Friday 23 January 2015

22 Januari 2015...azam lama bawa ke 2015...JOM KURUS DAN SIHAT...

KURUS...NAK KURUS....

Setiap tahun azam masih sama..tp tak dapat lagi nak capai azam yang satu ni...Adoi..susahnyalah..
Nak gemuk senang jea...nak kurus ni..seksanyalah...naik semput nak kurus..kekadang berlari treadmill tu sehari...esok...esok...dan esok baru berlari lagi kat atas tu...memang nak berterusanlah..tp takde sapa yang nak suruh atau paksa..ishhh...ishhh..untuk badan sendiri pun nak suruh orang ingatkan...masalahnya takde kesedaran atas diri semdiri...

22012015...mulalah senaman rutin lin...pepgi tadi dah buat "target weight loss" selama 20 minit...semput berlari...berjalan kat atas tread mill...mcm nak minta nyawa lain...penat betul...paling laju treadmill tu suruh lari 7.2 km/jam...paling perlahan 4.6 km/jam...huhhhhhhh...ampun...tak habiskan..penat sesgt...keluar semua peluh...

lepas 20 minit..minum teh hijau..buat squat 50 kali...boleh tahan jg "squat"ni..berasalah kat peha dan lutut...sesiapa yang ada sakit lutut..jgn cuba2 buat senaman ni...leh tertanggal lutut..susah pula nak ganti lutut org lain...he..he..he...

membebel jea...jom..lin kongsikan senaman yang lin buat hari ni....

5 SENAMAN UNTUK KECILKAN PAHA

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear(mcm kena kat diri sendiri jea).Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda.Sekiranya anda mengalami masalah ini,sudah tentu anda tercari2 bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda.

Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging,berjalan atau 'walkaton' dan berbasikal.Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha.

Adakah anda terfkir cara lain untuk mengecilkan peha anda?Berikut merupakan langkah2 aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:-

1. 'KERUSI BAYANGAN'

Berikut adalah panduan untuk senaman 'KERUSI BAYANGAN':-

  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan2 .Turunkan bdan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk diatas kerusi.
  • Bila anda sudah 'duduk',cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula.Kebanyakan orang hanya boleh bertahan beberapa saat sahaja pada permulaan.Setelah membiasakan diri,anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan dan bertahan sehingga 1 minit  setelah melakukan beberapa kali .Lakukan 5 kali setiap hari..
  • Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda.Mula2 mungkin susah,tapi kalau dah lama2,anda mesti rasa sudah biasa.





 







 

2.PERGERAKAN "MENGGUNTING"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam.Senang sangat..Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi.Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah.Bayangkan pergerakan guntuing semasa memotong kertas.Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang diatas  kaki kiri.Kemudian ,tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang diatas kaki kanan.Ulang langkah ini 12-15 kali untuk setiap set.Anda akan dapat rasa tekanan di otot2 bahagian peha anda.














3.PUSINGAN BULATAN..( ni lin tak buat)

Baring mengiring di  atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas(baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda.Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh.Tarik nafas,dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.Gerakkan seluruh kaki tanpa mengerakkan pinggul anda.Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula.Lakukan sehingga 10 set jika boleh.













4.PAKAI KASUT TINGGI(ni pun lin tak buat juga..sebab takde kasut tinggi)

Kalau sebelum ini kita memerlukan alas an untuk pakai kasut tinggi,inilah masanya.Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha.Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memeberi kesan buruk kepada kaki dan postur,oleh itu anda perlulah berhati2.Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inchi.


5.MELOMPAT DIATAS TRAMPOLINE

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan ,pembakaran lemak ,meningkatkan metabolisme,mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik.Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hamper 200 kalori dalam badan.Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan2 anda..

Kekwn tahu ke trampoline tu mcmana...?lin tak tau..tapi kalau tengok gambar mungkin tahu kot...nanti lin Tanya pak cik google.maaflah ...tak dapat nak letak gambar kat sini...kekwn taip perkataan tu...nanti keluarlah gambarnya...


SELAMAT BERSENAM





No comments: