Thursday 25 June 2015

TOSEI

Dialog di kedai mamak...
Izzuddin :  "Tosei garing satu"...
Mamak   :   "Ok boss"

"Mak,cuba mak cari resepi tosei kat blog tu"..."kan best kalau bebila adik nak makan,mak boleh masakkan"......

"Yealah,nanti mak cari yea,nanti bila dah jumpa...kita cari bahan2nya yea".....

Izzuddin ni ,anak lin yang bongsu...sangat suka makan dan dapat rasa kalau Lin masak tak cukup bahan2nya...Dia leh Tanya,mak masak apa ni?Kenapa tak sama macam selalu?...He..He...He...senyum jealah bila dia soal...nanti bila dah habis makan,Lin akan bagitau kenapa masakkan hari ni tak sama mcm dedl...

Izzuddin juga rajin tolong Lin kat dapur...Lin rasa nanti besar ,dia leh jadi Chef lah....CHEF WAN...Chef Wan junior...sebab nama izzuddin pun ada wan di belakangnya...Semoga Izzuddin menjadi anak yang soleh dan menjadi Chef yang beriman...Chef yang hafaz Al-Quran...Aaminn..

TOSEI GARING SATU

Bahannya
1 cawan kacang urid dhal/ulunthu
2 cawan beras
1 sudu teh halba
Semua bahan dibasuh dan direndam semalaman.

1 cawan nasi dingin
3 cawan air

1 sudu teh garam(dimasukkan ke dalam adunan semasa proses menggoreng)

Toskan campuran tadi dan diblender bersama nasi dingin dan air sehingga halus/hancur.
Masukkan dalam bekas yang agak besar dan bertutup.
Simpan 6 jam/semalaman/seharian.
Adunan akan bertambah sekali ganda.
Jangan perap terlebih lama sangat.  Selepas perapan kita boleh simpan dalam peti ais.
Bila nak menggorengnya masukkan garam dan kacau rata.(pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair..kalau terlalu pekat tambah sedikit air sejuk)..sukatan air yang kakyah buat ni sudah sesuai tetapi mungkin bergantung juga pada jenis beras.
Gunakan api yang perlahan semasa proses menggoreng.
Sapu sedikit minyak pada kuali yang permukaannya rata.
Ambil sesenduk adunan dan diletakkan pada tengah kuali.
Dengan menggunakan belakang senduk tersebut nipiskan adunan dari tengah ke tepi kuali secara membulat.
Tutup adunan tersebut dan lebih kurang 2 minit adunan tersebut akan masak dan sedikit garing.
Lipatkan dan boleh dihidang bersama kuah kari atau apa2 yang sesuai

KEK MARBLE

kek marble blog dari dapur kak yah.....

Bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan margerin(cairkan/panaskan)
1 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovelette
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan air biasa
1 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sesudu besar air panas)

Ayak tepung gandum dengan baking powder.
Masukkan semua bahan kecuali margerin ke dalam mangkuk.  Putar sehingga kembang putih dan gebu.
Masukkan margerin cair dan putar sekejap, biar bercampur semuanya.
Ambil 4 sudu besar adunan dan campurkan dengan bancuhan koko tadi.
Tuang adunan kosong ke dalam bekas loyang yang telah disapu margerin/alas dengan kertas kek.
Tuang adunan berwarna ke atasnya dan lorek2kan supaya menjadi marble/bercorak.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 45-50 minit.

KRIM PUFF

RESEPI DARI BLOG DARI DAPUR KAK YAH...
banyak lagi resepi yang sedap2...Kalau rajin...gi lah terjah blog kak yah...memang berbaloi...Lin kongsikan kat blog ni ,resepi kuih yang Lin suka jea...

Kulit Krim Puff
300gm tepung gandum
250gm mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh vanila

Masak air bersama mentega sehingga hancur kemudian masukkan tepung .
Kacau sehingga tidak melekat di dinding periuk.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut(sekejap aja)
Masukkan dalam paping beg dan dengan nozel untuk cream puff paipkan pada loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau bergantung pada oven masing-masing. (suhunya biar panas sedikit daripada bakar kek)
Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan atau kalau saya lebih mudah ketika panas kita masukkan krim kerana kulit cream puff tidak perlu dibelah dengan pisau...Masukkan krim kedalam nozel jenis muncung tajam dan cucukkan pada kulit krim puff.






Cairkan mentega bersama air dan masukkan tepung gandum.  Kacau sehingga adunan berminyak dan tidak melekat di periuk. ( guna api sederhana dan lebih kurang 10 minit).  Angkat dan sejukkan.




Masukkan telur dan vanilla ke dalam adunan




Putar adunan dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan sebati





Masukkan adunan ke dalam paping beg yang telah dimasukkan nozel untuk bunga krim puff dan paip ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan di alas dengan kertas kek.  Bakar dengan suhu 200C selama 30 minit.


Cream
400ml susu segar.
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu besar mentega.

Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam paping beg asing dan masukkan dalam belahan kulit puff tadi.



Intinya.....





Tak perlu belah kulit..sekadar cucuk inti ke dalam kulit krim puff(guna nozel yang muncungnya lebih kecil..jangan terlalu kecil, nanti susah nak keluar..)

KOLEH KACANG.....

Resepi ni lin ambil dari blog DARI DAPUR KAK YAH...
Lin belum pernah lagi buat kuih ni,tapi amat menggemarinya...Selalu kalau teringin..Lin beli jea kat akak2 yang jual kuih tu...ada baik juga beli kat situ...sebabnya ,tak delah kita asyik nak menghabiskan setalam...

Oleh kerana suka kuih ni,Lin kongsikan resepinya disini...senang nanti bila terasa dan terajin nak buat..Lin buka jea blog Lin ni...senang kan...Ni pun untuk rujukan anak2 lin juga...



KOLEH KACANG

Bahannya
A
200gm kacang hijau yang telah digoreng(tanpa minyak) dan diblender halus

B
4 keping gula melaka(350gm)
850ml air
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan
Dimasak di atas api hingga gula melaka hancur dan mendidih.
Sejukkan

C
550ml santan
Sedikit garam

D
1 1/2 cawan santan
Dimasak api perlahan sehingga menjadi tahi minyak(selalu mengacau dan apabila sudah berketul dikacau lagi dan pastikan ketulan menjadi hancur dan bewarna keperangan..pastikan jangan menjadi hitam(pahit)
Tapis  dan simpan 2 sudu besar minyaknya untuk dicampur dalam adunan untuk dikacau.

Campur bahan A, B dan C.
Kacau sebati dan masukkan dalam kuali yang telah kita letak 2 sudu besar minyak kelapa tadi.
Guna api sederhana dan dikacau sehingga pekat.(hampir setengah jam)
Masukkan dalam loyang 8X8 inci yang telah disapu dengan minyak kelapa tadi.
Tabur tahi minyak di atasnya.  Sejukkan dan adunan mengeras.
Boleh dipotong.

Wednesday 24 June 2015

FADHILAT RAMADHAN


FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.

Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibukaSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)


· Amal ibadah bulan RamadhanDalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:

1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
 
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
 
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
 
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

· Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.

2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.

3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

FADHILAT YANG LAIN-LAIN

· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.


· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.


· Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.


· Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.


· Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.



Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.

SOLAT SUNAT TARAWIH
Ibadat yang paling besar pahalanya ialah menghayati setiap malamnya dengan solat sunat Tarawih. Menurut sebah hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang lebar, terdapat berbagai fadhilat dan faedah termasuk diampuni dosa-dosa dirinya dan kedua ibu bapanya, diberi pahala seumpama pahala tawaf para malaikat di Baitul Ma’mur, bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga, dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat dan berbagai-bagai lagi.

Pengertian Solat Tarawih

Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat, fardu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum di sambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memneri peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Qiamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan seelepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Lailatul-Qadar

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.

Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).

Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Hukum Solat Tarawih

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; Berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah rugi mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.

Berjemaah lebih utama

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.

Solat Tarawih 20 Rakaat

Umat Islam di Malaysia khasnya mengerjakan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat semenjak dahulu lagi. Ada sebahagian kecil shaja yang solat lapan rakaat.
Demikian juga umat Islam di negara-negara lain. Jika anda pergi ke Mekah dalam bulan Ramadhan maka anda akan dapati solat sunat Tarawih di masjid AL-Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dikerjakan dua puluh rakaat.

Solat Sunat Witir

· Jika anda berniat hendak bangun tengah malam, mengerjakan solat sunat Tahajjud, solat Hajat, solat Tasbih dan sebagainya, maka solat sunat Witir ini bolehlah ditangguhkan, dan dilaksanakan yang terakhir sekali iaitu setelah selesai dikerjakan semua solat-solat tersebut.

· Kebanyakan orang ramai yang mendirikan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau, biasanya akan terus mengerjakan solat sunat Witir tiga rakaat (dua salam) dengan berjemaah, sebaik sahaja selesai solat sunat Tarawih.

AMALAN DI MALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah s.w.t. telah menjanjikan untuk mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda, termasuk juga balasan syurga. Di antara banyak amal ibadat yang boleh dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid, Qiamullail dan solat sunat Tasbih, berzikir, bertahmid, membaca al-Quran dan sebagainya.

1. Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w. telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kaifiat Iktikaf

· Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis.

· Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.

· Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keperluan yang pokok sahaja, seperti makan minum, membuang air dan seumpamanya. Keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.

Iktikaf di dalam masjid boleh dilakukan siang atau malam. Mereka yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga menjelang subuh.

2. Kelebihan Malam Lailatul-Qadar

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran surah al-Qadar, malam Lailatul-Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadai pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.
Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul-Qadar itu. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”


(Hadis riwayat Bukhari, Muslim at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Carilah malam Lailatul-Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya, masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.

Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadar

Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.

Dalam Sahi Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya

CARA MENGERJAKAN SOLAT TARAWIH

Antara Niat Dan Doa Solat Terawih
Waktu solat Tarawih di lakukan  selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan 2 rakaat, pada tiap-tiap 1 kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

1.  Niat solat Tarawih:

2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
  • Setelah selesai melakukan solat fardu Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.



 








 



 





F.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.


 
 
 
 
 
G.   SOLAT SUNAT WITIR
  • Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru :
  • Disambut jama’ah dengan lafaz;
Cara Melaksanakan 2 Rakaat Pertama
  • Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
  • Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
Selawat Selingan
  • Sesudah salam, Bilal membacakan selawat
Jama’ah menyambut dengan ucapan;
Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir
  • Jamaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir
  • Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
Berdoa Qunut
  • Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.
Berdoa
  • Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa :
  • Boleh dibaca doa-doa berikut:
Peringatan :-
  • Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.

  • Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.

  • Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat  solat sunat  tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor PPAS




video ni Lin ambil dari you tube...
Bebaru ni pada cuti sekolah yang lepas,Lin berkesempatanlah mengunjungi perpustakaan shah alam..Alhamdulilah,perpustakaan ini ,terletak dipersekitaran yang aman...jauh dari kesibukan kota raya...Seronok perpustakaan ni...Tapi oleh kerana lin ni pengemar novel..Lin kurang sikit mengemari novel disini..Biasalah ..perpustakaan..novelnya kuranglah banyak dan banyak yang lama2...Lainlah kat kedai buku...memang sentiasa yang terbaru...

Perpustakaan ni memang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran..kat sini ada banyak tingkat...dan ada tempat untuk kanak2...pelajar sekolah rendah dan dewasa...jadi kuranglah kebisingannya...tempat kekanak memang bising..Bagi anak2 yang suka membaca..amat sesuai pergi ke sini..tak terasa seharian duduk bertapa di perpustakaan ni...

Semua kemudahan lengkap..ada surau...gimnasium pun ada ..bagi yang menjaga kesihatan..Bagi anak2 yang dah rasa bosan mengadap buku,bolehlah pergi menonton teater 3d dan 6d..malas nak cerita bebanyak sangat...kita tengok video ni....

bestkan perpustakaan ni...jom reramai kita serbu perpustakaan yang paling cantik pernah lin kunjungi...





Ni pula video pada awal2 siapnya perpustakaan tersebut....lagi banyak tempat dimasukkan di dalam video ini...


AIR BALI



Semalam Lin buat air bali...tu pun tergoda lepas tengok kat fb...ada seorg kawan tu tunjukkan resepi air bali...Air bali pun ada resepi????tak tau ke ??Lin pun baru tau resepi air bali...he...he...he....
Sebenarnya lin selalu juga buat air bali...tapi sesedap sangat...cair jea...kali ni ada pekat sikit..ada rahsia disebalik kepekatannya...Nak tau tak???
Meh kita baca rahsia air bali yang sedap..

AIR BALI

Sepeket bali
Gula secukup rasa
Air
Daun Pandan

CARA2NYA

  • Rendam sekejap bali yang kita beli tadi...agak2 dalam 10 minit...
  • Ramas2 dan buang airnya...
  • isi air baru dan masak bali tadi....
  • Bila dah menggelegak dalam 10 minit...tutup api dan tutup periuk rapat2...
  • lebih kurang sejam lepas tu,baru masak balik air bali kita....masa ni mesti bali tu dah kembang...
  • masukkan gula secukup rasa dan daun pandan...
  • RAHSIA KEPEKATAN AIR BALI...lin kasi kisar 1/3 bali yang dimasak tadi..kemudian campurkan ke dalam periuk...
  • memang pekatkan air bali ni...jika tak puasa ..bolehlah rasa..tapi masa puasa ni..agak2 jealah..
  • lin tak suka pekat sangat...sedang2 jea pekatnya..
  • sedap minum sejuk2...
semalam terlupa pula nak ambil gambar air bali...sebelum pergi terawih...masukkan baki air bali tu dalam peti ais...balik nanti boleh minum lagi...memang sedap...terima kasih kepada rakan yang sudi berkongsi rahsia air bali...

Friday 19 June 2015

RAMADHAN ....

Alhamdulilah tahun ini diberi kesempatan untuk menemui lagi bulan Ramadhan Al Mubarak...
Tahun ni...sekali lagi berterawih berempat...Lin pula berseorangan di saf perempuan...Lin sentiasa doakan anakndaku Khairiah diberi kesihatan yang baik dan dapat menimba ilmu dengan aman dan damai...Semoga segala ilmu yang cikgu ajar dapat dipraktikan didalam pembelajarannya..aamiin..

Tahun ni,buat pertama kalinya...Lin tak buat jualan biskut raya...Bukan lah rasa penat atau malas...Tapi naik seram bila melihat harga bahan mentah yang naik berganda2..Tu baru bahan2 mentah...Lum lagi tariff lektrik...Ada juga orang yang menjual biskut raya...Tapi Lin tahun ni..tahun berehat...nak melapangkan fikiran dari bertungkus lumus menyiapkan tempahan biskut...sesak juga nafas ni kalau masa untuk menghantar ke pelanggan semakin hampir...Tak tidur malam tau...Lin selalu ambil tempahan ikut kemampuan..sebab yang buatnya lin seorang...Tak berapa percaya dengan orang lain...Kalau anak dara lin ada dedulu...dialah yang jadi penolong setia..senang bekerjasama dengan khairiah...Tak melawan...ikut jea arahan..Nanti bila nak dekat raya...Lin bagilah upah...upah menjual pun dapat gak...Alhamdulilah...

Tahun ni juga,Lin bersolat terawih di Masjid Assalam....walaupun dekat dengan rumah ni ada Masjid Saidina Ali,hati ni dah tersayang kat Assalam...Ni Lin kongsikan gambar masjid kat tempat Lin...Pinjam gambar dr blog masjid assalam..










Alhamdulilah bulan Ramadhan kali ni...kami semua dapat menikmati kipas gergasi...Nikmat dr Allah..terima kasih kepada dermawan yang sudi menginfakkan sebahagian wang mereka untuk merealisasikan kipas gergasi ni...Alhamdulilah kali ni berterawih selesa sikit...terima kasih juga kepada yang mencetuskan idea untuk membeli kipas gergasi ini...semoga masjid assalam sentiasa maju ...





Selain aktiviti keagamaan,ada juga orang perseorangan yang membuat aktiviti memanah..Seronok jugalah memanah ni..kerana terpikat dengan salah satu sunnah Rasulullah ni..anak2 lin memasing ada satu set memanah..alhamdulilah...oleh kerana nak memanah di masjid ni jauh sikit dari rumah...Kami selalu berlatih kat depan padang rumah ni jea...bolehlah...

Kat masjid ni pun ada buat acara kurban...selalunya lebih dari 5 ekor lembulah yang dikorbankan..

Setiap hujung tahun pula,ada acara berkhatan beramai2...Aritu nak masukkan izzuddin berkhatan disini..tapi oleh kerana berkhatan menggunakan claimp...(betul ke ejaannya?)Lin tak jadi nak ikut serta..sebab lin lebih suka berkhatan menggunakan laser...lagi cepat baik...


Oklah,nanti cerita lagi...ni nak baca novel pula...Assalamualaikum...


Saturday 13 June 2015

Hari makan sedunia...

Hari ni dari pagi hingga ke malam asyik dok kat dapur...naik kembang jejariku ini...
Pepagi dah gi ke pasar...pagi sangat ke pukul 10...he..he..he..taklah pagi sangat..tp belum lagi masuk waktu tengahari kan???

Sampai pasar jea...lin tuju satu hidupan laut ni...namanya ketam...nak masak apa yea ketam ni...kat rumah ni, mereka suka makan sup...semua benda nak dibuat sup...tak leh lah nak merasa masak lemak...tapi kekadang tu derhaka gal..masak gak lemak2 ni.
Oleh kerana ada yang dah menyebut2 sup ketam...jd lin masakkanlah sup ketam...jom layan sup ketam yg lin masak tadi...
Sup ketam..


SUP KETAM

Bahan2 nya

5 ekor ketam (ni pun dah rm35)
Rempah sup adabi
Dua biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia
Minyak masak

Cara2nya...

  • Kerat ketam kepada dua bahagian
  • Buang segala kekotoran dan cuci bersih2...
  • Kupas bawang besar, bawang putih dan halia...
  • Hiriskan bawang besar...
  • Tumbuk bawang putih dan halia...
  • Tumis bawang besar hingga layu..
  • masukkan bahan yg ditumbuk td...
  • Bila nampak dah layu semua...masukkan pula rempah sup dlm 5 sudu besar...lin agak2 jea masa masukkan rempah sup tu...
  • masuk sikit air...
  • Lepas tu masuk kan bahan utama...apa lagi kalau tak.... ketam...
  • Dah mendidih...tambah air dan garam...garam agak2lah..letak sikit dl...jika tak masin...leh letak lagi...
  • dah mendidih kali kedua...rasa...kurang masin tambah lg garam...
  • jika dah cukup semua rasa...lehlah matikan api...
  • untuk lagi sedap...boleh tambah kentang masa masak tadi...
Taburkan daun sup utk sedapkan bau sup ketam td..

Siap masak sup ketam...lin masak kan pula asam pedas ikan mayong...asam pedas ni memang kegemaran kami sekeluarga...selain ikan mayong...leh juga guna ikan pari...ikan kembung...ikan siakap...ada juga orang guna ayam...sedap juga...tp laun sikit resepinya...
Meh kita tengok bahan2 yang digunakan...



Asam pedas ikan mayong..

Bahan2nya...

Seekor ikan mayong yg sederhana besarnya...(minta org pasar tu siang siap2)
Bendi 10 biji
Lada kering (kerat2 kan dan rebus )
Dua biji bawang besar
3/4 ulas bawang putih
halia
kunyit
Minyak masak
Garam
Daun kesum
Asam jawa

Cara2nya....

  1. Cuci ikan sebersih2nya...terutama di bahagian insang..
  2. Kasi kisar lada kering (yg dah direbus tadi), bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit...guna kunyit hidup tau...halia dan kunyit tu agak2lah..
  3. masukan minyak masak...tunggu panas...masukan bahan yang dikisar td...
  4. biar sampai naik minyak...baru masukan ikan mayong...
  5. gaulkan sekejap..lepas tu, masukan air...air biar menutupi ikan...
  6. Masuk garam
  7. Biar mendidih...
  8. dah didih...masukan asam jawa...
  9. rasa...cukup tak masin dan masam...
  10. bila rasa dah ok...baru masukan bendi...
  11. akhir sekali...masuk pula daun kesum...
  12. siap sudah asam pedas ikan mayong
  13. sedap dimakan dgn telur dadar...

ORKID KU SAYANG...

Alhamdulilah...pokok orkid lin berbunga lagi...Seronok sesangat..almaklumlah pokok orkid ni nak tunggu berbunga..mau menduga kesabaran...setiap minggu dibaja..di belek..alhamdulilah minggu lepas..ada 4 pokok yang mengeluarkan bunga..pokok ni kebanyakannya pertama kali berbunga..Alhamdulilah..lepas di pindahkan..berbunga lah pula..mungkin lin dah bagi amaran baru2 ni...kalau tak berbunga..nanti lin kasi pancung...tau pun takut..

jom layan bunga orkid yang sedang mekar di taman larangan...

















kek coklat indulgent



Alhamdulilah...akhirnya, berjaya juga lin siapkan kek indulgent utk Encik suami...Hari lahirnya jatuh pada 11/6...tp dapat makan kek 12/6...tak pe lah...asal dpt makan...kali ni buat dalam keadaan badan yg sakit2...bukan sebab sakit apa...sakit yg dicari...hari tu, lepas beryoga terus bermaraton di dapur...memang dah niat nak buat kek..dah lama oven kat dapur tu mengganggur...tu yg kasi kerja sikit...

Resepi lin ikut dari blog azlita aziz...bg yg nak cb...leh lah cb...tgk cite sebelum ni...malas nal taip ...ikut jea resepi tu...fahamkan dl resepinya...baru buat...


Tuesday 9 June 2015

WAFER..

Hari ni nak keluar...Izzuddin ni sibuk nak makan wafer..Ni mesti sebab wafer yg di jual di sekolah Khairiah...setiap kali gi melawat Khairiah..mesti dia pun sibuk membeli wafer...kali ni dia nak sarapan pepagi dengan wafer..layan kan ajelah...Lin tayangkan resepi wafer dari blog org lain..mana tau sedap..nanti lin kongsikan wafer yg Lin buat pula yea...tunggu.....Terima kasih dr blog Sentuhan Rasa Kasih Mama,diatas perkongsiaan resepi...





Rupa-rupanya untuk jadikan waffle ni rangup ada satu tambahan bahan rahsia yang Aida pun baru tau... Patutlah selama ni  buat waffle tak pernahnya kerangupan tu bertahan lebih daripada 10 minit (adehh). Lepas aje 10 minit waffletu mesti jadi lembik. sejak masukkan bahan rahsia nilah, permintaan waffle daripada hubby dan anak-anak Aida semakin kerap...waffer ni di syorkan makan panas2....baru terasa kerangupannya.....



~~Waffle Rangup ~~.....ni baru menjadi ! ! ..memang mablesss..
Bahan-bahan - dpt dlm 8 @ 9 keping waffer: 
  • 2 cawan  tepung gandum 
  • 2 sudu kecil yis kering (Aida guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang Aida bagitau tadi)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Aida guna  brand Dutch Lady Full Cream Milk)
  • 1 biji telur dalam suhu bilik. 
  • 1 sudu besar esen vanila 
  • 1/2 cawan Air panas hangat / suam   ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
  • Cara-caranya :


1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air  suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu  Aida  letak 1/2 cawan air panas/suam je dan Aida tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai lah adjust ok..heheh ..



2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang boleh le cucui bekas2 yg telah digunakan..@ layan FB jap...sambil tu jangan lupa  panaskanlah waffle maker tu ...





3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.


                                     

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripadawaffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi aida nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya wafflekorang dah masaklah tu.


7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yg diingai...Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat menjamu dgn selera masing2 dan sambutlah salam sayang dari Aida diSRKM..muahhh hinga jumpa lagi... :)

KEK COKLAT INDULGENT

KALI NI PUN LIN "COPY PASTE" DARI BLOG AZLITA MASAM MANIS...
JOM SESAMA KITA BUAT KEK YANG MEMANG SEDAP NI..KESUKAAN ANAK2 LIN...

MyKitchen's Recipe

CHOCOLATE INDULGENCE
Sumber : Puteri Manja

INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....


CHOCOLATE CHIFFON
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH (yg ni kena buat sehari utk simpan semalaman)
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR

TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN

 2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.

 3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.

 2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.

 3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.

 4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.

CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.

 2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.

 3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.

 4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.


 5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.

 6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.

 7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.

 8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.

Untuk kek yg ita buat, resepi bagi kek span ita gunakan resepi dari Rima seperti dibawah ni. Tapi ita buat 2 adunan untuk dapatkan 4 keping kek. Ini bermakna ita buat 2 kek lepas tu setiap kek tu ita potong jadi 2, so dapat 4 keping kek nipis.

Ingredients
Chocolate sponge cake
5 egg yolks
2 egg whites
40g sugar
30g flour
10g corn flour
15g cocoa powder - i used valrhona
65g margarine - i used unsalted butter
1/4 teaspoon baking powder
pan 20X20X4 cm

Method
Sponge cake
1. Beat sugar and eggs until fluffy and thickened
2. Sieved flour, cornflour, cocoa powder and baking powder
3. Fold in flour mixture gently till well combined
4. Fold in melted butter and mix well
5. Pour batter into greased pan and baked it for 15mins .. 175C
6. Sliced cake into two part and set it aside