semalam cuba selongkar resepi dari blog k.ita (azlita masam manis),pm k.ita Tanya kenapa blog tak boleh nak buka...rerupa blog kak ita dah tutup...sedihnya...selama ni mencari dan mencuba resepi dari blog k.ita...untuk keselamatan...Lin cuba sedaya upaya untuk salin semula resepi dari blog kesukaan lin yang lagi satu ni...iaitu,blog mat gebu...hari ni cuba salin resepi kek pisang dulu..walaupun tak pernah cuba resepi yang ini..lin cuba salin dulu...buat kendian...bukan apa...manalah tau,tetb mat gebu termimpi sama macam k.ita..mau haru...
BAHAN - BAHANNYA :-) 3 biji pisang montel @ cavendish
80 gram gula halus
120 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
60 gram mentega, cairkan dan biar sejuk
1 camca besar mayonnaise
Secubit garam
BAHAN - BAHAN KARAMEL :-)
30 gram gula pasir + 1 camca besar air
2 camca besar air
1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C. lanser tin bulat berukuran 6 atau 7 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Dalam periuk kecil, masukkan 30 gram gula dan 1 camca besar air. Masak dengan api kecil hingga gula cair dan bertukar menjadi keperangan. Masukkan baki 2 camca besar air dan kacau rata. Sementara itu, kupas 2 biji pisang montel dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk berisi karamel tadi, masak dengan api kecil hingga pisang lembut. Matikan api, sejukkan dan tambah esen vanilla, gaul rata.
- Putar gula, garam, telur dan mayonnaise hingga putih berkrim. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Gunakan spatula untuk menggaul saki baki tepung yang tidak sebati. masukkan karamel pisang tadi dan gaul rata. Tuang mentega cair dan gaul hingga rata dan sebati.
- Tuang dalam tin yang telah disiapkan. Baki 1 biji pisang dihiris dan hiaskan atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar kek selama 50 minit - 1 jam, bergantung pada saiz acuan yang digunakan dan juga oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih di tengah2nya dan jika keluar bersih, tanda kek telah masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit sebelum keluarkan dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...Selamat mencuba!!
nak lihat gebu ke tak kek pisang ni...bolehlah melawat ke blog mat gebu...memang segebu gebunya...
No comments:
Post a Comment