Thursday 30 March 2017

kuih keria butterscotch (azlita aziz masam manis)



Keria Gula Melaka
Untuk membuat keria, sebaiknya kita pilih keledek putih, kerana ia kurang serap air dan mudah untuk di bentuk. Jika guna keledek oren atau unggu, jangan kupas kulitnya ya, kita kukus atau rebus bersama kulit supaya ia tak serap air. Bila dah empuk, baru kita angkat sejukkan dan kupas kulitnya.

500 gm keledek putih ~ kupas kulit, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk mengoreng

Bahan Sira

3/4 cawan gula Melaka ~ di hiris
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

Keledek di rebus bersama garam hingga empuk
Setelah empuk, di lenyek hingga halus
Capurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bulat
Buat hingga habis adunan
Susun keria atas loyang yang di sapukan sedikit tepung supaya tidak melekat

Panaskan minyak dalam kuali
Gorengkan keria hingga keperangan
Angkat dan biarkan sejuk

Dalam kuali yang bersih
Satukan bahan sira
Masak hingga gula pekat
Masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria

Butterscotch Sauce
2/3 cawan gula perang
6 sudu besar unsalted butter
1/2 cawan golden syrup
secubit garam
1/2 cawan dairy whipping cream / tick kream / double cream
1/3 cawan coklat butterscotch
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gula perang, butter, garam , esen vanilla dalam periuk dan masak hingga gula larut dengan api sederhana
Bila gula dah larut masukkan cream dan masak lagi hingga pekat sedikit
Tutup api dan masukkan coklat butterscotch
Kacau rata dan sejukkan

kuih koci ( azlita masam manis)


KUIH KOCI MELELEH
Resepi oleh : Chah

Untuk Inti

1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja ~ pilih kelapa yang agak muda )
2 -3 keping gula melaka ( 1 cawan )
Gula pasir (1/3 cawan - jika kurang manis boleh tambah )
2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum


Masak gula melaka , sedikit gula pasir dengan air kelapa hingga gula hancur.
Masukkan simpulan daun pandan.
Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit.
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Masak hingga agak kering.
Sejukkan.

Untuk Doh

1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
1 1/4  cawan tepung pulut
Sedikit garam halus

Keledek atau labu di kupas, kemudian di rebus dengan sedikit garam dan air
Angkat seteleh empuk dan toskan airnya
Lenyekkan labu
Gaulkan Keledek bersama tepung pulut dan sedikit garam
Uli hingga menjadi doh

Inti kelapa yang kita sediakan tadi kita uli sebesar guli
Leperkan doh dan letakkan inti
Kemaskan dan bulatkan semula, ketepikan

Untuk Santan

1 cawan santan
1 sudu teh tepung beras
secubit garam


Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan
Masukkan doh yang telah di letakkan inti dalam santan
Sediakan daun pisang yang di potong bersaiz 10 x 12 ( 10 inc panjang dan 12 inc lebar )
Daun pisang hendaklah di layurkan terlebih dahulu sebelum di potong. Jangan lupa untuk cuci bersih daun pisang.
Kemudian sapukan sedikit minyak pada daun pisang ( bahagian yang nak letak kuih )
Sekarang bolehlah kita mulakan proses membungkus

Daun pisang di sapukan sedikit minyak
Letakkan doh yang bersantan di tengah-tengah daun
Dan lipat kemas. 
Kelepitkan di bahagian hujung daun sebelah kiri dan kanan lipatan
Kemudian lipat ke bawah kemas
Ulang proses yang sama dengan bahagian yang sebelah lagi
Kemaskan
 
Susun dalam kukusan
Kukus kuih dalam kukusan selama 15 minit atau hingga kuih masak
Angkat dan sejukkan

kasui goyang sana goyang sini(azlita masam manis)

KASUI GOYANG Resepi Oleh : Lyn Abd Rahman

1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit kicap pekat manis ( ita letak 1 sudu besar kicap pekat )
2 helai daun pndan
1 sudu teh kapur makan ( bukan air kapu ya )


Masak gula pasir dan gula merah bersama air dan daun pandan yang telah di simpul
Masak sampai gula laur dan air didih
Bila dah didih biarkan suam , kemudian baru sukat dapatkan 5 cawan. Kalau tak cukup tambahkan sedikit air suam
Satukan tepung ubi dan tepung gandum dalam bekas, tuangkan air gula dan gaul rata.
Letakkan kapur dan kicap
Gaul rata dan kemudian di tapis
Tuang dalam loyang 10 X 10 inc yang telah di sapu minyak masak dan di lapis plastik
Kukus selama 25 minit atau sehingga masak
Sejukkan sebelum di potong.

Kemudian gaulkan bersama kelapa parut putih yang telah di gaul bersama sedikit garam
Sedia di hidangkan

kek pisang kukus (azlita aziz - blog masam manis)

Assalamualaikum....

Bebaru ni sibuk nak buatkan brownies untuk hakim,cuba buka blog kak azlita dari blog masam manis...dua tiga buka,tapi tak boleh juga...akhirnya lin pm kat fb k.ita...bagi tau blog nya tak boleh dibuka...baru lah lin tau..blog kak ita tertutup...alhamdulillah semalam dapat tengok semula blog kesayangan lin ni..

Takut kes macam tu berulang kembali,lin cuba salin dan kongsikan di sini resepi yang lin suka...jangan bosan tau tengok  lin masukkan resepi makanan jea...selamat membaca resepi...baca jea dl yea...lin tak sempat lagi nak cuba resepi k.ita...kekadang bila dah cuba,lupa pula nak ambil gambar...



KEK PISANG KUKUS
Resepi Oleh : 
Amydanish
Rujukkan : Yatie

Bahan-Bahan

2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4cwn gula ~ jika suka manis boleh letak 1 cawan
1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
1 cwn pisang dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 sudu kecil esen pisang

secubit garam

Cara-Cara

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan secubit garam .
Ketepikan dulu.
Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang. 
Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. 
Akhir sekali tambahkan esen pisang.
Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega. 
Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.
 
 



chocolate congo bar (azlita ziz-blog masam manis)

CHOCOLATE CONGO BARS Resepi Oleh : Norlie

280 gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko

Satukan bahan di atas dan ayak

250 butter ~ di cairkan
300 gm gula caster ~ ita guna gula perang
3 biji telu B ~ ita guna 2 biji telu A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan chocolate chip
1/2 cawan cranberries ~ tambahan
Coklat cadbury sebagai topping hiasan jika suka

Pukul telur dan gula caster dengan whisk aje hingga sebati.
masukkan esen vanila dan gaul rata
Masukkan bahan yang di ayak dan kaup balik sempurna
Masukkan butter cair dan kaup balik
Akhir sekali masukkan choc chip dan cranberries dan gaul rata

Sediakan loyang 10 x 10 ( kek sedikit tinggi ) kalau nak nipis sikit guna loyang 12 x12 inc
Sapukan sedikit butter pada loyang dan alas loyang dengan baking paper
Tuang adunan dalam loyang dan ratakan
Hiaskan atasnya dengan coklat cadbury jika suka
bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170 C
bakar selama 30 minit atau sehingga ia masak sempurna
Tunggu sejuk baru di potong kepada kepingan

mula belajar jalan

Assalamualaikum...
hari ni dah 2 rejab...sekejap jea masa berlalu...tak lama lagi bulan syaban...lepas tu ramadhan....timbul lah pula syawal...tahun ni tahun kedua beraya tanpa abah..rindu abah..kekadang rindu itu datang dengan sendirinya...lagi2 bila kita rasa "down"...dulu kalau ada masalah,jarang cerita dengan abah atau mak...selalu cerita dengan angah...angah ni sepupu lin yang duduk sekali dengan keluarga lin...dia lah menjaga kami semua ketika mak dan abah pergi kerja...angah pun dah meninggalkan kami...pergi untuk selamanya...semoga kami adik beradik dapat membalas jasa arwah abah dan angah dengan kiriman doa dan amal jariah untuk mereka...aamiin...

Sebenarnya,lin nak cerita pasal aktiviti lin bebaru ni...sekarang pepagi lagi lin dah mula berjalan kaki...hajat di hati nak dapatkan 10 000 langkah sehari...tapi tak pernah lagi tercapai...setakat ni dah 4/5 hari lin berusaha ke arah itu...bukan senang tau nak dapatkan 10 000 langkah sehari...cakap senanglah..cuba korang buat...mesti sakit sana sini...lin memula buat aritu,sakit tulang kering..adoi,carilah minyak urut utk kasi lega sikit...lelama ok dah...biasalah bila badan tak pernah berjalan banyak langkah..mulalah sakit sana sini...

kali ni,lin jejalan kat padang dengan encik suami...encik suami yang mana?alah ..mana lagi encik suami yang ada ..tu lah satu yang ada...tu lah madu...tulah racun...adatlah kan berumah tangga...sendiri tafsirlah...

Balik kepada jalan kaki tu...pagi tadi lin jalan keliling taman..tak seronoklah...tak de "challenge"...lin suka jalan reramai...lin selalu buat gini...katalah kita nampak ada mak cik /adik/kawan kat depan  tu,dalam hati dah berkata2...aku mesti potong dia...happy tau kalau kita jalan laju ,boleh potong kawan kat depan..best gila...jalan kat taman ni,jalan sesorang...encik suami mana?encik suami lin ni tumit dia dah rasa sakit sejak tiga empat hari lepas...jadi dia naik basikal kasi teman sepanjang jalan tu...siapa tak sayang bini kan???lagilah bila bini cun gitu...ha...ha...ha...cun lah sangat...cun apa ,kalau tak cun..tak kan ada orang nak kat kita...kah..kah...kah...minta maaflah yea..tetiba perasan cun..

kat sini lin kongsikan rekod peribadi lin berjalan laju ni(tak sampai seminggu lagi)
1) 22/3 3820 langkah
2) 24/3 5659 langkah
3) 27/3 7602 langkah
4) 28/3 7834 langkah
5) 29/3 5996 langkah
6) 30/3 5976 langkah

alhamdulillah...masih bertahan dan semangat...tapi kan...jalan ,jalan juga ..tapi berat turun naik jea...adoi hai...ni nak kena diet baliklah kot...no carbo..no sugar....

insyaAllah nanti nak diet dan jalan sekali..nak pecahkan rekod ni...semoga esok penghulu hari...dapatlah 10 000 langkah...kalau 8 pusingan pun dapat 7834 langkah...mau 10 pusingan padang ni...cuba esoklah..mana tau kan...insyaAllah boleh...Allah kan ada...oklah ,panjang umur kita jumpa lagi...

assalamualaikum...jom solat asar....

Monday 27 March 2017

Bengkang pandan dari fb sheila


BAHAN BAHAN :

10-15 helai Daun Pandan *
250 ml Santan Pekat
2 cawan Air *
2 batang Kulit Kayu Manis (jika suka) *
1 tin Susu Cair
6 biji Telor size A
1 cawan Gula Pasir
1/2 cawan Margerin
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1/2 sudu kecil Garam Halus
Sedikit Pewarna Hijau

Blend semua bahan bertanda (*), tapis dan perah.  Tak perlu blend sampai halus yer nanti terasa sangat getah pandan tu. Blend sekali lalu jer dah. Jika ada bubuh kulit kayu manis, hati hati masa memerah takut ada serpihan kulit kayu manis yang tajam. Jangan sampai terluka jari.
.
Panaskan oven pada suhu 160C selama lebih kurang 10 minit. Gaul rata semua bahan dalam sebuah bekas bersama perahan daun pandan dan santan yang diblend awal tadi. Kemudian, blend semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam acuan yang telah dilenserkan dan bakar sehingga sehingga masak lebih pada suhu 170C atau mengikut kapasiti oven masing masing menggunakan api atas bawah. Selepas lebih kurang 15 min, tarik keluar sedikit dari oven dan taburkan bijan di atas permukaan bengkang. Hati hati takut kena oven yer.
.
Sambung semula proses membakar selama lebih kurang 1 jam atau hingga masak. Boleh ditambah juga waktu membakar jika ingin lebih garing kelilingnya. Intai intailah juga sebab kondisi oven saya mungkin tak sama dengan oven anda. Pada 10 minit  terakhir saya menggunakan Api atas sahaja sebab saya nak bagi bahagian atas dia garing. Setelah masak cecepat sapukan sedikit margerin di atas permukaan bengkang yang panas. Renggangkan dulu pintu oven dalam 15 minit baru keluarkan dari oven.
.
Pada yang bertanya, ni pulak cara saya bakar Bengkang atas dapur gas dengan periuk dia.. Kena ada lapik kat bawah dia tu dan ditutup periuknya. Api pun kena kecik jer.. Harap dapat gambaran yang jelas
.
Kalau nak keliling dan tengah Bengkang ini lebih garing, bolehlah bakar atas dapur gas menggunakan periuknya sendiri yang bertutup dan berlapik seperti gambar di atas. Apinya biarkan kecil jer dan masak hingga gari

Sunday 26 March 2017

Epsom salt

Epsom salt juga dikenali garam Inggeris adalah sahabat tanaman anda.

   Selamat digunakan, ia rahsia pokok subur dan mengatasi pelbagai masalah tanaman.

  Epsom salt mempunyai pH neutral dan kristalnya larut apabila disiram.
  
  Boleh digunakan pelbagai cara seperti kaedah siraman, tabur di sekeliling pokok, digaul dengan tanah ketika menyemai, dicampur dengan baja AB untuk kaedah hidroponik atau sebagai foliar (baja semburan).

Antara kelebihan epsom salt:
1. Meningkatkan peratusan percambahan biji benih
● magnesium membantu menguatkan biji benih sejak dari awal percambahan iaitu dengan menguatkan dinding sel biji benih.
Untuk hasil yang baik, guna 1 cawan epsom salt utk 100 kaki persegi tanah, atau gaul 1 sudu makan epsom salt pada tanah/peat moss sebelum menyemai biji benih.

2. Meningkatkan kadar penyerapan nutrien yg diperlukan oleh akar pokok (nitrogen, fosforus dan sulfur)
●Campurkan epsom salt pada tanah untuk memperbaiki penyerapan secara semulajadi.
Anggaran 1 sudu makan epsom salt utk keluasan 1 kaki persegi.

3. Mengatasi masalah pokok terkejut ketika dialih dari bekas kecil ke bekas lebih besar.
●Tabur/siram epsom salt di sekeliling pokok sebaik saja ia dapat rumah baru bagi membantu mengatasi masalah pokok terkejut dan kecederaan akar ketika dialihkan. Letakkan pokok yang dialihkan di tempat redup atau yg mendapat sinaran matahari pagi selama seminggu sebelum didedahkan secara langsung kepada sinaran matahari.

4. Menambahkan kehijauan tanaman.
Tanaman yang kekurangan magnesium boleh dikenalpasti apabila daunnya kekuningan.
  Ini kerana magnesium adalah komponen penting dalam penghasilan klorofil.
●Tabur/siram 1 sudu makan epsom salt sebulan sekali di sekeliling pokok.
●atau bancuh 1 sudu makan epsom salt dengan 4 liter air. Sembur pada tanaman.

5. Mencegah daun kerinting
Daun kerinting mungkin disebabkan kekurangan magnesium. Biasa berlaku pada tanaman cili dan tomato.
●2 sudu makan epsom salt campur dengan 4 liter air siram pada pokok/daun.

6. Mengatasi masalah siput dan lintah bulan yang suka memakan daun dan anak benih.
  Jika dicampurkan ke dalam set hidroponik, menggalakkan kesuburan tanaman selain mencegah pembiakan jentik-jentik.

7. Mengatasi masalah bunga atau buah gugur. Melebatkan bunga dan buah, menjadikan buah lebih manis.
● Tabur pada pokok buah dan sayuran berbuah.

8. Rasa tomato lebih lazat dan manis
● 2 sudu makan epsom salt dibancuh dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali

9. Meningkatkan hasil cili (berbuah lebat).
●Tabur 1 sudu makan epsom salt utk 1 kaki persegi 2 minggu sekali

10. Pokok ros lebih cantik
Membantu menjadikan saiz bunga lebih besar dan berbunga lebat, menguatkan rintangan pada penyakit dan serangan perosak tanaman.
● 1 sudu makan utk 1 kaki persegi tanah. Boleh ditabur di sekeliling pokok.
● Juga disembur iaitu 1 sudu makan epsom salt dibancuh dgn 4 liter air. Sembur pada daun dan pucuk.

Resepi capati dr fb mamak haji

RESIPI ROTI CAPATI LEMBUT MAMAK HAJI:

"Roti", "Capati",atau "Pulka", adalah makanan ruji bagi penduduk di utara India bukan nya bagi yang di Selatan. Di Selatan India masakan Thosai, Idli menjadi pilihan utama. Di negara kita capati diperkenalkan oleh kaum India Sikh atau Punjabi. Senang cakap kegemaran orang Benggali, tetapi beggali tak suka sangat dengan "roti benggali" tetapi kita yang suka. Namanya roti benggali kerana yang buat dan jual dari suku kaum punjabi di negara kita. Roti bengali sejenis roti yang keras sedikit dari roti bun biasa sangat sesuai untuk dicicah dengan sup kambing atau dalca.

Tepung untuk membuat capati ini dipanggil, "tepung Atta" ia bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. Dulu Tepung ini murah dari tepung gandum tetapi kini tepung ini lebih mahal dari tepung gandum pulak dah.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

- 2 cawan tepung atta.

- 2 sudu besar minyak masak.

- 1 sudu besar yogurt (nestle natural) atau 2 sudu besar susu penuh krim / atau satu sudu besar susu tepung..

- 1 cawan Air suam kuku atau biasa. Sukatan kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya berat tepung 100gm airnya lebih kurang 50ml. (1kg air bersamaan dengan 1 liter air biasa).

- 1/2 sudu kecil garam atau ikut kemasinan anda.

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan masukkan pula garam dlm air suam dan kacau rata. Masukan air suam / sedikit demi sedikit dan masukkan yogurt sekali. Sebatikan tepung dengan air, anda akan dapat doh yang melekit pada tangan anda, Pada masa ini lah anda PERLU masukkan minyak masak 2 sudu besar pada doh ini. Minyak akan kurangkan kemelekitan doh. Boleh juga tambah sedikit minyak masa ulian pada tangan anda atau dlm bekas ulian. Uli selama 5 minit sehingga permukaan doh menjadi licin dan lembut. Doh yang lembut boleh diuji dengan cucuk jari anda pada doh ia akan tinggalkan bekas jari anda.

2. Ini penting! bila siap doh, simpan / perap doh dibungkus "plastic wrapper" atau dalam bag pelastik atau tutup bekas uli doh bersama doh yang telah uli dengan kain lembab selama satu jam. Ini perlu untuk minyak bertindak ke atas "gluten" tepung untuk tidak lagi mengeraskan tapi bina rantaian yang lembut. Selepas 1 jam anda boleh rasa sendiri doh akan menjadi sangat lembut dari asal.

3. Bahagikan doh dan mula buat bebola sebesar buah lemon. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan golek dgn memberi sedikit tekanan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Tepung digunakan sekiranya bebola ini melekit di tapak tangan semasa membentuk bola,tapi jangan gunakan tepung banyak sangat nanti jadi keras pulak.

4. Ambil bebola capati ini, leperkan sedikit di tapak tangan anda dan tekapkan dalam bekas tepung (boleh guna tepung gandum biasa) dan tepuk sedikit untuk hindarkan tepung berlebihan (Ingat tambah tepung anda keraskan doh jadi guna paling minima).

5. Doh itu letak atas papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh telah leper itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Jangan tekan kuat sangat roller biarkan roller itu bergerak sendiri. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 6". Sebelum anda leperkan doh, tentukan sapukan sedikit tepung pada permukaan doh senipis (dusting) tepung ke atas permukaan capati belum dibakar supaya kepingan itu tidak melekat pada permukaan pengalas atau satu sama lain.

5. Panaskan kuali leper dengan api dapur tinggi. Kuali kena betul-betul panas. Cara mengujinya ialah bila kita renjis air pada kuali leper panas itu..air renjisan kena sejat dengan 1 atau 2 saat saja. Ini penting yea. Roti yang bakar perlu cepat.

6. Sebelum masukkan capati yang belum bakar itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit di antara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati.

7. Bila permukaan atas capati kering saja , dengan cepat terbalikan capati itu dan putarkan capati itu dengan kain atau tisu kitchen towel supaya ia bakar rata. Dengan pantas terbalikan kembali..(masa kurang kurang dari 1 minit) . Anda boleh lihat permukaan ini telah masak. (kalau nak gelumbong boleh kenakan sedikit tekanan ke atas capati anda dengan kain tadi).

8. Bahagian yang telah masak, sapukan sedikit minyak / majerin atau Minyak sapi pada permukaan capati itu. Jangan terlalu banyak nanti capati anda berminyak pulak. Sekarang dengan cepat juga terbalikan permukaan bawah dan sapukan minyak juga. Keluarkan dan Capati anda telah siap.

9. Seluruh proses pembakaran yang mamak haji terangkan di atas tempuh masanya cuma 2-3 minit saja. Kena pantas bakar capati ini di kuali leper akan menjadi cepat panas. Jangan sampai hangit atau terlalu masak kering, nanti capati anda menjadi biskut pulak.

Friday 24 March 2017

kek lapis kukus cream cheese (blog dari dapur ct)



Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Bahan A:
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara penyediaan :
1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
3. Biarkan sebentar.

