Friday, 20 February 2015

ROTI BOY...


ASSALAMUALAIKUM
SEMALAM DALAM SEJARAH HIDUP LIN CUBA BUAT ROTI BOY...DALAM HATI TAKUT TAK JADI..TAPI KALAU TAK CUBA..MANA TAU TAK JADIKAN..

PEPAGI LAGI DAH GI KE DEPAN..SELEPAS SARAPAN DGN CIK ABG DAN KHAIRIAH..MULALAH GI KEDAI BAHAN2 KEK..JAM BARU PUKUL 9  PAGI..LIN TAU KEDAI TU BUKA PUKUL 10..TP CIK ABG NAK GI JUGA..LAYANKAN AJELAH..ALHAMDULILAH..KEDAI BUKA..TAPI MCM GELAP JEA..BAGI SALAM,BARU TAU KEDAI LUM BUKA LAGI..TAUKE TU BUKA UNTUK TURUNKAN BARANG JEA..TP TAUKE BAGI BELI BARANG YANG NAK DIBELI..ALHAMDULILAH..TAK YAH TUNGGU PUKUL 10..

KAT TEMPAT LIN NI ADA 2 KEDAI BAHAN KEK..SATU CINA PUNYA..SATU LAGI MELAYU PUNYA..ATAU LEBIH TEPAT..ISLAM PUNYA..DARI PERBEZAAN HARGA..CINA LAGI BANYAK MURAH..TAPI LIN PILIH MEMBELI DI KEDAI ISLAM...

KENAPA BELI DI KEDAI YANG LEBIH MAHAL???

ADA "SHARE" KE???

DAH KAYA???

ADA JUGA YANG ORANG YANG UTARAKAN SOALAN TU...

SENANG JEA LIN JAWAB..

1) SEBAB LIN ISLAM(MAAF YEA JIKA ADA YANG BACA NI ORG CINA)
    LIN WAJIB MEMBELI DIKEDAI ORANG ISLAM KECUALI JIKA TIDAK ADA PENJUAL 
    BERAGAMA ISLAM..

2)SEBAB KEDUA..PENJUAL ISLAM AKAN MEMBAYAR ZAKAT...KE MANA PERGI NYA
   ZAKAT TU?MESTILAH KE ASNAF..MEREKA YANG SUSAH...

3)SEBAB KETIGA...NI SANGAT PENTING..LIN NAK ISLAM MAJU..TAK KIRALAH SIAPA
   MEREKA..TAPI MEREKA ADALAH SAUDARA SEISLAM LIN...JIKA LIN DAPAT
   MENGUBAH KEADAAN..LIN NAK KAWASAN LIN NI ..SEMUA PENJUALNYA
   BERAGAMA ISLAM...BARULAH ISLAM MAJU...

SEMOGA ISLAM MAJU DI NEGARA MALAYSIA....

ALAMAK..DAH MELALUT PULA...LIN NAK BAGI RESEPI ROTI BOY...NI PUN LIN DAPAT DARI RAKAN2 FB..DARI GROUP "KELAB ROTI"

ROTI BOY....

INTI

200 GM MENTEGA
1/2 SUDU TEH ESEN VANILA
70 GM GULA PERANG

CARANYA

PUKUL MENTEGA DENGAN MIXER PADA KELAJUAN SEDERHANA 3 MINIT.
MASUK ESEN DAN GULA PERANG.PUKUL HINGGA SEBATI.SIMPAN DALAM BEKAS BERTUTUP DALAM PETI AIS..
*******************************************************************************
TOPPING

100 GM MENTEGA
80 GM GULA ICING/GULA HALUS
2 BIJI TELUR GRED B
1 SUDU BESAR NESCAFE CAMPUR 1/2 SUDU BESAR AIR PANAS
100 GM TEPUNG GANDUM

CARANYA

PUTAR MENTEGA DENGAN MIXER PADA KELAJUAN SEDERHANA SELAMA 5 MINIT..PERLAHAN2,MASUKKAN TELUR,GULA DAN KOPI SEGERA.AYAKKAN TEPUNG KE DALAM ADUNAN DAN PUTAR LAGI PADA KELAJUAN PERLAHAN SEHINGGA SEMUA SEBATI .SIMPAN DALAM PETI AIS.
*********************************************************************************

DOH ROTI

500 GM TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
1 SUDU KECIL BREAD IMPROVER
250 ML SUSU SEGAR
75 GM GULA CASTOR
3 SUDU TEH YIS KERING
1 SUDU TEH GARAM
1 BIJI TELUR (DIPUKUL)
60 GM MENTEGA

CARANYA

GAUL RATA TEPUNG BERPROTEIN TINGGI,GULA,GARAM DALAM MANGKUK..
MASUKAN YIS ,BREAD IMPROVER DAN GAUL RATA..
MASUK TELUR ,MENTEGA DAN SUSU SEGAR.
ULI DOH DIDALAM MIXER SELAMA 10-15 MINIT..(NI LIN GUNA MIXER YANG UNTUK KILANG TU)KALAU TAK DE..ULILAH GUNA TANGAN..
BAHAGI DOH KEPADA 18 BOLA KECIL..SETIAP SATU SBERAT 50 GM..
REHATKAN 10 MINIT..LEPERKAN DOH DIATAS TAPAK TANGAN DAN ISIKAN 1 SUDU BESAR INTI.TUTUP SEPERTI BUAT PAU..( SENANG BUAT KETIKA INTI MASIH BEKU)

SUSUN DI ATAS LOYANG PEMBAKAR YANG DILENSERKAN MENTEGA.JARAKKAN DALAM 1 1/2 INCI ANTARA SATU SAMA LAIN.

REHATKAN SELAMA 45 MINIT DI TEMPAT YANG PANAS.

SEMENTARA ITU,KELUARKAN TOPPING DARI PETI AIS DAN MASUKKAN DALAM PIPING BEG.

SELEPAS 45 MINIT,PAIPKAN TOPPING DIATAS BUN SECARA SPIRAL BERMULA DARI "TOP CENTRE"

BAKAR DALAM OVEN YANG DIPANASKAN SUHU 170 DARJAH CELCIUS
SELAMA 15 MINIT..


Inti dan topping dlm piping beg...


















No comments: