Beberapa hari lepas ,Hakim bagitau ada kakak kawannya dapat masuk SESERI..Alhamdulilah..tahniah ....mak cik ucapkan..pesan mak cik..bila dah melangkah keluar dari Sek Men Bukit Sentosa 2..jangan sesekali nak melangkah ke sana balik..buktikan sekali kita melangkah keluar..kita tak akan masuk semula ke sekolah lama..
Nape Lin berkata begitu...Sepanjang Khairiah bersekolah disana hampir setahun..terlalu ramai pelajar yang keluar dari SESERI..Macamana itu semua boleh berlaku???Lin pun tak tahulah..kenapa ramai yang nak keluar dari SESERI..Dari yang lihat..kebanyakan pelajar2 ni..majoritinya dari kecik sampailah berumur 15 tahun tak pernah duduk asrama..selama 15 tahun dok dengan keluarga ..tak pernah duduk dalam keadaan semua berperaturan...siang malam kena ada jadual...sepanjang masa penuh dengan kerja rumah...pendek kata semua kena buat sendirilah..basuh baju sendiri...gosok baju sendiri..dah tak de pembantu rumah yang buat...semua kena sendirilah...masa ni lah kena fikir dan buat keputusan sendiri...jika malas...alamat tak makan...tak mandi dan tak berbajulah...Mungkin tu salah satu sebab pelajar2 ni tak tahan...
SESERI juga ketat undang2nya...Ibu bapa tak leh sesuka hati nak jumpa anak2..Boleh jumpa di waktu yang ditetapkan..Masa Lin dulu ,Risau juga keadaan Khairiah..sepanjang program orientasi..tak pernah Khairiah telefon..maklumlah ,masa orientasi semua nak kena buat dengan pantas..tu yang khairiah tak de masa..Alhamdulilah habis jea orientasi.baru dapat dengar suara anak dara ku ni..R I N D U Tau...Tahun ni ,Lin tengok dah tak boleh guna kad fon(kad hello)..semua kena pakai duit syiling...bagi pelajar2 yang bakal masuk ke SESERI sediakan minda dan stamina yang padu...jangan mengalah...ingat ..kita yang pilih SESERI ..KENAPA PULA KITA NAK BERUNDUR TANPA SAMPAI KE GARISAN PENAMAT...?????
Mungkin ada yang baca dari blog lain cerita tentang kebaikan SESERI sahaja...tp blog makcik ni macam menakutkan..Ni lumrah duduk diasrama..jika semua benda dirumah kita arahkan pembantu rumah yang buat..belajar2 lah buat sendiri...kat asrama takde bibik yea anak2...belajar berdikari..
Bagi ibu bapa pula,cekalkan hati..mungkin ada nanti drama2 air mata..yang nak keluar dari SESERI..Abaikan sahaja..Bagi Lin,Alhamdulilah khairiah ok..walaupun selalu dia kata ramai kekawannya yg PT(pulang terus)..Bagi Lin..Sekali Kaki Melangkah Masuk...Jangan Sesekali Nak Minta Pulang Terus..sebab,sebelum khairiah berhajat dan beria2 nak masuk asrama..Lin dah bagitau baik buruknya duduk asrama..Jadi tak de alasan nak keluar dari asrama...
oklah ..nanti cerita lagi pasal SESERI...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment