Friday, 24 March 2017

kek mentega

resepi kek ni pun dari blog mat gebu...tapi lin melayukan nama kek ni...mana lah tau nanti nak mencari resepi..tak tau nama melayunya...encik mat gebu kata,resepi kek ni sesuai untuk anak2 yang baru nak berjinak2 untuk belajar buat kek...katanya mudah sahaja...lepas ni bolehlah suruh khairiah buat kek ni...dulu lin sebaya khairiah dah buat biskut raya untuk tetamu datang beraya tau...masa dulu mak atau arwah abah..tak pernah marah kalau rasa biskut tak sedap...macam redho jea dengan apa yang anaknya masak...alhamdulillah...
jom tengok bahan apa yang diperlukan untuk resepi kek kali ini...

 acuan berukuran 8 inci x 4 inci  3 inci

BAHAN-BAHANNYA :-)
185 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, emborg, golden churn dll)
150 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)
1 camca teh rata baking powder
130 gram gula kastor (resipi asal 150 gram)
Secubit garam halus
3 biji telur gred A*
3 camca besar susu segar*
1 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau hingga sebati)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi, Ketepikan. Ayak tepung, baking powder dan garam halus ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
  2. Masukkan mentega, gula kastor dan 1/2 bahagian bancuhan telur, susu dan esen vanilla tadi. Gaul rata kemudian putar perlahan hingga semua sebati. Tinggikan kelajuan dan putar hingga kembang selama 3 minit.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan 1/2 bahagian bancuhan telur, susu dan esen vanila. Putar selama 30 saat. Kemudian masukkan baki bancuhan dan putar 30 saat lagi hingga semua sebati. Matikan mixer dan gaul rata adunan kek dengan spatula.
  4. Tuangkan ke dalam tin yang telah disediakan, ratakan adunan dan hentakkan tin kek 1- 2 kali, bertujuan untuk membuang gelombong udara. Bakar selama 50 - 55 minit pada rak bawah oven hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih di bahagian tengah kek, kalau keluarnya bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan..
 
sesiapa yang dah cuba resepi ni...boleh lah kongsi kesedapan di komen yea...
 



No comments: