Thursday, 5 February 2015

LEUKIMIA

LeBeberapa minggu yang lepas,Lin dikejutkan dengan berita ini..."LIN ANAK ANA KENA LEUKIMIA"Subhanallah..Terkejutnya dengar berita dari k.zai..Umur anak Ana sebaya dengan Hakim..Baru 15 tahun..Lin Tanya k.zai..apa tanda2 awal nya..k.zai kata...bila luka..lambat nak berhenti perdarahan..Ya Allah...sedih sangat bila tahu...Allah amat mengetahui apa yang berlaku..

Di sini Lin nak kongsikan tanda awal seseorang tu kena leukimia...

  • mudah letih,nafas pendek,mudah terkena jangkitan penyakit,Lebam dibadan dan hilang selera makan.

Leukimia adalah satu daripada barah yang berpunca daripada pertambahan sel darah putih.Ini memudaratkan kesihatan kerana boleh menyebabkan kerosakan sel darah merah.

Ini memudahkan jangkitan,mengurangkan sel darah putih matang selain membantutkan pertumbuhan platlet iaitu bahan utama dalam kandungan darah.

Antara faktor dijangkiti leukimia : -

sejarah keluarga yang mengalami sakit sama atau barah,pernah terkena jangkitan virus EpsteinBarr(tidak semua),selepas membuat rawatan kimoterapidan mengalami penyakit sindrom Down,siindrom fragile-x ( sindrom reput -)/ serta sindrom fanconi.

Jika tidak dirawat segera,ia boleh menyebabkan maut.Meskipun selepas rawatan,perlu sentiasa diawasi kerana leukimia menyebabkan system imunisasi pesakit lemah dan tidak normal,malah mudah terkena jangkitan kuman.


Ni serba sedikit maklumat berkenaan penyakit leukimia...doakan anak ana sihat seperti dedulu...aamiin..

No comments: