan anak benih dilakukan iaitu di awal pagi ataupun lewat petang. Ini bagi memastikan anak benih kepanasan dek kerana pancaran cahaya matahari.
Siram talam benih atau bekas sehari sebelum pindah anak benih ke atas batas.


4. Di kebun
Ketika pengubahan berlangsung, pastikan anak benih berada dalam keadaan teduh. Korek lubang dahulu. Jika tak dapat tarik anak benih dari talam semaian dengan daunnya, tonggengkan talam semaian dan pegang tanah keliling anak benih. Atau korek keliling anak benih dan pastikan akar tidak tercedera.
Tanam setara atau sedikit dalam di tanah seperti mana semasa anak benih di atas bekas semaian. Jika tanah terlalu lembab ia boleh menyebabkan batang reput.
Untuk tomato, tanam dalam lebih dalam. Kajian oleh Pusat Kajian dan Pendidikan Florida mendapati anak benih tomato yang ditanam sehingga ke paras daun sebenar pertamanya berbuah awal dan menghasilkan tomato yang lebih besar dan banyak berbanding tomato yang ditanam melepasi akarnya sahaja.
Tekan sedikit tanah keliling anak benih agar padat tapi jangan terlalu padat sehinggakan air tidak dapat meresap masuk. Siram setiap anak benih kemudiannya.


5. Hari pertama
Anak benih memakan masa 2-3 hari atau berminggu sebelum ia menyesuaikan diri di kebun anda. Jika ada daun layu atau batang bengkok menunjukkan itu gejala kejutan pengubahan. Ia berlaku apabila proses pengerasan tak dilakukan dengan lengkap atau cuaca yang ekstrem seperti panas melampau atau hujan lebat.

Kebanyakan tumbuhan akan kembali pulih beberapa hari kemudian. Untuk itu, pastikan,
  • tanah sekelilingnya padat supaya tiada gelembung udara yang akan mengeringkan akar pokok.
  • lindungi anak benih dari pancaran terik matahari dan hujan lebat dengan sungkupan.
  • siram apabila 3 cm tanah atas mulai kering. Jangan siram jika ia basah, kerana ia tidak membantu langsung.
Dalam buku The New Starters Handbook (Rodale, 1988), penulis Nancy Bubel menyarankan agar tunggu sekitar seminggu hingga 10 hari selepas pengubahan sebelum membaja. Anak benih akan mengeluarkan akar yang menyerap makanan setelah itu dan ketika itulah pertumbuhan rancak berlaku. Disarankan untuk menyembur baja foliar, jika ada.


6. Semai terus
Selalunya untuk biji benih murah dan mudah didapati di pasaran seperti kangkung, jagung dan bayam. Semai sedikit dahulu di atas batas untuk lihat percambahan. Jika menjadi, barulah semai semua.


7. Kedalaman penanaman
Tanam terlalu dalam, biji benih tak bercambah, manakala tanam terlalu cetek, biji benih hanyut dibawa hujan atau dimakan haiwan.
Umumnya, tanam biji benih besar dengan kedalaman 3 kali diameternya (bukan panjang). Biji benih seperti kangkung, jagung, kacang panjang dan timun dikira biji benih besar.
Untuk biji benih halus seperti bayam dan sawi, gaulkannya dengan pasir halus dan tabur di atas batas atau bekas semaian.
Sesetengah biji benih seperti salad memerlukan cahaya untuk bercambah. Letakkan sedikit pasir halus di atas biji benih atau biarkan sahaja atas tanah atau bekas semaian. Namun pastikan ia melekat pada tanah dengan menekannya sedikit.


8. Batas atau tiada batas
Jika tanah di kebun anda selalu banjir atau berlopak, pembuatan batas adalah amat digalakkan. Jika tak, hanya gemburkan kawasan penanam sudah memadai. Penyediaan batas akan memudahkan pengendalian untuk mengawal rumpai nanti.


9. Sebelum mula
Sediakan satu buku khas bagi mencatat jurnal penanaman anda. Ia tidak wajib tapi semestinya ia dapat membantu anda untuk musim penanaman seterusnya.
Adalah satu perkara asas untuk menetapkan jenis sayur yang ingin ditanam dan lokasi penanaman agar memudahkan jadual perancangan penanaman nanti.
Penglabelan nama dan tarikh pada penanda untuk diletakkan pada anak benih selepas pengubahan membantu catatan jurnal nanti.
Jika kasut anda penuh dengan tanah melekat padanya, ia petanda tanah kebun anda terlalu basah untuk aktiviti pengubahan atau semai terus dilakukan. Tunggu sehingga ia kering.


10. Gemburkan kembali
Telah beberapa minggu berlalu aktiviti anda menggembur dan membentuk batas di kebun. Tanah kebun anda mungkin telah mengeras dek hujan dan panas matahari yang memancar. Gemburkan ia kembali (juga jangan lupa untuk merumpai). Walaupun begitu cangkul hanya sedikit sahaja kerana jika terlebih gembur akan merosakkan Tanah.

JOM BERCUCUK TANAM

Masa Sesuai Tanam Benih Pindah




Menanam tumbuhan daripada biji benih adalah satu yang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan dalam aktiviti berkebun. Banyak varieti sayur yang pelik dan unik hanya terdapat apabila kita tanam dengan biji benih. Untuk menanam varieti tumbuhan tersebut, kita perlulah tahu tentang menanam anak benih.


Daun Sebenar


Bagaimana memindahkan anak benih?

Salah satu soalan daripada orang ramai adalah “bilakah boleh saya pindah anak benih?”
Ini soalan bagus apabila kita mula menanam pokok melalui biji benih. Memahami masa sesuai pemindahan ini mampu memberi kesan baik pada pertumbuhan tanaman nanti.
Jika kita mengubahnya ke atas batas atau dalam pasu lain sebelum anak benih bersedia, terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Pertama, anak benih akan cepat layu. Seterusnya akan mati akibat kekurangan air, terlebih cahaya matahari, atau kerosakan akar.


Apabila ingin memindahkan anak benih, tiada peraturan tetap. Ada yang mengatakan ketinggian anak benih menjadi ukuran. Sebenarnya tida. Ini kerana setiap tumbuhan berbeza saiz dan masa pembesarannya. Lagipun, jumlah penerimaan cahaya oleh anak benih mempengaruhi kadar pertumbuhan ketinggiannya apabila kita menanam melalui biji benih. Ada yang terlalu tinggi dan ada pula yang kemetot.


Jika kekurangan cahaya, tumbuhan boleh tumbuh tinggi dengan cepatnya, tetapi ia mungkin tidak bersedia untuk ditanam di kebun. Cara terbaik adalah dengan melihat daun sebenar yang muncul sebelum menanam anak benih ke kebun.

Daun sebenar anak benih

Petua mudahnya adalah dengan melihat apabila anak benih sudah mengeluarkan 3 hingga 4 daun sebenar. Daun sebenar menandakannya sudah sesuai untuk dipindahkan ke pasu atau tempat yang lebih besar. Ketika ini akar anak benih sudah semakin banyak dan kuat.


Penerangan awal saya, apabila kita menanam dengan biji benih, daun pertama yang keluar atau muncul adalah kotiledon. Daun ini akan nampak berbeza daripada daun yang muncul seterusnya. Fungsi daun itu adalah untuk membekalkan makanan kepada anak benih dalam tempoh masa singkat sementara anak benih sedang membesar.


Daun sebenar tumbuh beberapa ketika selepas kotiledon. Daun sebenar akan muncul dan mula menghasilkan tenaga melalui proses fotosintesis. Proses ini memberi makanan kepada tumbuhan sehingga ia mati.


Kita perlulah memastikan daun sebenar ini cukup sebelum memindah anak benih ke kebun atau pasu agar pembesaran anak benih berjalan dengan lancar.


Kita hanya perlu ingat, bukanlah ketinggian tetapi jumlah daun sebenar yang muncul yang akan menentukan bilakan ia sesuai dipindahkan.




PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING



Resepi ni dr FB  kak Wan Raudzah Wan Ismail




PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING



SPONGE CAKE
Kek Span Vanila
Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A
130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila


Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg
kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang
selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi
selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.
Biarkan ia sejuk.


Kek hazelnut azlita



275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam
Semua bahan di atas diayak
150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C
Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu
Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati
Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.
Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan



KACANG KARAMEL



100 gm kacang Pecan
40 gm brown sugar
2 sudu besar madu
Pecan di panggang dlm oven hingga rangup.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
Jangan sampai gula hangus
Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
Gaul rata dengan segera
Kemudian tuangkan di atas loyang.
Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit.
Ketepikan.



CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING



200 gm butter
1/2 cwn whipping cream
300 gm cream cheese
3/4 cwn gula aising diayak
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butterscotch
Pukul butter, cream cheese hingga berkrim.Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga gebu.Masukkan whipping cream, butterscotch dan vanilla.Pukul hingga lembut dan rata.



Butterscotch



4 sudu besar butter
1 cwn brown sugar
3/4 cwn whipping cream
1 sudu teh vanilla
Cairkan butter, masukkan brown sugar.Masak hngga gula larut dan masukkan whipping cream.Masak hingga mendidih dan sebati.Masukkan vanilla.Tutup api, ambik 2 sudu besar, sejukkan dan masukkan dlm adunan cream cheese.Selebihna simpan dlm peti sejuk dan tahan berbln bln.
Sos butterscotch
3 sudu besar brown sugar
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
2 sdb corn syrup
1/2 cawan whipping cream
Masukkan ke semua kecuali whipping cream.Masak hingga berbuih dan gula larut.Masukkan whipping cream, kacau rata dan tutup api.
80 gm white choc
Masak secara double boiler hingga coklat cair sepenuhnya dan tuang kedlm sos butterscotch.Sejukkan.
Letak kek lapisan pertama
Paipkan sos butterscotch, letak pecan.
Paipkan frosting cream cheese dan ratakan.
Buat yg sama utk lapisan seterusnya.Sapu seluruh kek dgn creamcheese frosting.Simpan dlm peti sejuk hingga frosting mengeras.Tuang sos butterscotch dan deko dgn pecan.




AYAM GOLEK

Assalamualaikum...


Hari ni nak cerita apa yea...
Oh yea..hari ni anak dara sorang tu balik dari asrama..adiknya suruh masak ayam golek...tp ayam yg Lin masak tak golek pun...dok meniarap jea...tak kuasa nak kasi golek2...


Hero paling kecik ni memang pandai mengomen..."mak..nape ayam ni tak garing..."...Oh lah anak...pandai sungguh ko berkata2...maaflah nak..ni pertama kali mak masak ayam golek..lain kali kita cuba lg yea...habislah separuh ayam tu dimakan berempat...lagi separuh kita makan dengan kakak pula yea...


meh Lin kongsikan resepinya...Maaf..tak sempat nak snap gambar...dah diselesaikan oleh cik abang..


Ayam Golek 


Sesudu besar jintan manis
Sesudu besar jintan kasar
2 labu  bawang besar
2 inci halia
Sesudu besar lada hitam.
garam dan gula secukup rasa


Bersihkan luar dan dalam ayam tu..
Jangan potong tau
Nak ayam tu sekor...
Buanglah kepala dan kaki
kasi kisar semua bahan diatas..
Tadi Lin masak guna resepi ni..tak terasa sangat rempah ratus nya..
Insyallah lain kali kasi buat dua kali ganda..


dah kisar berbahan tu semua...masukkan dlm periuk..masuk sekali ayam yg dibersihkan.
isi air sehingga menutupi ayam tersebut...rebuslah sehingga empuk...dah empuk..baru dibakar ke dalam oven...


Tadi Lin buat penambahan...Lin atur keliling dulang pembakar ayam tu dengan kentang yg telah dikupas kulitnya dan dipotong lapan...sedap gak makan sekali dengan ayam


bakar ayam tu sehingga 30-60 minit...td lin bakar 30 minit..tak brp garing...60 minit ok kot...


air rebusan tu...lin buatkan sup..tak membazir...


ayam ni lin kasi lawankan dengan nasi ayam...


Resepi Nasi ayam


Beras 4 cawan
4 ulas bawang putih
daun pandan
3 batang serai
minyak zaitun
minyak sapi
garam
Halia


Memula...basuh dulu beras yang hendak kita masak tu...
Tumbuk bawang putih..
Tumbuk juga halia..
Masukkan minyk zaitun dan minyak sapi...Minyak2 ni anggaran setiap satu tu 2 sudu..
dah panas...kasi masuk bawang putih...Nampak kekuningan atau garing...masukkan halia...masuk juga serai dan daun pandan...
lebih kurang 2/3 minit...masukkan beras td...kasi gaul rata semua bahan...masuk garam pula...
tutup api ..
ambil 2 cawan air rebusan ayam tadi...3 cawan air tapisan...masak seperti biasa...
siap sudah nasi ayam...


Cili nasi ayam


6 biji lada besar
4 ulas bawang putih..
gula secukup rasa
cuka masakan


kisar lada besar dan bawang putih...
rebuskan dengan gula dan cuka...
tutup api setelah cili ni pekat sedikit...cecair pun ok...tp jgn cair sgt...tak sedap..
sebelum ditutp api nya...jangan lupa rasa dl...kalau kurang manis..tambah sikit gula..


selesai sudah menu untuk hari ini...


Esok masa untuk membeli barangan fertigasi pula...
masa untuk menanam sayur2an...



Wednesday 26 August 2015

"bailando" (enrique iglesias) / ZUMBA IVAN MONTERREY feat. ZUMBA CHARITY


ZUMBA

KEBAIKAN SENAMAN ZUMBA

Zumba, rutin 'workout' dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan langsing dan 'fit' ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus berzumba hari ini!

Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan 'kewujudan' lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?

Badan Lebih Tegap

Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.

Memperoleh Rakan Baru

Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang 'gila-gila' menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.

Lebih Bertenaga & Seronok

Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!

Pelepas Tekanan


Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.

Sesuai Semua Usia

Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.



TREADMILL

Secara asasnya, senaman treadmill terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pemanasan badan, senaman dan penyejukan badan.





Bagi yang pertama kali memulakan senaman treadmill, sesi senaman yang dicadangkan adalah :





Lima minit sesi memanaskan badan

Tetapkan kelajuan treadmill pada tahap tiga atau empat.
Tetapkan kecondongan (incline) pada tahap kosong.





Dua puluh minit sesi senaman

Berjalan di atas treadmill mengikut kelajuan yang ditetapkan.
Tetapkan kelajuan pada tahap lima atau enam.





Satu atau dua minit menyejukkan badan

Tetapkan kelajuan pada tahap dua dan ke bawah.






INFO: Cara menetapkan kadar kecondongan


- Kadar denyutan jantung (heart rate measurement-HRM)

Kiraan : 220 - (umur), contoh : 220-25 = 195

Untuk sesi pemanasan badan, tetapkan pada 50 hingga 60 peratus daripada kadar denyutan, contoh 50 x 195 / 100 = 97.5

Untuk sesi senaman, tetapkan pada 70 hingga 80 peratus daripada kadar denyutan, contoh 70 x 195 / 100 = 136.5

Untuk sesi penyejukan badan, tetapkan pada 50 peratus daripada kadar denyutan, contoh 50 x 195 / 100 = 97.5


Tuesday 25 August 2015

MAKANAN MALAYSIA YANG MENGGEMUKKAN

Hari ni hari terakhir khairiah periksa percubaan...
merdeka...merdeka...merdeka....
jgn merdeka sgt yea khairiah...ni baru percubaan...bukan spm betul...
mak doakan kakak mendapat keputusan yang baik...lebih baik dari periksa penggal dl....
habis jea khairiah periksa...Lin pun bersenam...senam atas treadmill...
Hari ni lin hebat...Lin berjalan  kat atas tu selama 3 jam...berapa kilometer ?cuba teka...Lin berjalan sepanjang 10.36 km..jauhnya...patut tadi berhenti kejap mcm jalan diatas awan..hua...hua....jalan macam tak jejak tanah..mcm hantu pula...kelajuan lin 6 km sejam...huhhhhhhhhhhh...
memang kerja gila...Lin bakar sebanyak 500 kalori...500 kalori ni bersamaan dengan apa yea...jom kita tengok makanan yg sama dengan 500 kalori...


MAKANAN MALAYSIA


 Roti Canai





Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

Nasi Lemak


Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

. Fast Food

Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

Local Fast Food a.k.a Mamak

Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

Donuts



Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

Pisang Goreng

Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

Minuman Bergula

Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

Teh Tarik


1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun

 Kuih Muih

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal

 Nasi


Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal





Wednesday 19 August 2015

POKOK BUAH PULA.....

Assalamualaikum...

Hari ni..bagi salam dl..
Minggu lepas,pergilahke Sg Buloh...Dalam beberapa bulan ni,Lin dan Encik suami ada buat perniagaan sikit...bisnes "supply"tanah dan Baja ke kedai DIY...Alhamdulilah..rezeki..sambil beli barang yang orang nak..bolehlah lin cuci mata cuci beg duit...selalu Lin akan beli Tanah untuk tanaman Lin juga...Lin kan suka tanam pokok Rose Jepun..apa lagi..belilah dlm 10 kampit Tanah...
Bila beg duit tu Nampak mcm kembong sikit..Lin belilah pokok orkid ke..he..he..he..beli sikit2..lama2 penuhlah taman Lin...

Minggu lepas Lin beli pokok buah pula...pokok mangga Irwin...pokok rambutan anak sekolah...pokok gajus dan pokok mangga cokanan...meriahlah kebun kat bawah tu..belum sempat lagi menanamnya..Insyallah cuti merdeka ni nak tanam...tanam dengan anak dara dan hero ku...jom kita tengok macamana pokok2 yang di beli tu...kita ambil gambar dari pakcik google jealah...


MANGGA IRWIN





Salah satu varietas mangga introduksi dari Australia yang selain memiliki tampilan menarik tetapi juga memiliki rasa ‘ramai’ adalah Mangga Irwin.

Seperti halnya mangga Yuwen, mangga Irwin memiliki tampilan warna merah yang menarik pada buahnya, warna merah pada buah mangga ini muncul disebabkan adanya hormon antosianin. Hormon antosianin berasal dari glukosa yang diubah oleh sinar matahari bergelombang pendek-100-200 mµ. Pada irwin antosianin berkumpul di pangkal buah dekat tangkai. Pigmen karotenoid yang tersebar merata di kulit buah memberi latar warna kuning. Sementara klorofil pemberi warna hijau hanya tersisa sedikit terletak di ujung buah.




 
Mangga Irwin yang dapat mencapai ukuran cukup besar mencapai berat 500 gr perbuahnya ini memiliki tekstur daging padat agak berair dengan serat cukup halus dan mengandung sedikit tepung. Rasa manis berkat kadar gula 12-15º briks memenuhi rongga mulut. Itu diakhiri sensasi asam yang menyergap bagian samping belakang lidah.

Selain merupakan varietas mangga yang difavoritkan untuk tabulampot karena kecantikan buahnya ini, mangga Irwin sudah dikebunkan di Majalengka, Karawang, Bekasi dan Situbondo dengan musim panen Oktober sampai Januari.

Itu baru sebagian dari sekian banyak jenis varietas buah mangga, berbagai jenis buah mangga tersebut memiliki ciri khas dan rasa tersendiri, tekstuur buahnya juga berbeda-beda. Bagi para penikmat buah mangga, mangga-mangga tersebut bisa menjadi pelampiasan untuk menikmati buah mangga. Mangga mempunyai viamin C yang tinggi dan bagus buat pencernakan karena kaya serat.
 
 
 

MANGGA CHOKANAN

 
 
Mangga Chokanan adalah tanaman jenis bermusim. Jenis tanaman ini memerlukan stress musim panas dan kering untuk menghasilkan bunga dan berbuah. :) Makanya jika musim panas, kering tiada hujan jangan lah kita merungut. InsyaAllah 120 hari selepas itu dapat lah merasa musim Mangga Chonanan.
 
 
Mangga Chokanan rata-rata paling sesuai berbuah selepas 3 tahun ditanam. Pada usia 3 tahun pokoknya sudah bersedia dan cukup besar untuk mengeluarkan buah. memandangkan buah mangga keluar di hujung tangkai, maka semakain banyak hujung tangkai, semakin bayak lah buahnya (*kalau ikut logik).
 
walaupun begitu syor yang sesuai bagi mangga chokanan adalah 1-3-9-27-81-243. Bermaksud 243 hujung ranting dan jika setiap hujung ada 2-3 biji, dan 2-3biji = sekilo
 
Mangga chokanan paling sesuai ditanaman di kawasan tanah yang bersaliran baik. Keadaan tanah yang lembap dan sering berair akan menyukarkan kerja-kerja peng "stress" an pokok sekaligus menyukarkan pengeluaran bunga.
 
Selain daripada alam semula jadi cuaca panas, pembungaan pokok mangga juga boleh dicetuskan oleh hormon. Kalau tidak silap, nama bahan aktif yang sering digunakan adalah Palcobutrazol.
 
Selain keperluan stress, mangga chokanan juga jenis tanaman yang perlu disiplin. Sebenarnya untuk menghasilkan bunga mangga, pengusaha tanaman ini hendaklah menjaga tanaman nya sejak pucuk daun lagi.
 Cantasan, keluar pucuk muda, jadi pucuk tua, keluar bunga, keluar buah. Sekiranya dalam tempoh pucuk ke peringkat buah ini pengusaha tidak menjaga dengan baik, a.k.a Escape dari kebun maka bermacam-macam lah yang akan terjadi pada buahnya. Berbintik, berulat, berlubang, berkulat dsb.





Mangga chokanan sebenarnya berasal dari Thailand, pokok-pokok yang ditanam atas nama mangga Chokanan adalah berasal dari cara Cantuman Mata Tunas, atau Baji, atau Sanding.
 
 
 
 
 
 

GAJUS

 
 
  • Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter.
  • Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika
  • Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang.
  • Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi.
  • Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
  • India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia.
  • Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional.
  • Di malaysia daun gajus dijadikan ulam
  • Daun gajus digunakan secara tradisional untuk erawat sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan membersihkan mata.
  • Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
  • Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.
  • Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut
  • Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser
  • Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria.
  • Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes
  • Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah.
  • Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.

RAMBUTAN ANAK SEKOLAH

Rambutan (nama botani: Nephelium Lappaceum L.) adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pokok rambutan boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Biji benih rambutan adalah jenis rekalsitran. Biji benih rambutan boleh disemai di dalam kotak semaian dan hendaklah dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 20 x 25 cm apabila mencapai ketinggian lebih kurang 30 cm. Biji benih juga boleh disemai terus ke dalam polibeg. Rambutan juga biasanya dibiak dengan cara cantuman. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil dan telah mengeluarkan daun baru.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Lubang penanaman berukuran 60 x 60 x 60 cm perlu disediakan dengan jarak 10 m dalam sistem penanaman tiga atau empat segi sama. Tanah atas yang dicampur dengan 10 -15 kg baja organik dan 0.5 kg baja fosfat hendaklah digunakan sebagai baja asas.
Tempoh di permulaan musim hujan adalah paling sesuai untuk memulakan kerja penanaman di ladang. Anak pokok yang baru ditanam hendaklah dilindung dengan struktur pelindung seperti pelepah daun kelapa. Penyungkupan adalah digalakkan bagi tujuan memulihara kelembapan tanah dan mengawal pertumbuhan rumpai.

Penyelenggaraan tanaman[sunting | sunting sumber]

Pemangkasan hendaklah dilakukan bagi menyelenggarakan keutuhan pokok dan membentuk kanopi serta meningkatkan pengeluaran buah. Pemangkasan secara sistem buka tengah hendaklah dilaksanakan dengan menyingkirkan cabang atau tunas-tunas air daripada pokok. Bahagian dahan yang dicantas hendaklah segera dirawat dengan bahan perawat pokok ('tree dressing').
Merumpai boleh dilakukan secara manual, kimia atau mekanikal. Pengawalan rumpai secara mekanikal dengan menggunakan traktor boleh menjimatkan tenaga pekerja. Penyemburan racun kimia untuk lalang dan rumpai lain bolehlah dilakukan dengan menggunakan glyphosate atau paraquat.

Pembajaan[sunting | sunting sumber]

Pembajaan boleh dilakukan secara tabur rata atau ditanam dalam bentuk poket di sekeliling pokok pada hujung kanopi. Pembajaan yang seimbang dan tetap akan menjamin pertumbuhan sihat dan penghasilan tinggi di peringkat kematangan pokok.

Pengurusan perosak[sunting | sunting sumber]

Tanaman rambutan umumnya bebas daripada perosak dan penyakit utama. Penyakit kulapuk walaupun tidak serius tetapi kadang-kadang boleh menyerang bahagian dahan dan ranting. Cara kawalan penyakit ini ialah dengan semburan racun kulat Benomyl.

Pengurusan hasil[sunting | sunting sumber]

Putik buah rambutan
Buah rambutan yang telah masak
Keratan rentas buah rambutan.
Pokok rambutan boleh mengeluarkan hasil selewat-lewatnya tiga tahun selepas ditanam. Buah rambutan mengambil masa 90-120 hari untuk matang. Perubahan warna daripada hijau kepada kuning atau merah merupakan petunjuk bahawa buah sudah sedia untuk dituai. Bergantung pada klon rambutan, hasil semusim ialah di antara 80 – 200 kg/sepokok. Buah-buah yang baru dituai hendaklah dimasukkan ke dalam bakul dan elakkan dari dipadatkan antara satu sama lain. Penyimpanan buah yang padat akan menyebabkan buah khususnya bahagian bulu-bulu lebih cepat rosak dan berwarna kehitaman.

