Sunday 9 April 2017

7 CARA MENGHILANGKAN PARUT HITAM

  • Scrub
  • Salah satu cara. boleh scrub muka. Boleh gunakan bahan-bahan yang natural. Macam lemon, gula dan tomato. Nak scrub kena tunggu jerawat reda, selepas gunung berapi meletop. Lakukan secara konsisten, mungkin jika baru buat seminggu hasilnya masih belum ada. Konsisten buat, insyaallah akan nampak kesannya.
    • Guna Madu
    Campurkan madu ke dalam bedak sejuk. Dan tepekkanlah di muka anda. Buat dengan kerap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
    • Kayu Manis
    Hah ini pun bagus. Tambah lagi baunya yang wangi. Tumbukkan beberapa batang kayu manis, sampai jadi serbuk. Lepas tu letakkan sedikit air. Jadikan 'paste' dan letakkanlah di bekas jerawat. Lakukan secara kerap. Atau boleh gantikan air dengan madu. Caranya masih sama, tampalkanlah pada bekas jerawat.
    • Timun
    Selain baik untuk hilang mata 'panda' a.k.a dark circles, timun juga baik hilangkan parut hitam di muka. Kisar timun, tapiskan air. Dan tepekkanlah hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Muka akan rasa lebih 'fresh' dan tegang. Jika buat selalu, parut di muka akan pudar.
    • Daun Senduduk
    Nie kalau rumah anda ada daun nie. Boleh guna beberapa helai, campurkan cekur dan segenggam beras. Guna batu giling (kalau ada) atau tumbukkan sampai lumat. Dan siap letakkan di muka yang ada parut. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk ulang guna. Jangan buang, membazir.
    • Guna Sirih
    Banyak kelebihan daun sirih. Selain baik untuk penjagaan kewanitaan, sirih juga baik untuk parut degil. Tumbuknya beberapa helai daun sirih. Tempelkan pada muka yang ada jerawat. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilaslah muka dengan air bersih. Amalkan secara konsisten. 


     

    No comments: