Wednesday 4 March 2015

RANGKING SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 - TOP SBP DAN MRSM 2015






RANKING-SPM


dap...dup...dap...dup....
jantung bergerak laju...
lebih laju dari biasa...
Jika dapat diputar..
ingin sahaja melangkah atau tidak mahu menghadapi hari ini...
tapi apakan daya..
masa pasti berjalan seperti jam dinding...
Masa ...takutnya nak hadapi hari ini...
Jika ia berlaku ditahun hadapan...
Tapi kita pasti hadapinya..
walaupun jam di dinding berhenti...


Hari ni keputusn SPM diumumkan...walaupun tiada anak yang mengambil SPM tahun lepas..tapi macam terasa2 mcm lin pula yang hadapinya..

Ada yang terima keputusan periksa dengan senyum melebar...ada yang bermuram durja...
Anak2...jangan bersedih...perjalanan hidup kita masih panjang...seperti kita diatas trek larian..kita baru bermula..rezeki dari Allah tu kita tak tahu..Usaha lagi..keputusan spm tu bukan titik noktah utk berhenti berusaha lagi...

bagi yang Berjaya..tahniah..pilihlah bidang yang diminati...yang dapat membantu lebih ramai orang di dunia ini...

Alhamdulilah SESERI mendapat rangking ke 10...menaik..semoga tahun hadapan akan lebih Berjaya SESERI..khususnya khairiah...mak doakan kakak dapat mencipta rekod dalam hidup kakak sekali lagi didlm SPM 2015 ni...mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mak...semoga kakak mendapat menjadi idola kepada adik2...Insya Allah jika Allah izinkan..mak ,abah nak naik lagi pentas seperti PMR dulu...Insya Allah mak dan abah nak naik pentas bersama hakim juga utk pt3..kita usaha..Allah yang tentukan...Aamiin...semoga Allah perkenankan doaku ini...

RANKING SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 UNTUK SBP DAN MRSM – TOP 10 SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA
Keputusan SPM 2014 telahpun diketahui hari ini (3 Mac 2015) Selasa. Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2014.
 
Keputusan itu sekali gus mencatatkan penurunan berbanding 13,970 calon pada tahun 2013.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, ketika mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2014 di sini hari ini berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang itu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran.
 
Ranking Sekolah Terbaik SPM 2014
Sebaik sahaja keputusan telah diketahui perkara pertama yang menjadi tanda tanya adalah sekolah manakah yang berjaya memperoleh kedudukan terbaik dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seperti tahun-tahun yang sebelum ini.
 
Sekolah Sains Tunku Munawir telah disenarai sebagai SBP terbaik untuk SPM 2014 dengan jumlah 128 daripada 270 calon Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2014 mendapat semua A. Diikuti SBP terbaik tahun lalu Sekolah Tun Fatimah dan SBP Integrasi Rawang ranking ketiga. Manakala MCKK jatuh ketangga 21 berbanding ketiga tahun lalu.
SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 (SBP) SEKOLAH TERBAIK TAHUN 2015
  1. SM Sains Tunku Munawir (Sains Seremban – SASER)
  2. Sekolah Tun Fatimah
  3. SBP Integrasi Rawang
  4. Sekolah Menengah Sains Alam Shah
  5. SM Sains Kuching
  6. SM Sains Alam Shah
  7. SM Sains Hulu Selangor
  8. Sekolah Seri Puteri
  9. SM Sains Sultan Mahmud
  10. SM Sains Seri Puteri
  11. SM Sains Muzaffar Syah
  12. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
  13. SM Sains Banting
  14. SM Sains Tapah
  15. SM Sains Kota Tinggi
  16. SM Agama Persekutuan Bentong
  17. SBP Integrasi Gombak
  18. Sekolah Sultan Alam Shah
  19. SM Sains Miri
  20. SM Sains Kuching Utara
  21. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 (MRSM) SEKOLAH TERBAIK TAHUN 2015
  1. MRSM Taiping
  2. MRSM Pengkalan Chepa
  3. MRSM Tun Ghafar Baba
  4. MRSM Langkawi
  5. MRSM Tun DR Ismail
  6. MRSM Kuantan
  7. MRSM Kepala Batal
  8. MRSM Pasir Salak
  9. MRSM Tun Mohammad Fuad Stephen
  10. MRSM Pendang
  11. MRSM Alor Gajah
  12. MRSM Transkrian
  13. MRSM Betong
  14. MRSM Gemencheh
  15. MRSM Kuala Krai
  16. MRSM Kuala Berang
  17. MRSM Felda
KITA BOLEH BANDINGKAN SPM TAHUN 2013 DENGAN SPM TAHUN 2014

Senarai Ranking Sekolah SBP Terbaik 2014 Malaysia SPM 2013

Bagi kedudukan senarai sekolah SBP terbaik 2014 ini ia dinilai berdasarkan Analisis Gred Purata Sekolah (GPS)
  1. Sekolah Menengah Sains Tun Fatimah
  2. Sekolah Menengah Sains Sabah
  3. Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak (MCKK)
  4. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
  5. Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir
  6. SBP Integrasi Gombak
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah
  8. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor (SSP)
  9. Kolej Islam Sultan Ahmad Shah
  10. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
  11. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
  12. Sekolah Menengah Sains Tapah
  13. Sekolah Menengah Sains Johor
  14. Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah
  15. Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
  16. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
  17. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
  18. Sekolah Menengah Sains Selangor
  19. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur (SESERI)
  20. SBP Integrasi Rawang
  21. Sekolah Menengah Sains Miri
  22. Sekolah Menengah Sains Banting
alhamdulilah Allah beri rezeki kepada SESERI ...semoga spm tahun 2015 akan lebih cemerlang...jom kita target top 5 pula...aamiin...insya Allah..tiada satu pun yang tak mungkin berlaku tanpa kehendak dari Allah...Allah yang menjadikan semua ini...kita manusia hanya berusaha..yang lain kerja Allah yg Maha Esa... 

No comments: