IKAN GULAI LENGKUAS BEREMPAH
Bahan
1 ekor (1kg) ikan nyok-nyok (dipotong kecil)
5 sudu besar minyak masak
2 sudu besar rempah cap bunga rose
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 keping asam gelugor
1 hekai daun limau purut (dikoyak)
1 cawan terung pipit
15 biji belimbing buloh
Garam secukup rasa
Bahan Kisar
10 biji cili api
3 biji cili merah
1 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
3 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Membuat
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan rempah kurma sehingga pecah minyak.
2. Masukkan santan, air dan asam gelugor. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan garam. Masak lagi sehingga mendidih.
4. Masukkan terung pipit dan belimbing buloh.
5. Kacau rata dan masak lagi sehingga mendidih dan agak pekat.
6. Hidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment