Tuesday, 11 November 2014

ROSE JEPUN

NAMA TEMPATAN : ROS JEPUN

NAMA SAINTIFIK :   PORTULACA GRANDIFLORA

NAMA LAIN            :   BUNGA KEMBANG PETANG...BUNGA PUKUL SEPULUH...
                                        MOSS ROSE..SUN PLANT...JAPANESE ROSE..BUNGA GELANG..

FAMILI                     :  PORTULACEAE

LOKASI DIJUMPAI:  TUMBUHAN HIASAN

ASAL                          :  TUMBUHAN TEMPATAN

KETERANGAN:

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaan yang mudah.Terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu,merah terang,putih,kuning,ungu dan oren.Terdapat juga jenis yang mempunyai campuran warna sepertimerah jambu dan putih.Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai Tanah yang poros dan bersaliran baik.Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratin batang.Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari.Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan..

KEGUNAANYA:

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagiaan yang luka...

Itu serba sedikit info berkenaan Ros Jepun..Dulu selalu Nampak bunga ros jepun ni..tak tergoda pula..Tapi bila lin masuk dalam "group"ros jepun,hati ni mula tertarik dengan si ros jepun ni..yang suka sangat sebab ada pelbagai warna dan lapis..seronok sesangat bila minat ni cik abang pun suka.."Alah mana Kau tau cik abang kau pun minat juga lin?"...he..he...he..lin dapat tau tu bila lin beli ros jepun ni melalui "on line"pembeliaan pertama lin melalui online...alhamdulilah lin dapat beli dari pembeli yang jujur...ros jepun yang di jual pun amat segar..jom belajar sesame mcmana lin tanam ros jepun ni...

Cara2 menanam ros jepun...

1) memula sekali sediakan bekas untuk menanam ros jepun..lin guna tong minyak..kita kasi guna semula barangan terpakai..jimat duit..lin kasi potong bahagian atas tu...lepas tu buat lubang dalam 5 lubang..untuk kasi air keluar ..kekadang kan kita jirus terlebih air..jadi air bolehlah keluar dari tong minyak tu...pokok ros jepun ni ada pantang gak...pantangnya..jangan air bertakung kat dlm bekas tanaman.kalau tak batang ros jepun akan lembik dan mati...sayanglah kan



















tinja arnab yang di gaul dengan Tanah bakar..











pasir yang selalu di campur dengan simen tu...lin beli kat hardware jea...ni untuk Tanah tu ada rongga lah sikit..taklah padat sangat...

 

ni pula...Baja kopi....lin bila semai pokok...lin akan campurkan Baja kopi ni..bau Baja ni...macam bau kopi...


2)sediakan bahan utama...iaitu Tanah campuran...lin selalu guna :-

                    a) Tanah hitam - 2 beg
                    b) Tanah bakar - 1 beg
                    c) pasir              - dua atau tiga tin susu
                    d) Baja organik - 4 sudu besar
                    e) Baja kopi       - 2 sudu besar

kasi gaul semua senarai diatas sampai sebati..dah pasti sebati...lehlah masukkan dalam bekas tanaman..







3) patah2kan pokok ros jepun dari pokok asal..lepas tu..bolehlah kasi cucuk kat bekas tanaman..lepas tu jirus sikit..










4) letak ditempat yang redup tau..tu untuk permulaan jea..nanti bila dah Nampak pucuk baru...baru boleh ubah ke tempat yang panas..

5) seminggu..bolehlah bajakan dengan Baja kopi..Baja bunga..lin selalu seminggu sekali letak Baja...selang seli...minggu ni Baja bunga...minggu depan kasi Baja daun...minggu lagi satu..kasi mol betik pula...alhamdulilah pokok lin sihat..

jom jamu mata dengan melihat gambar bunga ros jepun lin....rugi kalau tak tengok...




















setakat ni...ni jea koleksi ros jepun lin...nanti jika ada tambahan koleksi..lehlah lin kongsi kan kat sini lagi...




Ni gambar sebulan yang lalu....



best tau buat aktiviti ni hari minggu...paling seronok buat aktiviti ni dengan anak2..lin memang ajak anak2 turut serta dalam aktiviti lin...lagi mengeratkan tali kasih sayang...anak2 pun seronok bila tengok pokok bunga yang mereka tanam dah berbunga...lin selalu buat dengan 2 hero ni...sapa lagi ...ni jea anak yang ada...sorang lagi dah kat asrama...tak dapatlah buat aktiviti ni...

....................hero di hatiku..............










No comments: