Wednesday, 18 February 2015

MOL IKAN

Ni pula cara untuk membuat mol ikan atau pun dipanggil FISH AMINO ACID(FAA)...Ni pun lin "COPY AND PASTE"Lin kongsikan kat sini dari laman web pertanian....

Dulu lin pernah buat mol ikan ni..tapi lupa pula nak ambil gambar...nanti kalau lin ada buat lagi..lin kongsikan kat sini...

Fish Amino Acid ( FAA ) adalah cecair dari proses pereputan ikan yang menghasilkan asid amino, iaitu komponen penting dari proten. FAA merupakan penghasilan yang baik untuk kehidupan dan pertumbuhan microbes dan juga pokok tumbuhan, kerana mengandungi pelbagai nutrient dan berbagai jenis asid amino dan component protein lain untuk kebaikan pokok.
  1. CARA MEMBUAT FAA ( versi lain sedikit dari kebiasaan )
    Alatan
  • Balang kaca atau plastic atau balang tanah liat ( clay pot)
  • Kain jarang, ( kain lampin, kain kasa, )
  • Talia tau getah pengikat
    Bahan:
  • Ikan segar dari jenis belakang hitam, tulang2 ikan segar ( buangan dari pembuatan kropok)
  • Udang atau kulit udang
  • Isi siput gondang emas ( mudah di dapati)
  • Gula merah ( brown sugar), IMO4, (kalu tak ada IMO4 buleh guna IMO2 dan air beras yang di fermented 3 hari ), OHN ( bawang putih, kumcui, tungkui, kayu manis, halia) di campur sekali 5 jenis tu.
  • (bahan di atas spt udang, siput buleh campur jika ada)
    Jenis ikan :
    Terbaiknya jenis belakang hitam spt sardine, cincaru, kembung, tongkol (aya), tamban
    selar, tuna, ikan bilis ( fresh), ikan mata besar ( lolong ) ikian pelata dan ikan2 seangkatan.
    Ikan belakang hitam ini mengandungi proten yang tinggi dan baik, asid amino dan juga asid lemak ( fatty asid). Mengandungi EPA dan DHA yang banyak dan asid lemak yang tak tepu yang terbaik untuk kesihatan.
    Kedua2 bahan DHA dan EPA bertindak menurunkan tahap kolestrol dan dan menghalang penyakit darah tinggi dan berkaitan dengan penyakit jantung dan strok.
    Mencerdaskan minda kanak2, dengan memberi oksigen pada otak, mengurangkan penyakit pelupa pada orang tua, mengandungi pelbagai vitamins untuk kebaikan kesihatan dan mengurangkan terjadinya penyakit ketuaan dan kaitan kekurangan vitamis, bahan2 terkandung dalam ikan itu juga amat baik dan di perlukan oleh pokok untuk kebaikan dan kesuburan
Kaedah Membuat 
  1. Basuh ikan menggunakan air tanpa klorin, cincang kecil2 sebesar ibu jari  termasuk kepala, tulang dan perut.
  2. Ikan cincang di gaul dengan ¾ jumlah gula merah, dan di masukkan dalam balang, dengan 2/3  isi padu balang.
  3. Gaulkan ¼ gula merah tadi dengan IMO4 dan taburkan dalam balang diatas bahan ikan cincang itu untuk memudahkan pengoposan isi ikan dan juga minyak ikan , (jika menggunakan IMO2, campur sekali air basuhan beras yang sudah di fermented 3 hari ), masukkan juga sedikit OHN ( campuran berbagai ) yang di cairkan 1:5 , gunakan 100ml untuk 1kg bahan ikan, kandungan gula merah dan bahan ikan sama berat 1:1
  4. Tutup balang dengan kain dan ikat denagn sempurna dan pastikan 1/3 ruang di atas bahan ikan.
  5. Dalam masa 3-4 hari, bahan ikan mula mencair di sebabkan tekanan osmotic oleh gula merah, dan terjadinya proses fermentasi.
  6. Dalam masa sebualan jus dari fermentasi buleh di gunakan jika perlu walaupun tak semau ikan hancur. Kebiasaannya ikan akan hancur denag sempurna dalam masa 5-6 bulan, dan amat bagus kulitinya berbanding  fermentation 1 bulan.
FAA yang sudah matang berbau masam manis dan tidak membusuk, tapis dan boleh di simpan tempat teduh dan sejuk.
Bagaimana menggunakan FAA
  1. Fish Amino Acid (FAA) buleh di gunakan selepas di cairkan dengan air bersih tanpa klorin dengan kadar 1:500-1000.
  2. FAA kaya dengan nitrogen N merupakan baja yang bagus untuk siraman atau semburan foliar untuk mempertingkatkan pertumbuhan semasa fasa vegetative bila di gabungkan dengan pembajaan lain spt menggunakan MOL2 lain dalam kaedah NF.
  3. Jika kita membuat IMO untuk di gunakan pada proses pengoposan bahan organic, campuran FAA yang di cairkan 1:500 akan mempertingkatkan activity microbes dan perceoatkan proses pengoposan.
  4. Untuk sayuran berdaun, menggunakan FAA 1:1000 secara berterusan akan meningkatkan hasil dan memberi rasa yang enak dan ber aroma .
  5. Disebabkan FAA kaya dengan unsur N , tidak di galakan menggunakan semasa production stage kerana akan meningkatkan pertumbuhan vegetative dan mengurangkan production, tetapi amat baik jika di gunakan sebagai booster untuk aktikan balik pertumbuhan jika masa production pokok lambat berkembang cabang Y…buleh di lakukan hanya 3 -4 minggu sekali.
  6. Sesetengah FAA yang mengandungi minyak ikan hasil fermentasi akan mengeluarkan bau yang agak ketara, dan ini merupakan sebagai repellent terhadap sesetengah serangga spt lalat putih dan lain2.
  7. FAA dari ikan sardine dan tongkol amat baik untuk menghalau hamama dan juga lalat putih bila larutan di spray pada daun atas permukaan atas dan bawah.
  8. Jika terdapat tulang2 ikan yang tidak hancur selepas di tapis, masukan kedalam brown rice vinegar atau cuka nipah akan mengoposkan tulang dan menghasilkan calcium phosphate yang berkualiti dan sedia terlarut.
Fungsi-fungsi Fish Amino Acid ( FAA )
Oleh Mohammad Abdul Rahman
  1. Mengatasi stress Stress seperti suhu tinggi, kelembapan rendah atau kekeringan, serangan hamama atau serangga, hujan berlebihan ( lembab),  banjir dan kekurangan nutrients memberi efek negatif pada metabolisme tanaman dan akan membantutkan kualiti dan penghasilan tanaman. Penggunaan amino asid semasa penanaman secara berterusan akan mengubah fisiologi tanaman denagn pengawalan dan penghindaran stress menjadikan pokok sentiuasa dalam keadaan baik dan subur dan berupaya menentang penyakit.
     
  2. Pengaruh Fotosintesis Untuk kesuburan pokok, karbohidrat di sintesiskan oleh prosess fotosintesis, pada peringkat fotosintesis yang rendah mengakibatkan pertumbuhan yang lambat dan menyebabkan kebantutan dan kematian tanaman, klorofil adalah molekul yang bertanggung jawab untuk penyerapan tenaga cahaya. Glumate acid dan glisine merupakan enzime untuk proses sintesis dan pembentukan klorofil pada daun. Asid amino ini membantu untuk meningkatkan konsentrasi klorofil dan memantapkan proses fotosintesis lebih tinggi. Hal ini membuat tanaman menghijau dan subur bila proses sintesis berlaku secara maksima.
     
  3. Tindakan pada Stomata Stomata adalah struktur selular yang mengontrol atau mengawal  keseimbangan hydro atau air dalam  tanaman, penyerapan unsur makro dan mikro nutrients dan penyerapan udara. Pembukaan dan penutupan stomata dikendalikan oleh dua faktor external (cahaya, kelembaban, suhu dan konsentrasi garam) dan faktor internal (konsentrasi amino asid, abscisic acid dan lain2). Stomata akan menutup ketika cahaya dan kelembaban rendah atau kering dan juga jika keadaan suhu dan konsentrasi garam yang tinggi, ketika stomata tertutup proses fotosintesis dan transpirasi atau perpeluhan berkurang dan berlaku penyerapan yang rendah pada unsur baja makro dan mikro dan respirasi meningkat yang memerlukan tenaga dari kabohidrat. Dalam hal ini keseimbangan metabolisme tanaman adalah negatif. Catabolism ( penguraian protein dan kabohidrat) lebih tinggi dari anabolisme. Ini berarti metabolisme lambat dan menghentikan pertumbuhan tanaman. Asid L-glutamat bertindak sebagai agen osmotic citoplasm  dari sel pengawal. Penggunaan amino acid akan memudahkan pembukaan stomata dengan pengawalan dari keseimbangan catabolism.
     
  4. Chelating Effect Amino Acid Amino acid merupakan agen chelating atau pengurai untuk micronutrients. Penggunaan bersama atau sebagai siraman atau campuran dalam tangki baja memudahkan, penyerapan dan transportation zat2 micro nutrients oleh akar dan pokok. Effect ini  disebabkan tindakan asid dapat mengawal serapan dan permiability cell membrane dengan pertolongan dari acid  L - Glycine dan L - glutamate yang terkenal sebagai chelating agen yang sangat effective.
     
  5. Amino Acid dan & phytohormones Amino acid merupakan precussor atau aktivator dari phytohormones dan zat pertumbuhan. L - Metionine merupakan precussor dari ethylene dan faktor pertumbuhan seperti Espermine dan Espermidine, yang di synsthesized dari 5 - Adenosyl Metionine. L - Triptophane ( sebahagian dari AA) adalah precussor untuk sintesis Auksin. Triptophane tersedia hanya jika hidrolisis protein dilakukan oleh enzim.
     
  6. Pendebungaan dan Pembentukan Buah. Pendebungaan adalah perpindahan debunga ke bunga putik buah, sehingga terjadinya pembentukan buah . L – Proline ( komponen AA) membantu dalam kesuburan pollen. L - Lysine, L - Metionine, L - glutamate adalah komponen amino asid yang esential untuk pendebungaan. Amino asid meningkatkan kadar pembentukan debunga dan pembesaran kantung polen.
     
  7. Keseimbangan Microbes Tanah Keseimbangan microbe tanah pertanian merupakan asas yang baik untuk penguraian dan peroses mineralisation untuk menguraikan bahan organik dan juga structure tanah untuk melepaskan unsur baja pada pokok dalam bentuk yang mudah di serap. L-metionine salah satu komponen dari AA adalah faktor pertumbuhan precussor yang menstabilkan dinding sel microbes dalam proses penguraian.
     
Sehubungan dengan itu, penggunaan FAA atau amino acid amat baik untuk menentukan kesuburan pokok yang meksima dan ketahan dari penyakit, serta untuk penghasilan buah yang berkualiti dan meningkatkan production.

No comments: