Thursday 12 February 2015

CARA MENANAM POKOK ANGGUR...

ANGGUR....

Assalamualaikum...
Apa khabar semua?..sekarang dah pukul 11 pagi..Alhamdulilah Lin dah siap masak untuk makan tengahari..Apa yg Lin masak?Biasalah masak Ikan Pari Asam Pedas..Kat rumah ni memang suka sangat makan asam pedas...kekadang lin masak asam pedas ikan duri..sedap tau ..makan sekali dgn telur dadar..

Sebenarnya,hari ni nak cite pasal cara menanam pokok anggur...Dedulu masa lin awal2 menanam pokok anggur..susah nak cari blog yang tunjukkan cara tanam pokok anggur dengan cara yang betul..sampailah satu hari tu..Lin beli pokok anggur secara online...tak pernah dlm hidup ni beli pokok melalui online...Tapi oleh kerana ramai kekwn fb yang Berjaya memiliki pokok idaman melalui on line...apa salahnya lin cuba kan...Alhamdulilah Lin Berjaya memiliki pokok anggur yang kedua...pertama lin beli dr kwn fb gak...tapi ambil dr rumah dia...

Jom kita baca dan fahami cara penanaman anggur dlm abad ini...

Anggur ni boleh hidup subur diatas pelbagai jenis Tanah yang terdapat di Malaysia seperti Tanah gambut,Tanah liat,Tanah berpasir,Tanah berpaya dan sebagainya..

Namun begitu,anggur tidak sesuai ditanam:-

  • kawasan yang sering dilanda banjir
  • kawasan yang tanahnya masin dan bergaram
  • kawasan yang terlindung dari pancaran matahari

Oleh kerana Malaysia menerima taburan hujan yang amat tinggi maka kawasan tanaman anggur mestilah disediakan dengan perparitan yang sesuai bagi mengalirkan air hujan keluar dari tapak sejurus hujan berhenti.
Ini amat penting bagi mengelakkan tapak ditakungi air hujan dimana boleh menyebabkan akar anggur menjadi MASAM DAN REPUT...

CARA  MENANAM POKOK ANGGUR...

1.   CARA TANAM DI TANAH...

TANAM TERUS KE TANAH BAGI KAWASAN YANG TIDAK BERTAKUNG AIR.
LUBANG PERLU DIGALI  450MM  X  450MM   X  450MM...





2.   CARA TANAM DI BATAS....

TANAM SECARA  BATAS BAGI KAWASAN YANG SERING BERTAKUNG AIR..






3.   CARA TANAM DI DALAM PASU....

TANAM SECARA PASU MESTILAH PASU YANG BERGARIS PUSAT TIDAK KURANG DARI 600 MM...






















PENYIRAMAN POKOK ANGGUR

Penyiraman mestilah diambil berat bagi tahun pertama pokok anggur ditanam.
Diperingkat umur pokok anggur 1 hingga 3 bulan penyiraman mestilah dilakukan apabila media Tanah disekeliling pokok menjadi kering.
Maksimum sehari ssekali sehari sahaja dan jika media Tanah masih lembab ianya tidak perlu disiram.
Jangan terlalu lebih disiram sehingga menyebabkan air bertakung dimana boleh menyebabkan akar pokok menjadi masam dan reput.

PEMBAJAAN POKOK ANGGUR

Pembajaan pokok anggur adalah amat penting bagi menggalakkan tumbesaran pokok anggur dengan lebih cepat.Baja perlu ditabur kira2 sekaki disekeliling batang pokok anggur .
Ini adalah bagi mengelakkan akar pokok anggur rosak.
Baja tahi kambing dan tahi lembu amat baik sekali digunakan bersama kerana jenis ini boleh menyediakan segala zat tumbuhan yang diperlukan oleh pokok juga boleh menyuburkan Tanah.

PEMANGKASAN UNTUK LATIHAN

Pemangkasan adalah penting bagi membentuk struktur rangka pokok anggur sebaimana yang kita kehendaki.
Boleh rujuk lukisan yang disertakan bagi melatih pokok anggur .























LANGKAH - LANGKAH MELATIH POKOK ANGGUR
PEMANGKASAN UNTUK PEMBUAHAN
Pemangkasan boleh dibuat sekiranya batang pokok anggur sudah cukup besar iaitu sebaik2nya bila mencapai umur 12 bulan
Cara2 pemangkasan seperti berikut:-
  • Buang ranting2 yang berukuran kecil dari garis pusat batang pensil
  • Buang ranting2 yang masih hijau,tunas muda dan pucuk muda.
  • Buang semua daun2 anggur
  • Buang ranting yang berpenyakit
  • Buat catitan dalam kalender tarikh hari pemangkasan tersebut.Buah boleh dipetik setelah 105 hari dari tarikh pemangkasan dibuat.








CARA-CARA MEMANISKAN BUAH
  1. Pokok anggur mestilah mendapat pendedahan cahaya matahari yang maksimum iaitu sebaik2nya 100% pendedahan.
  2. Siraman haruslah dihentikan setelah 85 hari dari pemangkasan dibuat.Bagi mengelakkan terkena air hujan maka bolehlah menutup di sekeliling bahagian pangkal pokok dengan lapisan plastic.
  3. Menggunakan Baja buah
  4. Oleh kerana musim hujan sukar dijangka di Malaysia sekarang,maka plastic kalis hujan adalah kaedah yang paling terbaik diadakan kerana suhu dapat dipertingkatkan dimana dapat mempercepatkan kandungan gula didalam buah anggur.



 

20 comments:

lordcraze said...

Salam lin. Sye kamal. Bole sye tau dr mana lin dptkn stok anak pokok anggur?

Unknown said...

waalaikumussalam kamal...
lin dapatkan benih pokok anggur dari Puan Siti Saloma (017-5688642)
boleh dipos benihnya...tak yah susah2 nak gi ke lading Puan Siti...Tapi ada risiko sikit kalau guna pos ni...

Kalau Tanya lin,lin cadangkan beli benih dikawasan yang berdekatan dengan kawasan rumah kita...InsyaAllah terjamin sikit...

Jika Kamal nak cb membeli secara "online"...boleh jea hubungi Puan Siti Saloma..

Selamat berkebun....

lordcraze said...

Salam lin. Sye ada tmpah pokok dr pn. Saloma. Baru je dpt tadi. Daun dia agak layu jg la. Tp doakn dia ok ya. Insyaallah esok sye try pindah ke pasu yg lebih selesa dr polybag yg pn saloma bg skali ni.. ke kna tunggu bbrape hari dlu sebelum pindah?

Unknown said...

salam kamal....

maaf lambat "reply"
harap kamal belum lagi mengalihkan pokok tu ke pasu...
pokok tu kena stabil dl...maksudnya..kena segar seperti biasa dl..baru boleh dialihkan ke pasu...pokok anggur ni sensitif sikit ..terutama akarnya...tu dr pengalaman lin lah...pokok yg belum matang memang kena jg lebih sikit...tp kalau dia dah merimbun..InsyaAllah dah ok...Lin doakan semoga pokok yang dibeli tu sihat dan subur...aamiin...

lordcraze said...

Oo...sye da alihkn da ke pasu baru. Tp lepas 2 3 mggu juga la. Sbbnya lps sye dpt pokok tu, sye terus contact fb Pn. Saloma utk dptkn nasihat. Dia kata bole terus pindhkn sbaik sje sye da trima pokok tu. Alhamdulillah skrg ni xde la pokok dia layu or mati. Idup cam biase kot..wallahua'lam :)

Unknown said...

Alhamdulilah...
Lin doakan pokok anggur tu sihat dan berbuah lebat...
Pokok anggur Lin yang masih panjang nyawanya..anggur Isabella dgn anggur IAC...alhamdulilah...tunggu pokok tu berbuah,baru Lin nak tambah koleksi lagi..kali ni nak beli kat Klang sahaja..dekat sikit...ada satu ladang anggur kat Klang...tak kurang hebat dgn Pn Saloma punya...

tak sabra nak tunggu pokok ni berbuah.wlpun tau ..masih panjang lg masanya...berdoa dan usaha shjlah...

uqie said...

Terbaik la..... saya pon baru nak cuba tanam anggur ni..

Anonymous said...

assalamualaikum admin

boleh saya dapatkan contact utk benih pokok anggur di klang? kalau boleh msg contact number ke HP saya... faiz - 0147383631

terima kasih

Unknown said...

Salam..ape nama ladang anggur kat klang tu .ade alamatnya x?

Unknown said...

Klang! Kat mana tu yg ada jual pokok anggur? Bole bagi alamatnya? Selain anggur hitam, ada baka anggur lain tak yg dijual disitu? - rahim

Unknown said...

En.Rahim...buat masa skrg kebun yg kat klang tu...masih dlm proses baik pulih..

Unknown said...

Rose roses...ladangnya masih dibaik pulih..belum lg dibuka utk jualan...

Unknown said...

Waalaikumusalam encik faiz...ladang tu masih ditutup...sedang dinaik taraf...ada sorang anak pakcik ni jual benih anggur didepan hospital sg buloh...berdekatan dgn bus stop...byk jugalah benih yg dijual...cubalah sesekali singgah sana...

Unknown said...

assalamualaikum... nak tanya macam mana nak sukat tanah?

Unknown said...

waalaikumusalam hyperb amie...

selalu lin main letak jea...
agak2 3 kampit Tanah hitam..2 kampit Tanah bakar
1 kampit pasir...Baja organic dlm 5 cwn...

lepas dah tanam tu tawakal jea..kita berusaha..Allah yg tentukan...jgn lupa letak Baja...lin selalu lupa membaja..paling bagus...kat calendar rumah tu..bulatkan tarikh yg patut membaja pokok...senang kerja ..dlm sehari tu membaja jea...

Unknown said...

Mazelin meseron , saya pun baru tgh survey nk tanam pokok Anggur , susah ke nk jaga? Apa kata semua peminat Anggur buat group whatsapp��

Unknown said...

Assalamualaikum cik mazelin meseron , nk tanya susah ke utk jaga pokok Anggur , saya berminat utk menanam pokok anggur , kalau Tempat redup sesuai Tak untuk pokok Anggur..

Unknown said...

waalaikumusalam encik nagoor gani

pokok anggur kena tanam dikawasan yg mendapat sepenuhnya matahari..
perlukan penyiraman dua kali sehari...
paling bagus tanam anggur dikawasan yang lapang...

untuk group whatsapp,bukan tidak mahu mewujudkan group whatsapp..tp,sy rasa cukuplah sekadar kita cari mentor yang betul2 tahu cara menanam dan menjaganya...encik boleh lihat di fb puan saloma..fb tuan mohd akhir...mereka ni pakar pokok anggur...ada lading anggur lagi...sesuai berguru dengan mereka...

emma said...

Assalamualaikum...klang kat mana whatssup saya 0196181523

emma said...
This comment has been removed by a blog administrator.