RESIPI ROTI CAPATI LEMBUT MAMAK HAJI:
"Roti", "Capati",atau "Pulka", adalah makanan ruji bagi penduduk di utara India bukan nya bagi yang di Selatan. Di Selatan India masakan Thosai, Idli menjadi pilihan utama. Di negara kita capati diperkenalkan oleh kaum India Sikh atau Punjabi. Senang cakap kegemaran orang Benggali, tetapi beggali tak suka sangat dengan "roti benggali" tetapi kita yang suka. Namanya roti benggali kerana yang buat dan jual dari suku kaum punjabi di negara kita. Roti bengali sejenis roti yang keras sedikit dari roti bun biasa sangat sesuai untuk dicicah dengan sup kambing atau dalca.
Tepung untuk membuat capati ini dipanggil, "tepung Atta" ia bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. Dulu Tepung ini murah dari tepung gandum tetapi kini tepung ini lebih mahal dari tepung gandum pulak dah.
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 2 cawan tepung atta.
- 2 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu besar yogurt (nestle natural) atau 2 sudu besar susu penuh krim / atau satu sudu besar susu tepung..
- 1 cawan Air suam kuku atau biasa. Sukatan kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya berat tepung 100gm airnya lebih kurang 50ml. (1kg air bersamaan dengan 1 liter air biasa).
- 1/2 sudu kecil garam atau ikut kemasinan anda.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan masukkan pula garam dlm air suam dan kacau rata. Masukan air suam / sedikit demi sedikit dan masukkan yogurt sekali. Sebatikan tepung dengan air, anda akan dapat doh yang melekit pada tangan anda, Pada masa ini lah anda PERLU masukkan minyak masak 2 sudu besar pada doh ini. Minyak akan kurangkan kemelekitan doh. Boleh juga tambah sedikit minyak masa ulian pada tangan anda atau dlm bekas ulian. Uli selama 5 minit sehingga permukaan doh menjadi licin dan lembut. Doh yang lembut boleh diuji dengan cucuk jari anda pada doh ia akan tinggalkan bekas jari anda.
2. Ini penting! bila siap doh, simpan / perap doh dibungkus "plastic wrapper" atau dalam bag pelastik atau tutup bekas uli doh bersama doh yang telah uli dengan kain lembab selama satu jam. Ini perlu untuk minyak bertindak ke atas "gluten" tepung untuk tidak lagi mengeraskan tapi bina rantaian yang lembut. Selepas 1 jam anda boleh rasa sendiri doh akan menjadi sangat lembut dari asal.
3. Bahagikan doh dan mula buat bebola sebesar buah lemon. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan golek dgn memberi sedikit tekanan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Tepung digunakan sekiranya bebola ini melekit di tapak tangan semasa membentuk bola,tapi jangan gunakan tepung banyak sangat nanti jadi keras pulak.
4. Ambil bebola capati ini, leperkan sedikit di tapak tangan anda dan tekapkan dalam bekas tepung (boleh guna tepung gandum biasa) dan tepuk sedikit untuk hindarkan tepung berlebihan (Ingat tambah tepung anda keraskan doh jadi guna paling minima).
5. Doh itu letak atas papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh telah leper itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Jangan tekan kuat sangat roller biarkan roller itu bergerak sendiri. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 6". Sebelum anda leperkan doh, tentukan sapukan sedikit tepung pada permukaan doh senipis (dusting) tepung ke atas permukaan capati belum dibakar supaya kepingan itu tidak melekat pada permukaan pengalas atau satu sama lain.
5. Panaskan kuali leper dengan api dapur tinggi. Kuali kena betul-betul panas. Cara mengujinya ialah bila kita renjis air pada kuali leper panas itu..air renjisan kena sejat dengan 1 atau 2 saat saja. Ini penting yea. Roti yang bakar perlu cepat.
6. Sebelum masukkan capati yang belum bakar itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit di antara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati.
7. Bila permukaan atas capati kering saja , dengan cepat terbalikan capati itu dan putarkan capati itu dengan kain atau tisu kitchen towel supaya ia bakar rata. Dengan pantas terbalikan kembali..(masa kurang kurang dari 1 minit) . Anda boleh lihat permukaan ini telah masak. (kalau nak gelumbong boleh kenakan sedikit tekanan ke atas capati anda dengan kain tadi).
8. Bahagian yang telah masak, sapukan sedikit minyak / majerin atau Minyak sapi pada permukaan capati itu. Jangan terlalu banyak nanti capati anda berminyak pulak. Sekarang dengan cepat juga terbalikan permukaan bawah dan sapukan minyak juga. Keluarkan dan Capati anda telah siap.
9. Seluruh proses pembakaran yang mamak haji terangkan di atas tempuh masanya cuma 2-3 minit saja. Kena pantas bakar capati ini di kuali leper akan menjadi cepat panas. Jangan sampai hangit atau terlalu masak kering, nanti capati anda menjadi biskut pulak.
No comments:
Post a Comment