Bahan B (KEK):
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar / cair
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 cawan tepung gandum *
3 sudu besar sebuk koko *
1 sudu kecil baking soda *
1/2 sudu kecil baking powder *
Nota: bahan bertanda* perlu diayak dulu

Cara penyediaan :
1. Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
2. Masukkan air panas, susu dan minyak.
3. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati.
4. Biarkan sebentar dan bahagi adunan pada 2 bahagian sama rata. 

CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan kukusan dan balut tutup kukusan dengan kain bersih. Gunakan api sederhana.
2. Sapukan sedikit minyak / mentega di sekeliling loyang berukuran 8x8x3 inci dan alas dengan kertas minyak.
3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya ratakan, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit atau hingga masak.
6. Setelah kek betul-betul sejuk, boleh dipotong dan hidangkan.
 
 
nak tengok kejadian kek ni...bolehlah pergi jenguk ke blog dari dapur ct


kek chiffon pandan (blog mat gebu)



BAHAN-BAHAN A :-) 6 kuning telur gred A
120 gram gula kastor
100 ml santan (atau susu segar)
70 ml air
100 ml minyak jagung
225 gram tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
1 1/4 camca teh pes pandan
Secubit garam

BAHAN-BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
100 gram gula kastor
1/2 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan acuan untuk kek chiffon bersaiz 26cm (jangan disapu dengan mentega, biar macam tu saja). Ketepikan. Dalam satu mangkuk besar, satukan kuning telur, gula dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati dan berkrim. Tambah pati santan, air dan pes padan. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata, adunan akan menjadi kental. Tuang minyak jagung, kacau hingga sebati dan adunan jadi licin. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam mangkuk yang kering dan bersih. masukkan putih telur, putar hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan terus putar hingga mendapat adunan yang kental (bila anda terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh).
  4. Ambil 1/4 bahagian putih telur, kemudian gaul dengan adunan pandan hingga sebati, tambah lagi 1/4 bahagian putih telur dan gaul dengan adunan pandan hingga sebati, gunakan kaedah kaup balik untuk baki putih telur. Buat hingga siap dan gaul hingga adunan rata (adunan akan menjadi banyak dan ringan).
  5. Tuang dalam acuan, ratakan dan bakar selama 50 minit atau hingga kek masak. Bila masak (boleh juga diuji dengan mencucuk lidi sate yang bersih pada tengah2 kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak), keluarkan kek dari oven, kemudian terbalikkan acuan berisi kek atas jaring. Biarkan kek sejuk dalam keadaan tin terbalik.
  6. Kemudian sisip tepi dan tengah kek dengan pisau nipis, tanggalkan dari acuan dan sisip pula bahagian bawahnya. Keluarkan dan boleh dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba!!..

kek mentega

resepi kek ni pun dari blog mat gebu...tapi lin melayukan nama kek ni...mana lah tau nanti nak mencari resepi..tak tau nama melayunya...encik mat gebu kata,resepi kek ni sesuai untuk anak2 yang baru nak berjinak2 untuk belajar buat kek...katanya mudah sahaja...lepas ni bolehlah suruh khairiah buat kek ni...dulu lin sebaya khairiah dah buat biskut raya untuk tetamu datang beraya tau...masa dulu mak atau arwah abah..tak pernah marah kalau rasa biskut tak sedap...macam redho jea dengan apa yang anaknya masak...alhamdulillah...
jom tengok bahan apa yang diperlukan untuk resepi kek kali ini...

 acuan berukuran 8 inci x 4 inci  3 inci

BAHAN-BAHANNYA :-)
185 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, emborg, golden churn dll)
150 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)
1 camca teh rata baking powder
130 gram gula kastor (resipi asal 150 gram)
Secubit garam halus
3 biji telur gred A*
3 camca besar susu segar*
1 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau hingga sebati)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi, Ketepikan. Ayak tepung, baking powder dan garam halus ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
  2. Masukkan mentega, gula kastor dan 1/2 bahagian bancuhan telur, susu dan esen vanilla tadi. Gaul rata kemudian putar perlahan hingga semua sebati. Tinggikan kelajuan dan putar hingga kembang selama 3 minit.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan 1/2 bahagian bancuhan telur, susu dan esen vanila. Putar selama 30 saat. Kemudian masukkan baki bancuhan dan putar 30 saat lagi hingga semua sebati. Matikan mixer dan gaul rata adunan kek dengan spatula.
  4. Tuangkan ke dalam tin yang telah disediakan, ratakan adunan dan hentakkan tin kek 1- 2 kali, bertujuan untuk membuang gelombong udara. Bakar selama 50 - 55 minit pada rak bawah oven hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih di bahagian tengah kek, kalau keluarnya bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan..
 
sesiapa yang dah cuba resepi ni...boleh lah kongsi kesedapan di komen yea...
 



resepi kek marble (sumber blog mat gebu)

assalamualaikum...
kekawan jangan nak muntah pula yea asyik nampak resepi makanan jea...
lepas ni semua resepi makanan...sampailah lin rasa dah cukup simpanan resepi untuk kegunaan di hari akan datang...kekadang bukan untuk makan2 pun...sesuka simpan..manalah tau satu hari nanti nak guna..senang tak yah nak cari tempat lain...kat almari sendiri dah ada buku resepinya...selamat mencuba walaupun lin yang salin ni pun lum cuba lagi...

tin kek ukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci
teknik mengandun seperti membuat sponge kek atau kuih bahulu(tak tau gi tanya pak cik google)
lenserkan tin pembakar dengan butter dan tabur tepung keliling nya..
untuk dapatkan bau kek yang sedap,gunalah butter yang mahal...anchor ke....scs ke...golden churn pun boleh...ikutlah mana yang suka...atau lebih tepat lagi...ikut kemampuan beg duit kita...


BAHAN - BAHANNYA :-) 200 gram mentega berkualiti tinggi, dicairkan dan biar sejuk
180 gram gula pasir (resipi asal guna 200 gram)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh rata baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan ayak)
5 biji telur gred A
2 kuning telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh perisa mocha
1 camca besar penuh serbuk koko, diayak


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lanser juga kertas tadi dengan mentega. Ketepikan. Masukkan telur, kuning telur dan gula pasir ke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata dan putar dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga adunan kembang seperti adunan kuih baulu. 
  2. Masukkan tepung secara bertahap, buat 3 bahagian. Masukkan 1 bahagian, kacau perlahan menggunakan spatula hingga rata, kemudian tambah satu bahagian lagi, kacau rata dan seterusnya. Pastikan dikacau perlahan untuk mengelakkan adunan kehilangan udara.
  3. Masukkan esen vanilla ke dalam mentega cair, kacau rata. Ambil lebih kurang 2 cawan bancuhan kek dari no. 2 dan masukkan ke dalam mentega cair tadi, kacau rata dengan whisk. Kemudian masukkan bancuhan tadi ke dalam mangkuk berisi adunan kek, gaul perlahan dengan spatula hingga rata dan sebati.
  4. Ambil 1/3 bahagian adunan kek, masukkan perisa mocha dan serbuk koko yang telah diayak tadi. Kacau hingga rata. Sendukkan 1/2 bahagian adunan kosong ke dalam tin kek. Kemudian sudukan beberapa bahagian adunan koko di atasnya, tutup dengan baki adunan kosong dan sudukan baki adunan koko. Menggunakan chop stick atau pisau, lorekkan untuk membentuk corak marble. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Biarkan kek sejuk atas jaringan sebelum dipotong dan dihidang...

kek pisang montel (blog mat gebu)

Assalamualaikum...
semalam cuba selongkar resepi dari blog k.ita (azlita masam manis),pm k.ita Tanya kenapa blog tak boleh nak buka...rerupa blog kak ita dah tutup...sedihnya...selama ni mencari dan mencuba resepi dari blog k.ita...untuk keselamatan...Lin cuba sedaya upaya untuk salin semula resepi dari blog kesukaan lin yang lagi satu ni...iaitu,blog mat gebu...hari ni cuba salin resepi kek pisang dulu..walaupun tak pernah cuba resepi yang ini..lin cuba salin dulu...buat kendian...bukan apa...manalah tau,tetb mat gebu termimpi sama macam k.ita..mau haru...



BAHAN - BAHANNYA :-) 3 biji pisang montel @ cavendish
80 gram gula halus
120 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
60 gram mentega, cairkan dan biar sejuk
1 camca besar mayonnaise
Secubit garam

BAHAN - BAHAN KARAMEL :-)
30 gram gula pasir + 1 camca besar air
2 camca besar air
1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. lanser tin bulat berukuran 6 atau 7 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Dalam periuk kecil, masukkan 30 gram gula dan 1 camca besar air. Masak dengan api kecil hingga gula cair dan bertukar menjadi keperangan. Masukkan baki 2 camca besar air dan kacau rata. Sementara itu, kupas 2 biji pisang montel dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk berisi karamel tadi, masak dengan api kecil hingga pisang lembut. Matikan api, sejukkan dan tambah esen vanilla, gaul rata.
  2. Putar gula, garam, telur dan mayonnaise hingga putih berkrim. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Gunakan spatula untuk menggaul saki baki tepung yang tidak sebati. masukkan karamel pisang tadi dan gaul rata. Tuang mentega cair dan gaul hingga rata dan sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan. Baki 1 biji pisang dihiris dan hiaskan atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar kek selama 50 minit - 1 jam, bergantung pada saiz acuan yang digunakan dan juga oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih di tengah2nya dan jika keluar bersih, tanda kek telah masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit sebelum keluarkan dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...Selamat mencuba!!
nak lihat gebu ke tak kek pisang ni...bolehlah melawat ke blog mat gebu...memang segebu gebunya...
 

Thursday 16 March 2017

blog berlumut....

assalamualaikum...

Lama nya tak tengok blog sendiri ni...berbulan2 di biarkan tanpa sentuhan jari jemari ku.Bukanlah sibuk sangat pun,tapi kerana laptop sakit dan ada hal yang perlu dibereskan dahulu..tu terbiar sahaja blog ni...sayang sebenarnya dibiarkan...ada juga nak cerita tentang anak2 untuk kenangan ,tp idea tak de...

tahun 2016...
anak bongsu ambil upsr...anak yang ni..yang paling manja...paling banyak masuk hospital...dan yang paling hebat...alhamdulillah keputusan upsr nya ...ada peningkatan dari peperiksaan yang terdahulu...setakat tu sahaja yang dia mampu..alhamdulillah...

13/11/2015-13/11/2016
Setahun sudah permergian arwah abah.Abah pergi dengan aman.Pergi ketika lin masih di rumah.Malam tu,terima panggilan dari adik..bagitau arwah abah dah tak de...sedih sesangat sebab abah tak dapat tunggu lin balik..walaupun hampir setiap hujung minggu lin bersama abah..malam tu dan hari tu,memang tak boleh nak tidur...gelisah jea...selepas adik telefon dan bagitau berita tersebut,mula fikir...macamana nak balik ke kuantan..pertama sekali,sebab masa tu encik suami tiada dirumah..sedang bekerja diluar kawasan..memang agak mustahil untuk balik dan menjemput lin balik ke kuantan...kedua,dah beberapa hari jalan ke kuantan tak boleh dilalui ...jadi kalau nak balik ke kuantan,kena lalu jalan jauh lah,,,adoi hai...macamana ni..dapat idea naik kapal terbang...selepas dah beli tiket,nak gi lapangan terbang nak naik apa pula.cuba google cari nombor telefon teksi selepas tanya jiran yang bawa teksi tak dapat nak tolong...alhamdulillah Allah permudahkan .selesai semuanya...kejut anak utk kemas baju dan bersedia tunggu teksi...

Sebenarnya,ada jea jiran kat sebelah..tapi bayangkan lah..waktu tu dalam 2 ke 3 pagi kesian nak kejutkan jiran...sedaya upaya nak selesaikan sendiri.selagi ada talian hayat...bila lagi nak gunakan...

beberapa jam jugalah melopong kat lapangan terbang...boleh jea bertolak dari rumah lambat...tapi takut ada masalah di tengah jalan atau masalah kat tiket...tu gerak awal..biarlah kita menunggu..sempatlah jejalan kat lapangan terbang,solat subuh dan sarapan ala kadar...

sampai di lapangan terbang kuantan,adik jemput...kuasa Allah..abah tunggu lin...alhamdulillah...dapat cium dan tatapan wajah abah buat kali terakhir...terima kasih Allah...beri diri ini kesempatan untuk jumpa abah walaupun abah sudah pergi buat selama2nya...

al-fatihah utk arwah meseron bin talib

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah.
Lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah,Lagi Maha Mengasihani

Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan

Engkaulah sahaja(Ya Allah) Yang kami sembah dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

Tunjuklah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang2 yang Engkau telah kurniakan nikmat 
kepada mereka ,bukan jalan orang2yang Engkau telah murkai dan bukan
pula jalan orang2 yang sesat

aaminn

selamat tinggal abah...