Jenis-jenis rambutan[sunting | sunting sumber]

  1. Rambutan budak sekolah
  2. Rambutan gula batu
  3. Rambutan kawin

 
 

Saturday 15 August 2015

JOM MAKAN SAYUR...

SAYUR






KHASIAT sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Namun, masih ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.


Alasannya, pahit, pelik dan tidak enak lantas mereka lebih rela mengasingkannya daripada hidangan sebelum hilang selera. Apapun, mereka harus menerima hakikat bahawa tubuh badan sememangnya memerlukan sayur untuk hidup sihat.






Jenis sayuran dan khasiatnya


Sayuran boleh dikelaskan ke dalam kumpulan atau keluarga biologi yang dibahagikan kepada enam iaitu menjalar, akar, cruciferous, berdaun hijau, batang dan bebawang. 


Sayuran menjalar seperti timun, labu dan zucchini enak dinikmati apabila ia masih muda dan biasanya dimakan begitu saja atau dimasak. Ia mempunyai rasa manis dan pedas apabila dimakan. 



zucchini


Misalnya, zucchini ialah sumber serat yang baik bagi membantu mengurangkan sembelit dan memberi perlindungan daripada kanser kolon.


Zucchini mengandungi folat yang penting dalam pembahagian sel dan sintesis asid deoksiribonukleik (DNA). Selain itu, ia membantu mencegah kecacatan pada tiub saraf janin jika diambil sebelum mengandung.





Labu pula ialah sumber vitamin C dan A selain mengandungi flavanoid yang membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh serta mencegah terjadinya penyumbatan pembuluh darah. 


Ia berfungsi sebagai antioksidan dan membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau bengkak pada tubuh badan. Biasanya, labu direbus dan ada juga yang gemar menjadikannya pencuci mulut.




keledek


Sayuran daripada keluarga akar seperti kentang, keladi dan keledekberbeza daripada kepekatan dan keseimbangan antara gula, kanji dan karbohidrat lain.


Jenis sayuran berkanji ini biasanya menjadi makanan ruji sebagai sumber karbohidrat di sesetengah negara seperti Afrika Barat atau kawasan tropika yang biasanya direbus dan dilenyek untuk membuat hidangan dinamakan fufu atau poi.







Kategori sayuran daripada keluarga cruciferous pula seperti kubis, brokoliserta kubis bunga berpotensi menghalang pembentukan hormon kelenjar tiroid di kalangan mereka yang kekurangan iodin menerusi kandungan goitrogen. 


Jika dimasak lebih 30 minit tanpa henti, ia boleh mengurangkan jumlah sebatian goitrogen yang terkandung di dalam sumber berkenaan secara semula jadi. 


Misalnya, sebanyak satu pertiga kandungan goitrogen akan dinyahaktifkan apabila brokoli direbus justeru, bagi memastikan sumber khasiatnya kekal di dalam sajian yang dimakan, ia perlu dimasak secara stim. 


Sayuran hijau seperti kubis daun, bayam dan salad mengandungi zeaxantin. Bayam mengandungi vitamin C, zat besi, kalsium dan serat. 


Kandungan asid folik dan serat yang tinggi baik untuk mengekalkan kesihatan. Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi dan kalium serta beta karotena.







Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan mereka yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan masalah ginjal. 


Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membantu memperbaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati. 


Sayur berbatang seperti asparagus dan saderi mempunyai khasiat tersendiri. 



Misalnya, asparagus ialah sumber sayuran yang rendah kalori dan natrium.


Ia juga sumber vitamin B6, kalsium, magnesium dan zink yang baik selain mengandungi serat, protein, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid folik, besi, fosforus dan kalium.


Selain itu, asparagus adalah sumber mineral yang baik untuk membantu meningkatkan keupayaan insulin yang membawa glukosa dari sel darah.


Biasanya, asparagus dijadikan pembuka selera atau ulam. Ia boleh dihidang melalui masakan
Asia yang digoreng bersama makanan laut, dipanggang atau dimakan mentah dan dicampur ke dalam hidangan salad.


Bebawang seperti bawang, bawang merah dan bawang putih juga mengandungi khasiat tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan.




Misalnya, bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat, asid folik, kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. 


Penyelidikan mengenai khasiat bawang merah kepada kesihatan mendapati, ia mengandungi dua sebatian utama iaitu sulfur seperti allyl propyl disulfide dan flavonoid. Flavonoid dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis. 


Memakan bawang merah setiap hari juga boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis selain kandungan sulfur yang boleh membantu kulit kelihatan muda.









Perbezaan warna sayuran
Satu cara mudah mengklasifikasikan sayuran berwarna adalah melalui warnanya. 

Warna pada sayur-sayuran mempunyai manfaat tertentu untuk kesihatan kerana bahan kimia di dalamnya yang menghasilkan warna terbabit.





Sayuran putih mengandungi sulforaphane iaitu sebatian organosulfur yang boleh menjadi antikanser yang didapati secara semula jadi daripada sumberbrokoli, kubis Brussel atau kubis.


 





Bagi kubis merah dan biru serta sayuran berwarna ungu seperti terung, ia mengandungi sumber antosianin yang membantu melindungi tubuh manusia daripada kanser, memperbaiki fungsi minda dan membantu menjaga jantung yang sihat.




Jangan takut untuk menikmati sayur-sayuran berwarna merah seperti tomato kerana ia mengandungi sumber lycopene yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kanser paru-paru, prostat dan perut.


Petua Untuk Mengekalkan Zat Sayur

• Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.

• Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.

• Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.

• Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.

• Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.

• Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.

• Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut



SAYUR yang rangup, sedap, segar serta penuh zat sememangnya penting kerana hidangan lebih enak untuk dinikmati seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil.


Selain khasiat yang tinggi, sayur juga sebahagian menu yang penting kerana jika tiada masakan berasaskan sayur di atas meja, ia umpama menghilangkan seri resipi yang lain. 

Namun, kadangkala kita berdepan dengan masalah sayur yang layu sebelum dimasak atau terlalu pahit hingga sukar menjamahnya. Oleh itu, berikut panduan untuk menyediakan sayur yang enak dan segar: 

Menghilangkan pahit peria

Ambil peria, buang bijinya serta dipotong ikut keinginan sebelum dicuci dengan bersih. Potongan peria itu kemudian direndam dalam larutan yang dicampur dengan satu senduk garam dan dibiarkan antara 15 minit hingga 25 minit bagi mengeluarkan air peria yang pahit. 


Selepas itu, cuci peria hingga bersih bagi membuang garam pada sayur itu. 

Kemudian, rebus peria selama lima minit sebelum ia sedia dimasak mengikut selera masing-masing. Hasilnya peria tidak terlalu pahit dan boleh dimakan semua. 

Kekalkan kesegaran sayur

Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk mengekalkan kesegaran sayur.

Antaranya, ambil sayur yang disimpan dalam peti ais dan direndam dalam air bercampur sedikit cuka selama beberapa minit sebelum dimasak. Sayur juga akan lebih rangup menggunakan cara ini jika ia tidak dimasak lama. Kotoran pada sayur juga mudah disingkirkan. 


Selain itu, sayur dibasuh terlebih dulu dan kemudian boleh dimasukkan dalam beg plastik, dibungkus dengan
surat khabar atau disimpan dalam bekas plastik sebelum dimasukkan dalam peti ais supaya ia kekal segar. Cara lain yang boleh digunakan ialah merendam sayur sepenuhnya dalam air sebelum dimasak. 








Kekalkan kesegaran taugeh

Sayur taugeh boleh dikekalkan kesegarannya dengan merendamnya dalam air dan lebih baik sekiranya ia dititiskan sedikit dengan perahan limau. 





Kekalkan kesegaran bendi

Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh yang singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini bukan saja memastikan bendi tidak berlendir, kesegarannya juga lebih lama. 




Mengenal pasti sayur yang segar

Jika ingin membeli sayur, perhatian perlu diberikan kepada beberapa ciri yang ada pada sayur itu. Misalnya jika memilih bendi, pastikan bahagian hujungnya tidak keras dan pilih tomato yang tidak terlalu berwarna oren kerana bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah. 


Sayur seperti kubis juga perlu dipilih daripada jenis yang berongga besar dan
ringan. 





Mencantikkan rupa sayur



Rebus sayur dalam air yang dicampurkan sedikit minyak masak sebelum dihidangkan. Minyak tadi akan menyebabkan sayur nampak cantik, berkilat dan menyelerakan.