Sunday 25 October 2015

zumba senaman yang kusukai.

Hampir 3 tahun Lin berhenti beraerobik...Bukan tak mau pergi..tapi kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan..terpaksa lah ku lupakan senaman tersebut...
Setelah 3 tahun tak bersenam..makan tidur..makan tidur...badan dah mulai naik...sakit hati bila orang yang kita sayang dah mula mengatakan berkenaan badan kita...sakit hati tau...kata gemuk lah...berisilah...adoi...mula bulan April 2015..Lin tanamkan azam untuk kurus..nak cantik utk diri sendiri...siapa yang tak mau cantik...bermula pada bulan tu Lin gi kelas aerobic...tp kali ni ,..kelas aerobic dah tukar kelas zumba..best juga kelas zumba ni...boleh release tension...rasa lemak byk lg..kita buatlah betul2..barulah ada kesan kat badan kita...ok...sebelim lin cerita lebih lanjut lagi...jom kita baca petikan tentang senaman zumba...


PADA masa ini Zumba semakin menarik minat masyarakat setempat dalam menyumbang kepada kesihatan dan kehidupan yang sihat. Zumba sebagai salah satu jenis pergerakan senaman yang mampu membuatkan pengamalnya mengeluarkan berasa segar dan sihat. Zumba mempunyai ciri langkah serta tindakan seakan tarian yang diiringi dengan muzik hasil gabungan antara elemen tarian dan juga gerak senam ataupun aerobik yang membuatkan zumba sebagai senaman yang unik untuk kesihatan. Jika disebut senaman, ia adalah bentuk pergerakan badan yang memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai salah satu senaman rutin yang paling mudah serta menyumbang banyak kebaikan untuk kesihatan pengamalnya.

 Dan kini mula digemari oleh penggemar aerobik.
Zumba dicipta oleh Alberto Perez, seorang penari dan guru tari dari Colombia pada sekitar tahun 1990-an. Ianya mempunyai gerak tari yang dapat dijadikan sebagai senaman seperti tarian hip-hop, samba, salsa, mambo, gerak seni pertahanan diri, tarian India atau Bollywood dan juga tarian Arab atau lebih dikenali sebagai Belly dancing dan lebih kepada bentuk tarian kontemporari moden yang boleh dilakukan dengan santai. Jika diimbas sejarah terciptanya Zumba ia adalah satu sejarah yang ringkas sahaja apabila Alberto Perez, pengasas tarian senamrobik Zumba ini, yang dengan tidak sengaja terlupa menyediakan pita rakaman muzik untuk latihan aerobic kepada muridnya kerana kesuntukkan masa, lalu dieksploitasikan dengan pelbagai adunan muzik dengan pergerakkan lincah dalam kelas senamrobik tersebut.


TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman bersama orang ramai yang hadir melalukan "zumba" sempena majlis amal "Charity for Nancy" bagi mengutip dana untuk bekas atlet negara Nancy Tea Ai Seng. TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman bersama orang ramai yang hadir melalukan "zumba" sempena majlis amal "Charity for Nancy" bagi mengutip dana untuk bekas atlet negara Nancy Tea Ai Seng.
 
 
Ekoran dari itu, Zumba yang menghimpunkan pelbagai genre muzik dan variasi rentak lagu digabungkan dengan tarian yang tertentu di antara kombinasi rentak lagu dan tarian yang mampu melahirkan pergerakkan senaman yang cukup efektif untuk membina otot yang kuat malahan kesihatan yang baik dan mampu merangsang individu kepada kehidupan yang lebih ceria. Berbanding kelas senamrobik yang lain, Zumba lebih segar dalam membawa keseronokan dan keceriaan dan mudah dipelajari oleh sesiapa saja yang mampu mengeluarkan peluh dan sesuai untuk semua golongan masyarakat yang bukan saja sekadar menggerakkan badan mengikut gerak langkah tertentu malahan ia mampu mengurangi tekanan yang kita alami kerana kita boleh merasa seronok melakukan gerak tari sambil menikmati muzik yang membuatkan kita rasa gembira dan senang melakukannya.


Ini kerana zumba direka khas dengan gerak tari atau koreografi yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina kerana ia boleh menghilangkan tekanan dengan cara yang amat menggembirakan dan santai tanpa berasa terpaksa melakukannya.

Ramai yang berpendapat, Zumba merupakan salah satu senaman ringan yang baik untuk mengekalkan kesihatan bagi mereka yang sentiasa sibuk untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan mental kerana ia mampu membantu bagi yang mengalami masalah berat badan kerana didalam pergerakkan zumba, memerlukan kita untuk mengerakkan keseluruhan anggota badaan kerana itu seseorang yang kerap melakukan pergerakkan senaman zumba, ia akan mendatangkan kebaikan yang membabitkan pergerakkan banyak anggota badan seperti menggalakkan gerakan seluruh anggota badan individu yang melakukannya dengan pengalaman memanaskan badan dalam pergerakkan serta pembakaran lemak dalam badan seseorang sehingga 5,000 kalori dalam masa 45 minit.


zumba01


Selaras dengan pelbagai genre muzik yang mengiringi pergerakkan zumba yang membabitkan banyak anggota badan yang mendatangkan kebaikan kepada sesiapa saja yang melakukannya, penggunaan muzik sebagai latar belakang kepada pergerakan dan koreografi dalam adalah sangat penting bagi gerakan zumba kerana dengan adanya muzik yang pelbagai adalah sebenarnya yang menimbulkan gerakan seluruh anggota badan dengan gerakan yang khusus dan teknik tertentu bergantung kepada koreografi.


Selain daripada itu, Zumba yang menyasarkan bahagian kaki, tangan dan abdomen dapat menguatkan otot, melalui pergerakkan senaman yang menggabungkan pengamatan, pendengaran dan otot yang mengawal keseluruhan anggota badan individu yang sentiasa ingin menikmati cara hidup yang sihat dan ceria kerana zumba adalah jawapan yang tepat kerana Zumba dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik terhadap penafasan, otot dan yang paling penting kepada kehidupan yang lebih ceria.


Sejajar dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang inginkan rakyat dan masyarakat di negara ini menjalani kehidupan dan kesihatan yang sihat, zumba boleh dijadikan sebagai satu pilihan riadah yang menarik kerana kita boleh melakukannya bersama keluarga memandangkan ianya sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur dalam suasana yang ceria di negara ini, Zumba sudah mula dikenali dan menjadi pilihan masyarakat dalam mengamalkan kesihatan yang lebih baik dan kearah kehidupan yang sihat. Sudah banyak yang menganjurkan program kesihatan Zumba bagi menggalakkan masyarakat untuk memilih cara hidup yang sihat.
                                                           

Monday 12 October 2015

abah jatuh sakit...

Assalamualaikum semua...

Bebaru ni abah Lin jatuh sakit...Pada awal demam jea..Lin fikir mungkin demam sebab penat sangat berkebun kot...Tp esoknya..adik Lin kata kena gi klinik pula..sebab demam tak kebah2..wlpun dah makan Panadol...petang hari isnin 7/9/2015...mak ajak abah gi hospital..sebab abah tak bermaya...
Pada hari yang sama juga abah kena masuk icu...sebelum tu beberapa jam duduk kat wad...

esoknya baru lin dan ain (adik dr madinah) balik tengok abah...selalu yang kami melawat di dalm icu adalah sahabat handai dan kaunm keluarga...tapi hari tu...yang terbaring dengan wayar tu ini adalah abah yang kami sayangi...Ya Allah ...sedihnya...tak tau nak cakap apa...kesian sangat tengok abah...jika boleh diganti..LIn dengan sukarela gantikan tempat abah...

selama 23 hari abah didalam icu...bila keadaan abah dah stabil...baru abah ditempatkan di wad biasa..
abah kena tebuk dileher...sebab pernafasan yang terus ke paru2 tu ,tak boleh digunakan lebih dari 2 minggu...seksanya tengok abah pakai tu...mesti sakit...tak sanggup nak tengok...

abah.....

"maaf kan Lin...sebab tak dapat jaga abah seperti adik2 yang lain...walaupun lin tak dapat selalu jaga abah...setiap saat..abah sentiasa dalam doa Lin..Abah mesti kuat...Abahkan atok izzuddin...jika abah tak sihat..siapa lg nak telefon kacau cucu2 abah ni...abah..Lin tau abah mesti dah boring duduk hospital..tapi selagi abah tak sihat..abah kena duduk hospital...ikut apa yang doctor suruh...bila abah dah ada tenaga..dah boleh jejalan macam dedl..insyaAllah abah boleh balik...sekejap jea lagi...kuatkan semangat...Jangan putus asa...doa yang bebaik jea..InsyaAllah Allah bagi yang baik2...saying abah dunia akhirat...."

APA ITU DIET ATKINS????

APA ITU DIET ATKINS????

Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran lin memula rasa nak berdiet...Dalam fikiran lin...diet atkins ni tak makan nasi jea...yang lain boleh makan...mee..mee hoon...roti...air bergula...
Tapi bila lin baca balik....bukan macam tu...diet ni lebih kepada protein...kurangkan karbohidrat...
jom baca sampai habis cerita pasal diet ni..lin cuba salin dan pamerkan di sini...baca tau...

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea tentang karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Empat Fasa Penting Diet Atkin


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
  3. Pre-maintenance 
  4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:
  1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
  3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
  5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
  8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.
  9. Pizza? Makan topping sahaja.
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)
  5. Makan Tengahari / Malam
  6. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  7. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
  8. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  9. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  10. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama Induction


  1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
  2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
  9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
  12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan?

Had 20gm Karbohidrat Sehari


Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi karbohidrat sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu


Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan 
     begitu sahaja. 
     - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
     - 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan 
       karbohidrat 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
     - 0.5 karbohidrat

Tengahari: 
1.) Ikan (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
     - 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak 
     rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
     - 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak 
     bercampur anything berkarbohidrat 
     - 0.2 - 1 gram karbohidrat
    - any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah. Lebihkan sayur2 hijau dan 
      freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi.

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Lebih kurang sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.) Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan   
     tambah garam.
2.) Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan 
     ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
     Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing 

Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3.) 2 keping tauhu sumbat (isikan dgn taugeh dan timun sahaja). 

Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction



  1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
  2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
  7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
  9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet


Bahagian Daging:
  1. Semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
  2. Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang. 

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
  1. Berhati2 memilih sosej dan burger. Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
  2. Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
  3. Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
  1. Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
  2. Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
  1. Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
  2. Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
  1. Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
  2. Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
  1. Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
  2. Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
  3. Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
  1. Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
  2. Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
  3. Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
  4. Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
  5. Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
  6. Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
  1. Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
  2. Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
  3. Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
  4. Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. Asalkan BUKAN nasi, roti.

Fast food 
  1. McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
  2. Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je. Pilih salad sekali.
  3. KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
  4. Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan diet Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Minum Banyak Air Putih


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Buah-buahan Dalam Diet Atkins


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting Daripada www.atkins.com



kebaikan chia seed

CHIA SEED DAN KHASIATNYA

Chia seed bentuknya sama seperti biji selasih. Begitu juga dengan rasanya. Saya sekeluarga baru sahaja mula ambil chia seed minggu ini. Dengannharapan kesihatan keluarga bertambah baik. Saya beli dari COLES around 5 dollar per pek. Chia seed terbahagi kepada 2, chia seed black dan chia seed white. Saya beli, white. Black agak mahal.






1. FIBER

Chia seed mengandungi banyak fiber. Kajian mendapati bagi setiap 1 aun chia seed, mengandungi 11% fiber.  So kalau nak kurus boleh lah cuba... Ada kawanku yang mengambil biji chia ini sebanyak 1 sudu teh dan mencampurkannya ke dalam air minuman.. dan kesannya sentiasa rasa kenyang.. selepas sebulan menggamalkannya, berat badan semakin turun.. rupanya lebih kurang biji selasih apabila dah kembang... Selain itu, chia seed juga dapat mengelakkan rasa nak makan jer sebab perut sentiasa rasa penuh.. dan yang penting bila nak 'membuang' pun mudah...

2. OMEGA 3 DAN 6

Seperti yang semua telah maklum, badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dan 6 ini.. Kita perlu mendapatkannya daripada makanan seperti ikan, susu, telur dan sebagainya.  Berita baik untuk semua kerana biji chia ni banyak mengandungi kedua-dua asid omega ni.. So boleh bagi anak-anak makan sebab baik untuk otak dan pertumbuhan mereka..

3. KALSIUM

Khasiat seterusnya untuk tulang dan gigi yang sihat...  Biji chia mengandungi tiga kali ganda kalisum jika dibandingkan dengan susu.. so untuk mengelakkan osteoperosis, ambiklah biji ni dalam diet kita...

4. ANTI OKSIDA
Super penting untuk menghalang radiasi bebas daripada menyerang bandan kita.. awet muda pun ya juga.. aku dapati kawan yang mengamalkan makan biji chia ni, kulit mukanya semakin tegang dan berseri..

5. PROTIN

Menurut chiaseed.com ..“It includes all essential amino acids such as leucine, lysine, isoleucine, methionine, threonine, valine, tryptophan, and phenylalanine. The powerful combination of these amino acids will allow you to perform better during your training sessions and help you build more muscles faster.”


6. MENGIMBANGI PARAS GULA DALAM DARAH

Apabila gula dalam badan seimbang, dapat mengelakkan risiko diabetes dan badan semakin bertenaga dan lambat rasa letih... Badan terasa bertenaga sepanjang hari.. Chia seed juga dapat mengelakkan daripada badan kita dehidrasi.. cuba tengok biji seed apabila dah direndam dalam air.. kembang dan penuh dengan air.. so imagine apabila biji ni berada dalam badan kita..

7. ANTI INFLAMATORY

Kajian ini telah dibuat terhadap pensakit arthiritis. Mereka mendakwa sejak mereka mengambil chia seed dalam diet mereka, sakit tulang mereka berkurangan hanya selepas beberapa minggu sahaja.  Kandungan omega 3 yang banyak juga membantu me'lubricate'kan sendi-sendi.. . Yang ini aku akan cuba meujuk ayahku untuk mengambil chia seed dan melihat sendiri hasilnya..

PT 3...

Assalamualaikum

Hari ini PT3 bermula...hakim salah seorg calon peperiksaan...semoga hakim dapat menjawab dgn baik dan tenang...
insyaAllah Allah tolong hakim ...doa yg baik2...insyaAllah Allah bg berita yg baik2...

untuk luqman nur hakim....

"Mak tau hakim boleg buat...buktikan hakim boleh...semua yg lahir didunia ini adalah juara...buktikan kita selamanya juara...juara mesti yg terbaik...
jika dua tahun lepas hakim tengok kakak naik pentas semasa terima keputusan PMR...insyaAllah mak nak hakim jg terima keputusan 10A PT 3  di atas pentas...kami semua sentiasa mendoakan kejayaan hakim...ini permulaan menentukan kerjaya hakim...
Buat yg terbaik...usaha...doa dan tawakal...GOOD LUCK hakim....kami semua sayang hakim...

Tahun ni...ada dua pereksa besar yg anak2 lin hadapi...dup dap  juga hati ni..selagi tak habis pereksa...selagi tu risau jea...tp tak lah berdebar mcm khairiah dl...anak2 cool jea...mak yg ngelabah lebih...

jom doa semoga anak2 kita beroleh kejayaan. ...aamiin.


 
untuk ibu bapa yang tidak tau nak buat apa ketika anak sedang bertungkus lumus menjawab soalan di dewan peperiksaan...jom kita berdoa...lin ada buat simpanan doa yang perlu kita bacakan utk anak2...boleh lihat di entri lin yang terdahulu....