Wednesday, 25 February 2015

PERBEZAAN SEKOLAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL

Bermula tahun 2013,  kesemua Sekolah Menengah Vokasional akan dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional.  Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dipilih untuk menjadi program rintis  pada tahun 2012.  Pelajar  di Kolej Vokasional akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik


kurikulum kolej vokasional

Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran
Kolej Vokasional.
  • Pengajian selama 4 tahun (  8 semester )
  • Guna sistem semester.
  • Pelajar Kolej Vokasional tidak akan menduduki peperiksaan SPM.
  •  Menamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia ( DVM)
 Bidang Teknikal.
  • Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
Bidang Vokasional.
  •  Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
Latihan Kemahiran.
  • Pengajian selama 2 tahun
  • Ambil SPM (6 teras) atau SPAK(1+3)
  • Mendapat SKM (tahap 1 hingga tahap 2) atau multi skill (tahap 1)
Dalam 4 Katagori sekolah, semua pilihan sekolah ada salah  satu Kolej Vokasional, Teknik, Vokasional dan Kemahiran.
  •  Kolej Vokasional akan menawarkan kursus Kolej Vokasional sahaja.
  • Sekolah Menengah Teknik akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja.




Kelayakan memohon Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Bidang Vokasioanl dan latihan Kemahiran.
  • Bagi kemasukan ke Kolej Vokasional, bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran permohonan dan tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan.
  • Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga PeperiksaanMalaysia).

Sijil Kemahiran Kolej Vokasional diiktiraf oleh MQA dan JPA.
Lepasan Kolej Vokasional tiada SPM, bolehkah sambung pengajian ke IPTA/S?
Lepasan Kolej Vokasional boleh menyambung pengajian dan  mestilah berkaitan dengan sijil/Diploma Kolej Vokasional yang diperolehi.  Pencapaian yang memenuhi syarat kemasukan IPTA/S yang dipohon.

Rujukan :  www.moe.gov.my/bptv/ & http://www.smtdlm.com

Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR)  boleh terus mendapat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tanpa mengambil SPM

Senarai Kolej Vokasional di Malaysia


1.  Kolej Vokasional Labuan
Peti Surat 80276,
87013 Wilayah Persekutuan Labuan.

2.  Kolej Vokasional Dato’Lela Maharaja
71300 Rembau , Negeri Sembilan

3.  Kolej Vokasional Balik Pulau
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

4.  Kolej Vokasional Arau
Jalan Padang Nyu,
02600 Arau, Perlis

5.  Kolej Vokasional Kuala Terengganu
Jalan Lapangan Terbang,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu

6.  Kolej Vokasional ERT Setapak
Jalan Genting Kelang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur

7.   Kolej Vokasional Kuching
Jalan Kolej, Batu Lintang,
93200 Kuching, Sarawak

8.  Kolej Vokasional Pengkalan Chepa
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, Kelantan

9. Kolej Vokasional Kluang
Km 3, Jalan Mengkibol,
86000 Kluang, Johor

10.  Kolej Vokasional Sungai Petani 1
Lot 82, Kampung Sungai Tukang
08000 Sungai Petani, Kedah

11.  Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd.Zin
Jalan Pengkalan,
78000 Alor Gajah, Melaka

12.  Kolej Vokasional Seri Manjung
32040 Seri Manjung, Perak

13.  Kolej Vokasional Shah Alam
Jalan Batu 3, Puchong ,
40300 Shah Alam , Selangor

14.  Kolej Vokasional Muadzam Shah
Jalan Istana,
26700 Muadzam Shah, Pahang

15.  Kolej Vokasional Beaufort, Sabah
Km. 3, Jalan Beaufort-Sipitang, Kampung Padas Valley,
89808 Beaufort, Sabah

Senarai Sekolah Menengah Teknik di Malaysia

1.  Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar
Ampangan,
70400 Seremban Negeri Sembilan

2.  Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra
Jalan Ibbetson,
11400 Pulau Pinang

3.  Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai
Bukit Minyak,
14000 Bukit Mertajam

4. Sekolah Menengah Teknik Keningau
Beg Berkunci No. 4,
89000 Keningau , Sabah

5.  Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu
Peti Surat 60173,
91111 Lahad Datu, Sabah

6.  Sekolah Menengah Teknik Tawau
Peti Surat 61156,
91021 Tawau, Sabah

7.  Sekolah Menengah Teknik Likas
Peti Surat 10821, Jalan Vokasional, Likas,
88100 Kota Kinabalu, Sabah

8.  Sekolah Menengah Teknik Dungun
Km. 5, Jalan Paka,
23000 Dungun, Terengganu

9.  Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras,
56000 Kuala Lumpur

10.  Sekolah Menengah Teknik Bintulu
Km. 12, Jalan Tanjung Kidurong,
97000 Bintulu , Sarawak

11.  Sekolah Menengah Teknik Sejingkat
Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat,
P.O Box A 1062,
93822 Kuching, Sarawak

12.  Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas
Jalan Tendong, Bunut Susu,
17020 Pasir Mas, Kelantan

13.  Sekolah Menengah Teknik Bachok
Tangok,
16300 Bachok , Kelantan

14.  Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu
Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak,
80350 Johor Bahru, Johor

15.  Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bharu
Jalan Tun Abdul Razak,
80350 Johor Bahru , Johor

16.  Sekolah Menengah Teknik ERT Azizah
Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru, Johor

17.  Sekolah Menengah Teknik Langkawi
Jalan Padang Gaung,
07000 Langkawi, Kedah

18.  Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu
Bukit Piatu,
75150 Melaka

19.  Sekolah Menengah Teknik Jasin
77000 Jasin, Melaka

20.  Sekolah Menengah Teknik Gerik
KM 4, Jln Kuala Rui,
33300 Gerik, Perak

21.  Sekolah Menengah Teknik Ipoh
Persiaran Brash,
31400 Ipoh , Perak

22.  Sekolah Menengah Teknik Taiping
34600 Kamunting, Taiping, Perak

23.  Sekolah Menengah Teknik Klang
KM. 3, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Langat,
41200 Klang, Selangor

24.  Sekolah Menengah Teknik Kajang
Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor

25.  Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor
45600 Batang Berjuntai, Selangor

26.  Sekolah Menengah Teknik Gombak
Jalan Sungai Pusu,
53100 Kuala Lumpur

27.  Sekolah Menengah Teknik Sepang
Lot 1909, Mukim Dengkil,
43800 Sepang, Selangor

28.  Sekolah Menengah Teknik Kuantan
Jalan Tengku Muhamad,
25050 Kuantan, Pahang

29.  Sekolah Menengah Teknik Pertanian Cenor
28100 Maran, Pahang

30.  Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Teluk Intan
Jalan Changkat Jong,
36000 Teluk Intan, Perak


Monday, 23 February 2015

PERBEZAAN MATRIKULASI ..TINGKATAN 6...ASASI...DIPLOMA...MANA SATU PILIHAN ANDA...

Berikut adalah perbezaan masuk matrikulasi, IPTA, dan Tingkatan 6 KPM. Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau ingin mengambil keputusan menyambung pelajaran, dibawah adalah perbezaan antara ketiga-tiga institusi milik kerajaan yang paling digemari ramai.

Kelebihan Tingkatan 6
 
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
 
* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja
 
. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
 
* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek
 
 
Matrikulasi KPM
 
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan
Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
 
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
 
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.



Asasi IPTA
 
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
 
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains.
 
Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
 
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
 
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
 
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.



Diploma IPTA
 
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
 
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
 
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
 
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.



 

Friday, 20 February 2015

ROTI BOY...


ASSALAMUALAIKUM
SEMALAM DALAM SEJARAH HIDUP LIN CUBA BUAT ROTI BOY...DALAM HATI TAKUT TAK JADI..TAPI KALAU TAK CUBA..MANA TAU TAK JADIKAN..

PEPAGI LAGI DAH GI KE DEPAN..SELEPAS SARAPAN DGN CIK ABG DAN KHAIRIAH..MULALAH GI KEDAI BAHAN2 KEK..JAM BARU PUKUL 9  PAGI..LIN TAU KEDAI TU BUKA PUKUL 10..TP CIK ABG NAK GI JUGA..LAYANKAN AJELAH..ALHAMDULILAH..KEDAI BUKA..TAPI MCM GELAP JEA..BAGI SALAM,BARU TAU KEDAI LUM BUKA LAGI..TAUKE TU BUKA UNTUK TURUNKAN BARANG JEA..TP TAUKE BAGI BELI BARANG YANG NAK DIBELI..ALHAMDULILAH..TAK YAH TUNGGU PUKUL 10..

KAT TEMPAT LIN NI ADA 2 KEDAI BAHAN KEK..SATU CINA PUNYA..SATU LAGI MELAYU PUNYA..ATAU LEBIH TEPAT..ISLAM PUNYA..DARI PERBEZAAN HARGA..CINA LAGI BANYAK MURAH..TAPI LIN PILIH MEMBELI DI KEDAI ISLAM...

KENAPA BELI DI KEDAI YANG LEBIH MAHAL???

ADA "SHARE" KE???

DAH KAYA???

ADA JUGA YANG ORANG YANG UTARAKAN SOALAN TU...

SENANG JEA LIN JAWAB..

1) SEBAB LIN ISLAM(MAAF YEA JIKA ADA YANG BACA NI ORG CINA)
    LIN WAJIB MEMBELI DIKEDAI ORANG ISLAM KECUALI JIKA TIDAK ADA PENJUAL 
    BERAGAMA ISLAM..

2)SEBAB KEDUA..PENJUAL ISLAM AKAN MEMBAYAR ZAKAT...KE MANA PERGI NYA
   ZAKAT TU?MESTILAH KE ASNAF..MEREKA YANG SUSAH...

3)SEBAB KETIGA...NI SANGAT PENTING..LIN NAK ISLAM MAJU..TAK KIRALAH SIAPA
   MEREKA..TAPI MEREKA ADALAH SAUDARA SEISLAM LIN...JIKA LIN DAPAT
   MENGUBAH KEADAAN..LIN NAK KAWASAN LIN NI ..SEMUA PENJUALNYA
   BERAGAMA ISLAM...BARULAH ISLAM MAJU...

SEMOGA ISLAM MAJU DI NEGARA MALAYSIA....

ALAMAK..DAH MELALUT PULA...LIN NAK BAGI RESEPI ROTI BOY...NI PUN LIN DAPAT DARI RAKAN2 FB..DARI GROUP "KELAB ROTI"

ROTI BOY....

INTI

200 GM MENTEGA
1/2 SUDU TEH ESEN VANILA
70 GM GULA PERANG

CARANYA

PUKUL MENTEGA DENGAN MIXER PADA KELAJUAN SEDERHANA 3 MINIT.
MASUK ESEN DAN GULA PERANG.PUKUL HINGGA SEBATI.SIMPAN DALAM BEKAS BERTUTUP DALAM PETI AIS..
*******************************************************************************
TOPPING

100 GM MENTEGA
80 GM GULA ICING/GULA HALUS
2 BIJI TELUR GRED B
1 SUDU BESAR NESCAFE CAMPUR 1/2 SUDU BESAR AIR PANAS
100 GM TEPUNG GANDUM

CARANYA

PUTAR MENTEGA DENGAN MIXER PADA KELAJUAN SEDERHANA SELAMA 5 MINIT..PERLAHAN2,MASUKKAN TELUR,GULA DAN KOPI SEGERA.AYAKKAN TEPUNG KE DALAM ADUNAN DAN PUTAR LAGI PADA KELAJUAN PERLAHAN SEHINGGA SEMUA SEBATI .SIMPAN DALAM PETI AIS.
*********************************************************************************

DOH ROTI

500 GM TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
1 SUDU KECIL BREAD IMPROVER
250 ML SUSU SEGAR
75 GM GULA CASTOR
3 SUDU TEH YIS KERING
1 SUDU TEH GARAM
1 BIJI TELUR (DIPUKUL)
60 GM MENTEGA

CARANYA

GAUL RATA TEPUNG BERPROTEIN TINGGI,GULA,GARAM DALAM MANGKUK..
MASUKAN YIS ,BREAD IMPROVER DAN GAUL RATA..
MASUK TELUR ,MENTEGA DAN SUSU SEGAR.
ULI DOH DIDALAM MIXER SELAMA 10-15 MINIT..(NI LIN GUNA MIXER YANG UNTUK KILANG TU)KALAU TAK DE..ULILAH GUNA TANGAN..
BAHAGI DOH KEPADA 18 BOLA KECIL..SETIAP SATU SBERAT 50 GM..
REHATKAN 10 MINIT..LEPERKAN DOH DIATAS TAPAK TANGAN DAN ISIKAN 1 SUDU BESAR INTI.TUTUP SEPERTI BUAT PAU..( SENANG BUAT KETIKA INTI MASIH BEKU)

SUSUN DI ATAS LOYANG PEMBAKAR YANG DILENSERKAN MENTEGA.JARAKKAN DALAM 1 1/2 INCI ANTARA SATU SAMA LAIN.

REHATKAN SELAMA 45 MINIT DI TEMPAT YANG PANAS.

SEMENTARA ITU,KELUARKAN TOPPING DARI PETI AIS DAN MASUKKAN DALAM PIPING BEG.

SELEPAS 45 MINIT,PAIPKAN TOPPING DIATAS BUN SECARA SPIRAL BERMULA DARI "TOP CENTRE"

BAKAR DALAM OVEN YANG DIPANASKAN SUHU 170 DARJAH CELCIUS
SELAMA 15 MINIT..


Inti dan topping dlm piping beg...


















Thursday, 19 February 2015

ITIK ....OH ITIK.....ITIK UNTUK ROS JEPUN...

CUTI KALI NI TAK GI KE MANA2...DUDUK KAT RUMAH JEA...KHAIRIAH PUN BALIK JUGA..BALIK DARI HARI ISNIN HINGGA AHAD...DEKAT SEMINGGU JUGALAH CUTINYA...

KALI NI KHAIRIAH CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA..TAK LEH KE MANA2..SEBAB KHAIRIAH ADA UJIAN BULANAN...OLEH KERANA BALIK MASA UJIAN..KURANGLAH KERJA SEKOLAHNYA...ALHAMDULILAH

PETANG TADI ..LIN DENGAN CIK ABANG BUAT PROJEK...JEJIRAN KAT KAWASAN RUMAH NI ,SELALU KATA..MANJANG JEA ADA PROJEK K.LIN NI...SEBENARNYA TAK BIASA DOK SESAJE...KALAU TAK DE KERJA..MACAM LAIN JEA..KALAU TAK DE KERJA...SIAPLAH SEMAK SAMUN SEBELAH NI,LIN KASI BAKAR...KESIAN JEJIRAN..TAPI NAK BUAT MACAMANA..JIKA TAK DIKEMAS DAN TAK DIBAKAR..SAKIT MATA NI TENGOK..LAGI SATU ..TAKUT ADA YANG TAK DIUNDANG...

SEBENARNYA PETANG TADI LIN BUAT PROJEK NI...
JOM KITA TENGOK DAN CUBA...












KUIH KERIA....

Hasil dr bersilat  petang tadi....tetb lapar..tu terhasil kuih keria...
resepinya lin culik dr blog madiha...lin kasi "copy and paste"...malas nak taip...alhamdulilah menjadi....selalu tak jadi bila nak kasi gula tu...kali ni alhamdulilah. ..cik abg makan berketul2....diam jea...sedaplah tu...kalau tak mesti ada komplen...




Kuih Keria Keledek Ungu(lin guna keledek kuning)
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 cawan keledek rebus yang siap dilecek halus (MaDiHaA guna keledek warna ungu gelap direbus dengan air & sedikit garam)
2/3 cawan tepong gandum
1/3 sudu kecil garam
Minyak masak utk menggoreng

Bahan salut
3 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Cara menyediakan
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian lalu digelek di atas papan pencanai menjadi bentuk silinder seperti keropok lekor tetapi bersaiz lebih besar anggaran berdiameter 2 inci.
3. Baringkan silinder tadi & potongkan kepada 8 bahagian.  Buatkan bentuk lubang ditengah2  & bentukkan menjadi gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
4. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
5. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip.  Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula bersaka (mengeras) & bersalut dengan kuih tadi. Bila dah cukup kering & tiada lagi nampak berkilat, bolehlah tutupkan api & hidangkan.



Sebelum di goreng

Setelah digoreng...

Wednesday, 18 February 2015

MOL IKAN

Ni pula cara untuk membuat mol ikan atau pun dipanggil FISH AMINO ACID(FAA)...Ni pun lin "COPY AND PASTE"Lin kongsikan kat sini dari laman web pertanian....

Dulu lin pernah buat mol ikan ni..tapi lupa pula nak ambil gambar...nanti kalau lin ada buat lagi..lin kongsikan kat sini...

Fish Amino Acid ( FAA ) adalah cecair dari proses pereputan ikan yang menghasilkan asid amino, iaitu komponen penting dari proten. FAA merupakan penghasilan yang baik untuk kehidupan dan pertumbuhan microbes dan juga pokok tumbuhan, kerana mengandungi pelbagai nutrient dan berbagai jenis asid amino dan component protein lain untuk kebaikan pokok.
  1. CARA MEMBUAT FAA ( versi lain sedikit dari kebiasaan )
    Alatan
  • Balang kaca atau plastic atau balang tanah liat ( clay pot)
  • Kain jarang, ( kain lampin, kain kasa, )
  • Talia tau getah pengikat
    Bahan:
  • Ikan segar dari jenis belakang hitam, tulang2 ikan segar ( buangan dari pembuatan kropok)
  • Udang atau kulit udang
  • Isi siput gondang emas ( mudah di dapati)
  • Gula merah ( brown sugar), IMO4, (kalu tak ada IMO4 buleh guna IMO2 dan air beras yang di fermented 3 hari ), OHN ( bawang putih, kumcui, tungkui, kayu manis, halia) di campur sekali 5 jenis tu.
  • (bahan di atas spt udang, siput buleh campur jika ada)
    Jenis ikan :
    Terbaiknya jenis belakang hitam spt sardine, cincaru, kembung, tongkol (aya), tamban
    selar, tuna, ikan bilis ( fresh), ikan mata besar ( lolong ) ikian pelata dan ikan2 seangkatan.
    Ikan belakang hitam ini mengandungi proten yang tinggi dan baik, asid amino dan juga asid lemak ( fatty asid). Mengandungi EPA dan DHA yang banyak dan asid lemak yang tak tepu yang terbaik untuk kesihatan.
    Kedua2 bahan DHA dan EPA bertindak menurunkan tahap kolestrol dan dan menghalang penyakit darah tinggi dan berkaitan dengan penyakit jantung dan strok.
    Mencerdaskan minda kanak2, dengan memberi oksigen pada otak, mengurangkan penyakit pelupa pada orang tua, mengandungi pelbagai vitamins untuk kebaikan kesihatan dan mengurangkan terjadinya penyakit ketuaan dan kaitan kekurangan vitamis, bahan2 terkandung dalam ikan itu juga amat baik dan di perlukan oleh pokok untuk kebaikan dan kesuburan
Kaedah Membuat 
  1. Basuh ikan menggunakan air tanpa klorin, cincang kecil2 sebesar ibu jari  termasuk kepala, tulang dan perut.
  2. Ikan cincang di gaul dengan ¾ jumlah gula merah, dan di masukkan dalam balang, dengan 2/3  isi padu balang.
  3. Gaulkan ¼ gula merah tadi dengan IMO4 dan taburkan dalam balang diatas bahan ikan cincang itu untuk memudahkan pengoposan isi ikan dan juga minyak ikan , (jika menggunakan IMO2, campur sekali air basuhan beras yang sudah di fermented 3 hari ), masukkan juga sedikit OHN ( campuran berbagai ) yang di cairkan 1:5 , gunakan 100ml untuk 1kg bahan ikan, kandungan gula merah dan bahan ikan sama berat 1:1
  4. Tutup balang dengan kain dan ikat denagn sempurna dan pastikan 1/3 ruang di atas bahan ikan.
  5. Dalam masa 3-4 hari, bahan ikan mula mencair di sebabkan tekanan osmotic oleh gula merah, dan terjadinya proses fermentasi.
  6. Dalam masa sebualan jus dari fermentasi buleh di gunakan jika perlu walaupun tak semau ikan hancur. Kebiasaannya ikan akan hancur denag sempurna dalam masa 5-6 bulan, dan amat bagus kulitinya berbanding  fermentation 1 bulan.
FAA yang sudah matang berbau masam manis dan tidak membusuk, tapis dan boleh di simpan tempat teduh dan sejuk.
Bagaimana menggunakan FAA
  1. Fish Amino Acid (FAA) buleh di gunakan selepas di cairkan dengan air bersih tanpa klorin dengan kadar 1:500-1000.
  2. FAA kaya dengan nitrogen N merupakan baja yang bagus untuk siraman atau semburan foliar untuk mempertingkatkan pertumbuhan semasa fasa vegetative bila di gabungkan dengan pembajaan lain spt menggunakan MOL2 lain dalam kaedah NF.
  3. Jika kita membuat IMO untuk di gunakan pada proses pengoposan bahan organic, campuran FAA yang di cairkan 1:500 akan mempertingkatkan activity microbes dan perceoatkan proses pengoposan.
  4. Untuk sayuran berdaun, menggunakan FAA 1:1000 secara berterusan akan meningkatkan hasil dan memberi rasa yang enak dan ber aroma .
  5. Disebabkan FAA kaya dengan unsur N , tidak di galakan menggunakan semasa production stage kerana akan meningkatkan pertumbuhan vegetative dan mengurangkan production, tetapi amat baik jika di gunakan sebagai booster untuk aktikan balik pertumbuhan jika masa production pokok lambat berkembang cabang Y…buleh di lakukan hanya 3 -4 minggu sekali.
  6. Sesetengah FAA yang mengandungi minyak ikan hasil fermentasi akan mengeluarkan bau yang agak ketara, dan ini merupakan sebagai repellent terhadap sesetengah serangga spt lalat putih dan lain2.
  7. FAA dari ikan sardine dan tongkol amat baik untuk menghalau hamama dan juga lalat putih bila larutan di spray pada daun atas permukaan atas dan bawah.
  8. Jika terdapat tulang2 ikan yang tidak hancur selepas di tapis, masukan kedalam brown rice vinegar atau cuka nipah akan mengoposkan tulang dan menghasilkan calcium phosphate yang berkualiti dan sedia terlarut.
Fungsi-fungsi Fish Amino Acid ( FAA )
Oleh Mohammad Abdul Rahman
  1. Mengatasi stress Stress seperti suhu tinggi, kelembapan rendah atau kekeringan, serangan hamama atau serangga, hujan berlebihan ( lembab),  banjir dan kekurangan nutrients memberi efek negatif pada metabolisme tanaman dan akan membantutkan kualiti dan penghasilan tanaman. Penggunaan amino asid semasa penanaman secara berterusan akan mengubah fisiologi tanaman denagn pengawalan dan penghindaran stress menjadikan pokok sentiuasa dalam keadaan baik dan subur dan berupaya menentang penyakit.
     
  2. Pengaruh Fotosintesis Untuk kesuburan pokok, karbohidrat di sintesiskan oleh prosess fotosintesis, pada peringkat fotosintesis yang rendah mengakibatkan pertumbuhan yang lambat dan menyebabkan kebantutan dan kematian tanaman, klorofil adalah molekul yang bertanggung jawab untuk penyerapan tenaga cahaya. Glumate acid dan glisine merupakan enzime untuk proses sintesis dan pembentukan klorofil pada daun. Asid amino ini membantu untuk meningkatkan konsentrasi klorofil dan memantapkan proses fotosintesis lebih tinggi. Hal ini membuat tanaman menghijau dan subur bila proses sintesis berlaku secara maksima.
     
  3. Tindakan pada Stomata Stomata adalah struktur selular yang mengontrol atau mengawal  keseimbangan hydro atau air dalam  tanaman, penyerapan unsur makro dan mikro nutrients dan penyerapan udara. Pembukaan dan penutupan stomata dikendalikan oleh dua faktor external (cahaya, kelembaban, suhu dan konsentrasi garam) dan faktor internal (konsentrasi amino asid, abscisic acid dan lain2). Stomata akan menutup ketika cahaya dan kelembaban rendah atau kering dan juga jika keadaan suhu dan konsentrasi garam yang tinggi, ketika stomata tertutup proses fotosintesis dan transpirasi atau perpeluhan berkurang dan berlaku penyerapan yang rendah pada unsur baja makro dan mikro dan respirasi meningkat yang memerlukan tenaga dari kabohidrat. Dalam hal ini keseimbangan metabolisme tanaman adalah negatif. Catabolism ( penguraian protein dan kabohidrat) lebih tinggi dari anabolisme. Ini berarti metabolisme lambat dan menghentikan pertumbuhan tanaman. Asid L-glutamat bertindak sebagai agen osmotic citoplasm  dari sel pengawal. Penggunaan amino acid akan memudahkan pembukaan stomata dengan pengawalan dari keseimbangan catabolism.
     
  4. Chelating Effect Amino Acid Amino acid merupakan agen chelating atau pengurai untuk micronutrients. Penggunaan bersama atau sebagai siraman atau campuran dalam tangki baja memudahkan, penyerapan dan transportation zat2 micro nutrients oleh akar dan pokok. Effect ini  disebabkan tindakan asid dapat mengawal serapan dan permiability cell membrane dengan pertolongan dari acid  L - Glycine dan L - glutamate yang terkenal sebagai chelating agen yang sangat effective.
     
  5. Amino Acid dan & phytohormones Amino acid merupakan precussor atau aktivator dari phytohormones dan zat pertumbuhan. L - Metionine merupakan precussor dari ethylene dan faktor pertumbuhan seperti Espermine dan Espermidine, yang di synsthesized dari 5 - Adenosyl Metionine. L - Triptophane ( sebahagian dari AA) adalah precussor untuk sintesis Auksin. Triptophane tersedia hanya jika hidrolisis protein dilakukan oleh enzim.
     
  6. Pendebungaan dan Pembentukan Buah. Pendebungaan adalah perpindahan debunga ke bunga putik buah, sehingga terjadinya pembentukan buah . L – Proline ( komponen AA) membantu dalam kesuburan pollen. L - Lysine, L - Metionine, L - glutamate adalah komponen amino asid yang esential untuk pendebungaan. Amino asid meningkatkan kadar pembentukan debunga dan pembesaran kantung polen.
     
  7. Keseimbangan Microbes Tanah Keseimbangan microbe tanah pertanian merupakan asas yang baik untuk penguraian dan peroses mineralisation untuk menguraikan bahan organik dan juga structure tanah untuk melepaskan unsur baja pada pokok dalam bentuk yang mudah di serap. L-metionine salah satu komponen dari AA adalah faktor pertumbuhan precussor yang menstabilkan dinding sel microbes dalam proses penguraian.
     
Sehubungan dengan itu, penggunaan FAA atau amino acid amat baik untuk menentukan kesuburan pokok yang meksima dan ketahan dari penyakit, serta untuk penghasilan buah yang berkualiti dan meningkatkan production.

Tuesday, 17 February 2015

BAJA ORGANIK

HARI NI NAK CERITA PASAL BAJA ORGANIK...DULU PERNAH CERITA TP TAK MENYELURUH..DISAMPING TU UNTUK SIMPANAN LIN JUGA...LIN MALAS NAK TAIP....LIN "COPY AND PASTE " JEALAH ...MEMANG SESUAI UNTUK SEMUA TUMBUHAN...

kandungan nutrien dalam bahan bahan baja dan penghindar perosak dan penyakit kaedah Natural Farming oleh Nurwahidah
Hambali.
MOL Kangkung (FPJ)
  • Jenis tanaman yang tumbuh dengan cepat,
  • Gibberellin, auxin and cytokinin - hormon ransang pertumbuhan,
  • Ambil hujung kangkong, cincang dan campur dengan gula merah pada kadar 1:1, peram selama 7 hari
  • Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
MOL Buah Pisang (FFJ)
  • Disembur kepada tanaman pada peringkat hendak berbunga,
  • Mengandungi K tinggi,
  • Memacu pembungaan dan pembuahan tanaman,
  • Tingkat kualiti buah,
  • Makanan supplement ternakan.
  • Beli buah pisang terlebih masak pada harga murah, potong dan campur dengan gula merah pada nisbah 1:1 dan peram selama 7 hari
MOL Sisa Ikan (FAA)
  • Sumber N yang baik untuk tanaman,
  • Memacu pertumbuhan awal tanaman,
  • Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
  • Sisa buangan ikan yang sega, ikan yang murah, dipotong-potong kecil dan dicampur dengan gula merah pada kadar 1:1 dan diperam selama sebulan.
MOL Kulit Telur (Ca.P)
  • Calcium carbonate, P, Mg, trace Na, K, Zn, Mn, Fe, Cu,
  • Sembur/siram semasa mula berbunga,
  • Putik buah lekat ditangkai & tingkat kualiti buah.
  • Kulit telur ayam atau burung, digoreng/dibakar sehingga kuning keperangan dan direndam bersama cuka asli/nipah selama 1 bulan
MOL Tulang (P.Ca)
  • Tulang dibakar hingga putih dan direndam dengan cuka asli/nipah selama 1 bulan
  • Phosphoric acid,
  • Untuk pertumbuhan yang baik,
  • Sembur pokok muda hingga hendak berbunga,
  • Meransang pembungaan,
  • Tingkat hasil tanaman.
  • Sembur/siram
  • Kandungan Air Laut
    • Mengandungi sodium, mineral & micronutrient.
    • Meransang metabolisme tumbuhan,
    • Pokok jadi kuat melawan penyakit,
    • Buah jadi lebih manis.
    OHN -Kawalan Tanaman
    • Penghindar serangga perosak,
    • Kawalan penyakit bakteria & kulat.
    • Kamcui:Tongkui:Kulit kayu manis:Bawang putih:Halia
    • Kombinasi pada kadar 2:1:1:1:1
    • Menjaga kesihatan pokok disemua peringkat pertumbuhan.
    OHN Bawang Putih
    • Penghindar serangga perosak,
    • Mengandungi antibiotik & antifungal allicin dalam bawang putih segar,
    • Melawan bacteria, virus, kulat, parasit,
    • Sembur pokok / siram ke tanah.
    • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
    OHN Halia
    • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
    • Essential oil sesquiterpenes, Capsaicin menghindar serangga perosak,
    • Anti-bakteria & anti-fungal,
    • Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
    OHN Kulit Kayu Manis
    • Mengandungi coumarin,
    • Antiseptik – antibakteria, anti-fungal,
    OHN Tong Kui (Angelica acutiloba)
    • Guna bahagian akar,
    • Mengandungi coumarin,
    • Pahit,
    • Anti-bakteria.
    OHN Kam Cui (Glycyrrhiza uralensis )
    • Akar, Rasa manis 50x gula,
    • Mengandungi glycyrrhizin,
    • Anti-bakteria
    Cuka Nira
    • Anti-fungal – powdery mildew, dll.
    • Matikan rumput muda.
    Membuat Cuka Beras
    Cara membuat cuka beras bagi menggantikan cuka nipah atau cuka yang terdapat di kedai.
    • Dedak beras campur dengan beras hancur pada kadar 1;1. Kukus dan sejukkan
    • Tambah ragi dan simpan selama 2 hari
    • Tambah air 85% dari jumlah nasi tadi
    • Selepas 2 hari ada buih dan bau manis
    • Selepas 5 hari alkohol terbentukulang (P.Ca)
    • Selepas 10 hari jadilah cuka
     

    Saturday, 14 February 2015

    KEK GULA HANGUS CEDOK DR BLOG AZLITA AZIZ

    Pagi td buat projek menanam pokok manga...kemas kebun..alhamdulilah dapat tanam 5 batang pokok manga..insyallah bila berbuah..leh sedekah kat jiran2...selalu sedekah buah manga dari pokok jiran sebelah...tahun lepas pokok manga jiran tu..mmg berbuah lebat...puaslah lin sedekah...tak lupa juga bg seplastik kat jiran tu...jiran tu tak duduk rumah dia...dia dah pesan..kalau pokoknya berbuah,sedekahkan aje..kali ni byk sangat..lin bg dia sekali..siap hantar kat depan pagar..

    insyallah petang ni tanam pokok durian belanda...dah beli bukan main lama..tp tak sempat lg nak tanam..pokok pun mcm dah nak mati...mcm nyawa2 ikan jea...cubalah tanam..mana tau hidup subur...kita usaha..Allah yang tentukan...

    masa kemas2 tadi...korang tau,cik abg terjumpa anak ular ..dah mati dah pun...mati kekeringan kat dalam tong biru..tong air...tong tu dah lama takde air..mungkin ular tu terjatuh dlm tong..nak keluar tak leh..tu mati kekeringan..kesian...sebenarnya takut gak nak berkebun ni...tepi ni bersemak...tu suruh cik abg kasi mesin semak samun tu...lin tukang nya apa?????tukang bakar jealah...huaaa...huaaaa...huaaa...

    Apalah sebenarnya lin nak cite ni...melalut ke lain pula...lin sebenarnya nak kongsikan satu resepi lagi...resepi yang mak mertua lin suka ...lin pun suka juga...jom kita tengok resepi kek Gula Hangus


    KEK GULA HANGUS
    RESEPI ASAL DR : BONDA K.NOR
    RUJUKAN:-K.NOR & AZLITA AZIZ

    1 1/4  CAWAN GULA HALUS
    1 CAWAN AIR PANAS
    125 GM BUTTER
    4 BIJI TELUR  A
    1/4  CAWAN SUSU PEKAT MANIS
    1 CAWAN  TEPUNG GANDUM
    2 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
    1 SUDU TEH ESEN VANILA

    CARANYA

    MULA2 KITA CAIRKAN GULA DAHULU UNTUK MEMBUAT GULA HANGUS...
    BOLEH CAIRKAN GULA DALAM PAN LEPER..
    RATAKAN GULA DAN BIARKAN GULA MENCAIR DENGAN API YANG PERLAHAN.
    JANGAN KACAU SEBAB NANTI IA BERKETUL2...
    TAPI PASTIKAN API PERLAHAN DAN PASTIKAN GULA TIDAK HANGUS
    BILA GULA DAH CAIR BARULAH TUANGKAN AIR PANAS.
    JIKA GUNA AIR PANAS DIA KURANG SEDIKIT MERECIK BERBANDING AIR SEJUK.
    BILA DAH CAIR..SEJUKKAN .SEHINGGA MENCAPAI SUHU BILIK

    DALAM BEKAS PERIUK KECIL YANG LAIN,CAIRKAN BUTTER,KEMUDIAN SEJUKKAN JUGA HINGGA MENCAPAI SUHU BILIK

    BILA BUTTER DAN GULA DAH SEJUK,BARULAH SEDIAKAN BAHAN LAIN.

    PECAHKAN TELUR DALAM BEKAS DAN KACAU ..JANGAN PUKUL TAU...HANYA KACAU DENGAN SENDUK KAYU HINGGA CAIR DAN RATA...

    KEMUDIAN,MASUKKAN SUSU PEKAT.SUSU NI PUN BIARKAN PADA SUHU BILIK( BUKAN SEJUK DARI PETI AIS)

    KEMUDIAN KACAU RATA PERLAHAN AJE..

    BILA DAH SERATA,MASUKKAN MENTEGA CAIR DAN KACAU RATA PERLAHAN2...

    TAMBAHKAN ESEN VANILA

    AYAK TEPUNG DAN SODA..MASUK KAN DLM MANGKUK TD DAN KACAU DGN PERLAHAN...


    AKHIR SEKALI,TUANGKAN GULA HANGUS DAN KACAU SERATA LG..

    TUANG DALAM LOYANG 7 X 7 INC YANG DILAPIK KERTAS MINYAK DAN DI OLESKAN DGN SEDIKIT BUTTER

    PERAP ADUNAN SELAMA 3 HINGGA 4 JAM ..

    LAGI LAMA PERAP,LAGI CANTIK LUBANG2NYA.

    AZLITA AZIZ,PERAP SELAMA 5 JAM,LETAK ATAS MEJA JEA..

    BILA DAH PERAP SELAMA 5 JAM,BARULAH MASUKKAN DI DLM KETUHAR YANG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU 15 MINIT PADA SUHU 170c

    BAKAR SELAMA 45 MINIT...AZLITA LAGI 5 MINIT BARU BUKA API ATAS DAN BAWAH...

    KALAU TAK MASAK ,PANASKAN SEMULA.BILA KEK DAH MASAK...LETAK KAN ATAS RENDAI...TUNGGU SEHINGGA KEK SEJUK SEBELUM DIPOTONG



    NANTI LIN MASUKKAN GAMBAR KEK YANG LIN DAH SIAP YEA...NI LUM BUAT LG..TUNGGU KHAIRIAH BALIK..BARU SEMANGAT NAK BUAT..ADA PEMBANTU...

    Friday, 13 February 2015

    MASHED POTATO

    MASHED POTATO.....

    RESEPI NI DARI FB...
    LIN KONGSIKAN KAT BLOG NI...

    KENTANG
    1 KOTAK KECIL SUSU SEGAR
    2/3 SUDU BESAR BUTTER
    SECUKUP RASA  GARAM,SERBUK LADA HITAM

    * REBUS KENTANG SAMPAI EMPUK, TOSKAN DAN LENYEKKAN HINGGA AGAK HALUS( NAK SIMPLE LEH GUNA BELAKANG MUG)

    * MASUKKAN BUTTER,SUSU SEGAR,SEDIKIT GARAM DAN SERBUK LADA HITAM


    INTI DAGING ( SIMPLE)
    DAGING KISAR
    BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH CINCANG
    SERBUK LADA HITAM
    SEDIKIT TEPUNG JAGUNG
    SERBUK PERASA  +  GARAM

    * TUMIS BAWANG BESAR  +  BAWANG PUTIH CINCANG,MASUKKAN DAGING KISAR

    * AGAK DAGING DAN EMPUK ,MASUKKAN SERBUK LADA HITAM DAN PERASA DAN GARAM

    * MASUKKAN SEDIKIT TEPUNG JAGUNG UNTUK PEKATKAN INTI ,DAH AGAK KENTAL,ANGKAT DAN TOSKAN AIR / MINYAKNYA...KETEPIKAN

    TOPPING
    MOZARELLA CHEESE PARUT  +  SEDIKIT DAUN SUP / DAUN PARSLEY  /ATAU APA2 JEA JANJI NAMPAK HIJAU..

    CADANGAN BAKAR
    MASUKKAN DALAM OVEN 180 -   12 MINIT UNTUK CAIRKAN CHEESE JE KAT ATAS TU...









    Gambar ni lin ambil dari fb ...lin belum sempat lg nak buat...ni letaknkat fb utk simpanan..nanti leh buat beli ada masa senang...

    Thursday, 12 February 2015

    CARA MENANAM POKOK ANGGUR...

    ANGGUR....

    Assalamualaikum...
    Apa khabar semua?..sekarang dah pukul 11 pagi..Alhamdulilah Lin dah siap masak untuk makan tengahari..Apa yg Lin masak?Biasalah masak Ikan Pari Asam Pedas..Kat rumah ni memang suka sangat makan asam pedas...kekadang lin masak asam pedas ikan duri..sedap tau ..makan sekali dgn telur dadar..

    Sebenarnya,hari ni nak cite pasal cara menanam pokok anggur...Dedulu masa lin awal2 menanam pokok anggur..susah nak cari blog yang tunjukkan cara tanam pokok anggur dengan cara yang betul..sampailah satu hari tu..Lin beli pokok anggur secara online...tak pernah dlm hidup ni beli pokok melalui online...Tapi oleh kerana ramai kekwn fb yang Berjaya memiliki pokok idaman melalui on line...apa salahnya lin cuba kan...Alhamdulilah Lin Berjaya memiliki pokok anggur yang kedua...pertama lin beli dr kwn fb gak...tapi ambil dr rumah dia...

    Jom kita baca dan fahami cara penanaman anggur dlm abad ini...

    Anggur ni boleh hidup subur diatas pelbagai jenis Tanah yang terdapat di Malaysia seperti Tanah gambut,Tanah liat,Tanah berpasir,Tanah berpaya dan sebagainya..

    Namun begitu,anggur tidak sesuai ditanam:-

    • kawasan yang sering dilanda banjir
    • kawasan yang tanahnya masin dan bergaram
    • kawasan yang terlindung dari pancaran matahari

    Oleh kerana Malaysia menerima taburan hujan yang amat tinggi maka kawasan tanaman anggur mestilah disediakan dengan perparitan yang sesuai bagi mengalirkan air hujan keluar dari tapak sejurus hujan berhenti.
    Ini amat penting bagi mengelakkan tapak ditakungi air hujan dimana boleh menyebabkan akar anggur menjadi MASAM DAN REPUT...

    CARA  MENANAM POKOK ANGGUR...

    1.   CARA TANAM DI TANAH...

    TANAM TERUS KE TANAH BAGI KAWASAN YANG TIDAK BERTAKUNG AIR.
    LUBANG PERLU DIGALI  450MM  X  450MM   X  450MM...





    2.   CARA TANAM DI BATAS....

    TANAM SECARA  BATAS BAGI KAWASAN YANG SERING BERTAKUNG AIR..






    3.   CARA TANAM DI DALAM PASU....

    TANAM SECARA PASU MESTILAH PASU YANG BERGARIS PUSAT TIDAK KURANG DARI 600 MM...






















    PENYIRAMAN POKOK ANGGUR

    Penyiraman mestilah diambil berat bagi tahun pertama pokok anggur ditanam.
    Diperingkat umur pokok anggur 1 hingga 3 bulan penyiraman mestilah dilakukan apabila media Tanah disekeliling pokok menjadi kering.
    Maksimum sehari ssekali sehari sahaja dan jika media Tanah masih lembab ianya tidak perlu disiram.
    Jangan terlalu lebih disiram sehingga menyebabkan air bertakung dimana boleh menyebabkan akar pokok menjadi masam dan reput.

    PEMBAJAAN POKOK ANGGUR

    Pembajaan pokok anggur adalah amat penting bagi menggalakkan tumbesaran pokok anggur dengan lebih cepat.Baja perlu ditabur kira2 sekaki disekeliling batang pokok anggur .
    Ini adalah bagi mengelakkan akar pokok anggur rosak.
    Baja tahi kambing dan tahi lembu amat baik sekali digunakan bersama kerana jenis ini boleh menyediakan segala zat tumbuhan yang diperlukan oleh pokok juga boleh menyuburkan Tanah.

    PEMANGKASAN UNTUK LATIHAN

    Pemangkasan adalah penting bagi membentuk struktur rangka pokok anggur sebaimana yang kita kehendaki.
    Boleh rujuk lukisan yang disertakan bagi melatih pokok anggur .























    LANGKAH - LANGKAH MELATIH POKOK ANGGUR
    PEMANGKASAN UNTUK PEMBUAHAN
    Pemangkasan boleh dibuat sekiranya batang pokok anggur sudah cukup besar iaitu sebaik2nya bila mencapai umur 12 bulan
    Cara2 pemangkasan seperti berikut:-
    • Buang ranting2 yang berukuran kecil dari garis pusat batang pensil
    • Buang ranting2 yang masih hijau,tunas muda dan pucuk muda.
    • Buang semua daun2 anggur
    • Buang ranting yang berpenyakit
    • Buat catitan dalam kalender tarikh hari pemangkasan tersebut.Buah boleh dipetik setelah 105 hari dari tarikh pemangkasan dibuat.








    CARA-CARA MEMANISKAN BUAH
    1. Pokok anggur mestilah mendapat pendedahan cahaya matahari yang maksimum iaitu sebaik2nya 100% pendedahan.
    2. Siraman haruslah dihentikan setelah 85 hari dari pemangkasan dibuat.Bagi mengelakkan terkena air hujan maka bolehlah menutup di sekeliling bahagian pangkal pokok dengan lapisan plastic.
    3. Menggunakan Baja buah
    4. Oleh kerana musim hujan sukar dijangka di Malaysia sekarang,maka plastic kalis hujan adalah kaedah yang paling terbaik diadakan kerana suhu dapat dipertingkatkan dimana dapat mempercepatkan kandungan gula didalam buah anggur.



     

    Saturday, 7 February 2015

    pizza hut atau pizza domino ataupun pizza mama....



    Izzuddin : Mak...jom kita "order pizza hut"
    mak       :  Asyik "order pizza" jea...kan baru lepas makan pizza minggu lepas...
                     Ni nasi yang makan tadi pun tak turun lgi...Ni nak makanlah...
    izzuddin : Alah mak...jomlah order...ni sempena kakak balik...

    Dialog tu akan selalu lin dengar bila khairiah balik dari asrama...adalah "chance"izzuddin nak makan pizza..Anak oh anak..Bila fikir balik..agaknya mcm ni kot kita masa kekecik dulu...asyik nak makan jea...maklumlah nak membesar...tapi kalau umur dah meningkat..jangan bagi alas an mcm tu...mau kolestrol dan badan mcm tong dram..cik abang pun tak ngaku isteri dia pula...mau menyesal seumur hidup...huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

    Eh...banyak pula celoteh lin ni...sebenarnya lin nak cite pasal pizza..tempohari lin gi belajar buat pizza..sebenarnya ,anak2 amat sukakan pizza ni...lin pun suka..sebab tu belajar buat..Ada orang belajar untuk buat bisnes..tp bagi lin belajar itu untuk kesenangan lin sekeluarga...senang bila terasa nak makan pizza..gi jea belakang dapur...tekan mixer...curah semua bahan.."on"oven...bakar...dah siap pizza mama...dijamin bersih...Almaklumlah..dari air tangan mak nya sendiri..InsyaAllah dimulakan dengan bismillah...

    Jom layan gambar masa lin beajar pizza...nantikan kelas seterusnya...sekarang "mood"utk menuntut ilmu...selamat menjamu mata....





    pizza pepperoni


    Pizza pepperoni sebelum di masuk oven.
    Pizza hawaian...





    Pizza hawaian yang belum dibakar..

    

    beza setiap pizza ni pada sos dan apa bahan yang kita nak letak...

    jika pizza peperoni...letakkan peperoni...bawang..nenas..

    pizza hawaian pula..letak ayam yg direbus ...bawang dan lada benggala..

     

    ada ilmu yang perlu berguru..ada juga yang hanya melalui pemerhatian jea kita dah tau...bagi lin...jika kita nak pandai dan maju..jgn lokek duit tu nak belajar...jgn asyik minta shj ilmu pada org lain..kerana org tu juga keluarkan duit utk mendapatkan ilmu tersebut..

     
     

    selamat menuntut ilmu............

     
     
     
     
     
    
     
     
     
     
    

    Friday, 6 February 2015

    BISKUT RAYA 2015

    BISKUT RAYA......

    BARU BULAN FEBRUARI...DAH CERITA PASAL BISKUT RAYA KE LIN??????

    HA..HA..HA...HA...SEBENARNYA ,LIN NI SETIAP TAHUN JUAL BISKUT RAYA..BISNES KECIL2AN...ADA ORANG KATA..NAK BISNES..BISNES BETUL2...KALAU TAK..BUAT BUANG MASA..BETUL KE MACAM TU?HAJAT TU MEMANG NAK BUAT BETUL2...TAPI BIASALAH.REZEKIKAN ALLAH YANG BERI..JIKA SETAKAT TU JEA REZEKI KITA..TAK KAN KITA NAK PAKSA ORANG BELI PULA BISKUT YANG KITA JUAL..

    INSYALLAH TAHUN 2015 NI,LIN AKAN KELUARKAN DARI OVEN COMEL LIN DENGAN BENTUK DAN RASA BISKUT BARU..SEDAP TAU..

    LIN BARU JEA BELAJAR BUAT BISKUT NI PADA 2 FEBRUARI 2015,MASIH SEGAR LAGI DI KEPALA NI CARA MEMBUATNYA..INSYALLAH DALAM MINGGU NI NAK BUAT UNTUK MAKAN2..LEH GAK PROMOTE KAT JIRAN2...TP TAK MACAM CEPAT SANGAT KE???TAK PELAH..BUAT SESAJE JEA...SAMBIL INGAT BALIK APA YANG CIKGU AJAR..

    JOM LAYAN BISKUT DAN GAMBAR KETIKA LIN BELAJAR DI SANA....





















    Thursday, 5 February 2015

    LEUKIMIA

    LeBeberapa minggu yang lepas,Lin dikejutkan dengan berita ini..."LIN ANAK ANA KENA LEUKIMIA"Subhanallah..Terkejutnya dengar berita dari k.zai..Umur anak Ana sebaya dengan Hakim..Baru 15 tahun..Lin Tanya k.zai..apa tanda2 awal nya..k.zai kata...bila luka..lambat nak berhenti perdarahan..Ya Allah...sedih sangat bila tahu...Allah amat mengetahui apa yang berlaku..

    Di sini Lin nak kongsikan tanda awal seseorang tu kena leukimia...

    • mudah letih,nafas pendek,mudah terkena jangkitan penyakit,Lebam dibadan dan hilang selera makan.

    Leukimia adalah satu daripada barah yang berpunca daripada pertambahan sel darah putih.Ini memudaratkan kesihatan kerana boleh menyebabkan kerosakan sel darah merah.

    Ini memudahkan jangkitan,mengurangkan sel darah putih matang selain membantutkan pertumbuhan platlet iaitu bahan utama dalam kandungan darah.

    Antara faktor dijangkiti leukimia : -

    sejarah keluarga yang mengalami sakit sama atau barah,pernah terkena jangkitan virus EpsteinBarr(tidak semua),selepas membuat rawatan kimoterapidan mengalami penyakit sindrom Down,siindrom fragile-x ( sindrom reput -)/ serta sindrom fanconi.

    Jika tidak dirawat segera,ia boleh menyebabkan maut.Meskipun selepas rawatan,perlu sentiasa diawasi kerana leukimia menyebabkan system imunisasi pesakit lemah dan tidak normal,malah mudah terkena jangkitan kuman.


    Ni serba sedikit maklumat berkenaan penyakit leukimia...doakan anak ana sihat seperti dedulu...aamiin..