Saturday, 15 August 2015

resepi koktel buah - buahan

Bila panas2 ni..mulalah terasa nak makan yang manis2..
Lagilah yang sejuk2...apa yea yang nak di makan...macamana nak kurus ni ...tak pe2...nanti kasi bakar dengan aerobic sejam...


Bahan tak de lah pula...tak pe lah ..kita kasi kongsi dulu resepi dr blog kakak2 senior yang pakar bab makanan ni...meh kita tgk reramai..


Sesuai gak utk buat makan2 bila "open House" tu...Oleh kerana pada tarikh ni syawal yg terakhir...buatlah untuk tahun depan...Lin ni pun simpan kat sini untuk rujukan minggu depan..kita orang nak buat makan2 sempena hari lahir Cikgu Zumba kat tmpt yang selalu Lin kunjungi tu...sesekali nak makan manis2...apa salahnya...kita bakar dulu...kemudian baru makan..nyum..nyum...nyum...nanti Lin buatkan koktel dengan kasih saying yea..InsyaAllah sedap dan dijamin halal...




Ni resepi dari blog kak yatie..
(Yatiememories.blogspot.com)


sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa






Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail
Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail.(Yatie tak masukkan fruit cocktail, cuma ambil airnya saja dan masukkan dlm adunan agar2 tadi, kacau sebati)
  4. Setelah siap,masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan bersama sos kastad.
Resepi Sos Kastad K.Liza

Bahan Sos Kastad
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 3 s/b tepung kastad- Yatie letak 2 susu besar rata je
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Masakkan dengna api sederhana sehingga mendidih dan nampak agak pekat dari sebelumnya. Kacau sentiasa guna api sederhana.
  3. Setelah siap tutup api dan sejukkan.
Hidangkan dengan puding susu dan juga fruit koktel tadi. Sedap di makan sejuk.









Ni pula resepi kedua...dari blog kak Liza
(Hanieliza.blogspot.com)


KOKTEL BUAH_BUAHAN BERKUAH

Bahan
1 tin fruit cocktail
1 tin buah laici
1 mangkuk jeli buah-buahan de nata [mangga atau laici]
1 tin susu cair
1 cawan gula
ketulan ais secukupnya

Cara
1. Larutkan gula dengan susu cair.
2. Masukkan semua buah dan bancuhan gula & susu cair dalam mangkuk hidang yang besar.
3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk.



No comments: