Sunday, 9 April 2017

KEK KURMA MOIST TANPA TELUR (BLOG MADIHA)

KEK KURMA MOIST TANPA TELUR

 ( 18cm )

Bahan2
  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat) (MaDiHaA ayak bersama2 tepong gandum)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)

Cara-cara
  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran) Masukkan kurma dalam bekas mixing                          
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.

NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna. 
Selamat mencuba!

No comments: