Thursday 30 March 2017

kuih koci ( azlita masam manis)


KUIH KOCI MELELEH
Resepi oleh : Chah

Untuk Inti

1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja ~ pilih kelapa yang agak muda )
2 -3 keping gula melaka ( 1 cawan )
Gula pasir (1/3 cawan - jika kurang manis boleh tambah )
2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum


Masak gula melaka , sedikit gula pasir dengan air kelapa hingga gula hancur.
Masukkan simpulan daun pandan.
Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit.
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Masak hingga agak kering.
Sejukkan.

Untuk Doh

1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
1 1/4  cawan tepung pulut
Sedikit garam halus

Keledek atau labu di kupas, kemudian di rebus dengan sedikit garam dan air
Angkat seteleh empuk dan toskan airnya
Lenyekkan labu
Gaulkan Keledek bersama tepung pulut dan sedikit garam
Uli hingga menjadi doh

Inti kelapa yang kita sediakan tadi kita uli sebesar guli
Leperkan doh dan letakkan inti
Kemaskan dan bulatkan semula, ketepikan

Untuk Santan

1 cawan santan
1 sudu teh tepung beras
secubit garam


Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan
Masukkan doh yang telah di letakkan inti dalam santan
Sediakan daun pisang yang di potong bersaiz 10 x 12 ( 10 inc panjang dan 12 inc lebar )
Daun pisang hendaklah di layurkan terlebih dahulu sebelum di potong. Jangan lupa untuk cuci bersih daun pisang.
Kemudian sapukan sedikit minyak pada daun pisang ( bahagian yang nak letak kuih )
Sekarang bolehlah kita mulakan proses membungkus

Daun pisang di sapukan sedikit minyak
Letakkan doh yang bersantan di tengah-tengah daun
Dan lipat kemas. 
Kelepitkan di bahagian hujung daun sebelah kiri dan kanan lipatan
Kemudian lipat ke bawah kemas
Ulang proses yang sama dengan bahagian yang sebelah lagi
Kemaskan
 
Susun dalam kukusan
Kukus kuih dalam kukusan selama 15 minit atau hingga kuih masak
Angkat dan sejukkan

No comments: