Friday 7 April 2017

Jom kenal baking powder

Baking Powder:

Perbezaan di antara baking powder dan baking soda sebenarnya tak ada perbedzaan banyak. cuma kedua-duanya bertindak balas dengan bahan asid untuk menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan doh atau adunan kembang naik.

Cuma baking soda ialah sodium bicarbonate tulin tetapi baking powder adalah campuran baking soda dan cream of tartar yang asid dan bahan kekeringan seperti tepung jagung atau beras.

Maka perlu faham ialah baking powder cuma perlukan air atau kelembaban udara untuk bertindak balas.

Dengan sebab inilah bila anda gunakan baking powder cepat tutup tudung dan simpan. Kalau tak pakai (stok lama) perlu di uji dulu sebelum menggunakannya kembali.

Ujian seperti ini: Ambil satu sudu kecil baking powder dan masukkan dalam 1/3 cawan air panas. Campuran perlu keluarkan bueh yang seperti mendidih sikit..kalau buehnya sedikit saja baking powder anda telah rosak. Jangan gunakan nanti hasilnya leper saja..jgn mengadu resepi orang bagi salah..salah ialah baking powder anda gunakan dalam bahan kek itu dah rosak.

Anda tahu kegunaan baking powder adalah tindakan kimia yang segera, maka anda tidak boleh perap lama sangat kerana baking powder anda telah bebaskan gas kesemuanya sia-sia dalam buat doh, Bila gunakan baking powder cepat goreng cucur anda.

Baking powder ini ada dua jenis satu single action dan satu lagi double action.

Double action ini bila kenakan kepanasan seperti baking atau goreng akan bertindak balas lagi untuk keluarkan gas tambahan.

Oleh kerana tindakan baking powder ini terletak pada penghasilan gas karbondioksida dari tindak balas kimia, gasnya ada sikit dan halus. maka engembanan yan halus akan berlaku dalam doh tepung biasanya dengan cara menaik.

2. Baking Soda:

Kita sambung sikit saja tentang baking soda...Seperti mamak haji katakan baking soda ialah sodium bicarbonate yang tulin. Tiada campuran bahan lain.

Maka gas Karbondioksida dihasilkan lebih sedikit dari baking powder. Bila lebih maknanya ruang yang dihasilkan dalam doh juga besar sedikit.

Kalau kita gunakan terlebih bermakna kita ubah rasa kepada pahit sabun dan kemungkinan bahan alkali ini "lidaskan" lidah kita. Maka kegunaannya perlu berhati-hati.

Bahan kimia ini adalah alkali. Seperti kita belajar di sekolah setiap bahan alkali yang bertindak dengan asid akan hasilkan gas karbon dioksida..karbon dioksida inilah akan mengembangkan kek atau kueh anda.

Seperti baking powder dua bahan asid dan alkali telah sedia ada cuma perlukan air untuk bertindak balas. Tapi bagaimana pula baking soda ini?..dia ini perlukan keadaan asid untuk bertindak balas atau suhu lebih tinggi dari 80C.

Maka keadaan reaksi dan hasilkan gas tergantung pada bahan asid atau haba yang kita gunakan dalam masakan. Biasanya bila gunakan soda ini guna sekali "cream of Tartar" berikan hasil yang baik.

Sekarang anda dah tahukan..bila guna soda tanpa perantara asid..dan haba yang tinggi perlu gunakan serbuk krim of tartar atau yogurt atau susu sebagai tambahan utk aktifkan soda.

Untuk ujian soda ok tak ok...ambil setengah sudu kecil soda..dan titiskan air limau atau cuka satu atau dua titik..anda boleh luhat tindak balas kimia..kalau tak ada tindak-balas maka soda anda telah rosak.

Orang suka guna soda kerana ruang atau gas yang dihasilkan oleh soda lebih banyak dari baking powder..dan ruang udara terbentuk dalam adunan atau doh lebih baik dan kental dari yis..tapi ia tidak gemari kerana berupaya tukar warna tepung dan bau yg tidak menyenangkan jika semua serbuk itu tidak bertukar kepada keadaan gas..

No comments: