Sunday, 9 April 2017

MEE KUAH


Sumber : Blog Dari Dapur Kak Yah,
Dapur Mamasya & MaDiHaA
(MaDiHaA buat 2 kali resepi di bawah)

Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning (450 gm)
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling/kisar
1 sudu besar sos tiram (MaDiHaA tambah 1/2 sudu lagi)
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili (MaDiHaA tambah sesudu lagi)
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang (ikut keperluan)

2 biji telur
Sawi

Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering (MaDiHaA letak 1 1/2 je)
sebiji cili merah (MaDiHaA tak letak)
Gula dan garam
Limau nipis (MaDiHaA guna limau kasturi)


mamasya tambah (pilihan-tak nak letakpun tak pa) 
2 ketul ubi kentang rebus- dilenyek (MaDiHaA tambah juga untuk pekatkan kuah)
beberapa ekor sotong (Yang ni MaDiHaA tak letak)

MaDiHaA tambah 1 keping tauhu goreng & dihiris 
MaDiHaA tambah taugeh mentah semasa mkn

Cara-cara
Mee dikacau-kacau di bawah aliran air dan ditoskan. (MaDiHaA rendam air panas kejap kemudian cepat2 tos)
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling. Biar sampai wangi dan masukkan udang kering. Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang (Udang MaDiHaA masukkan akhir sekali) dan masukkan air(berpadanan). Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. Masukkan gula dan garam, dan sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning. (MaDiHaA tak campurkan terus mee kuning.. tapi hidang berasingan spt mee kari)
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Nota dapurmamasya
Masukkan ayam dulu sampai mendidih, barulah masukkan ubi kentang, udang dan sotong. sayur dan cili tidak dimasukkan terus dlm kuah. 


No comments: