Tuesday, 17 February 2015

BAJA ORGANIK

HARI NI NAK CERITA PASAL BAJA ORGANIK...DULU PERNAH CERITA TP TAK MENYELURUH..DISAMPING TU UNTUK SIMPANAN LIN JUGA...LIN MALAS NAK TAIP....LIN "COPY AND PASTE " JEALAH ...MEMANG SESUAI UNTUK SEMUA TUMBUHAN...

kandungan nutrien dalam bahan bahan baja dan penghindar perosak dan penyakit kaedah Natural Farming oleh Nurwahidah
Hambali.
MOL Kangkung (FPJ)
  • Jenis tanaman yang tumbuh dengan cepat,
  • Gibberellin, auxin and cytokinin - hormon ransang pertumbuhan,
  • Ambil hujung kangkong, cincang dan campur dengan gula merah pada kadar 1:1, peram selama 7 hari
  • Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
MOL Buah Pisang (FFJ)
  • Disembur kepada tanaman pada peringkat hendak berbunga,
  • Mengandungi K tinggi,
  • Memacu pembungaan dan pembuahan tanaman,
  • Tingkat kualiti buah,
  • Makanan supplement ternakan.
  • Beli buah pisang terlebih masak pada harga murah, potong dan campur dengan gula merah pada nisbah 1:1 dan peram selama 7 hari
MOL Sisa Ikan (FAA)
  • Sumber N yang baik untuk tanaman,
  • Memacu pertumbuhan awal tanaman,
  • Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
  • Sisa buangan ikan yang sega, ikan yang murah, dipotong-potong kecil dan dicampur dengan gula merah pada kadar 1:1 dan diperam selama sebulan.
MOL Kulit Telur (Ca.P)
  • Calcium carbonate, P, Mg, trace Na, K, Zn, Mn, Fe, Cu,
  • Sembur/siram semasa mula berbunga,
  • Putik buah lekat ditangkai & tingkat kualiti buah.
  • Kulit telur ayam atau burung, digoreng/dibakar sehingga kuning keperangan dan direndam bersama cuka asli/nipah selama 1 bulan
MOL Tulang (P.Ca)
  • Tulang dibakar hingga putih dan direndam dengan cuka asli/nipah selama 1 bulan
  • Phosphoric acid,
  • Untuk pertumbuhan yang baik,
  • Sembur pokok muda hingga hendak berbunga,
  • Meransang pembungaan,
  • Tingkat hasil tanaman.
  • Sembur/siram
  • Kandungan Air Laut
    • Mengandungi sodium, mineral & micronutrient.
    • Meransang metabolisme tumbuhan,
    • Pokok jadi kuat melawan penyakit,
    • Buah jadi lebih manis.
    OHN -Kawalan Tanaman
    • Penghindar serangga perosak,
    • Kawalan penyakit bakteria & kulat.
    • Kamcui:Tongkui:Kulit kayu manis:Bawang putih:Halia
    • Kombinasi pada kadar 2:1:1:1:1
    • Menjaga kesihatan pokok disemua peringkat pertumbuhan.
    OHN Bawang Putih
    • Penghindar serangga perosak,
    • Mengandungi antibiotik & antifungal allicin dalam bawang putih segar,
    • Melawan bacteria, virus, kulat, parasit,
    • Sembur pokok / siram ke tanah.
    • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
    OHN Halia
    • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
    • Essential oil sesquiterpenes, Capsaicin menghindar serangga perosak,
    • Anti-bakteria & anti-fungal,
    • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
    OHN Kulit Kayu Manis
    • Mengandungi coumarin,
    • Antiseptik – antibakteria, anti-fungal,
    OHN Tong Kui (Angelica acutiloba)
    • Guna bahagian akar,
    • Mengandungi coumarin,
    • Pahit,
    • Anti-bakteria.
    OHN Kam Cui (Glycyrrhiza uralensis )
    • Akar, Rasa manis 50x gula,
    • Mengandungi glycyrrhizin,
    • Anti-bakteria
    Cuka Nira
    • Anti-fungal – powdery mildew, dll.
    • Matikan rumput muda.
    Membuat Cuka Beras
    Cara membuat cuka beras bagi menggantikan cuka nipah atau cuka yang terdapat di kedai.
    • Dedak beras campur dengan beras hancur pada kadar 1;1. Kukus dan sejukkan
    • Tambah ragi dan simpan selama 2 hari
    • Tambah air 85% dari jumlah nasi tadi
    • Selepas 2 hari ada buih dan bau manis
    • Selepas 5 hari alkohol terbentukulang (P.Ca)
    • Selepas 10 hari jadilah cuka
     

    No comments: