Dialog di kedai mamak...
Izzuddin : "Tosei garing satu"...
Mamak : "Ok boss"
"Mak,cuba mak cari resepi tosei kat blog tu"..."kan best kalau bebila adik nak makan,mak boleh masakkan"......
"Yealah,nanti mak cari yea,nanti bila dah jumpa...kita cari bahan2nya yea".....
Izzuddin ni ,anak lin yang bongsu...sangat suka makan dan dapat rasa kalau Lin masak tak cukup bahan2nya...Dia leh Tanya,mak masak apa ni?Kenapa tak sama macam selalu?...He..He...He...senyum jealah bila dia soal...nanti bila dah habis makan,Lin akan bagitau kenapa masakkan hari ni tak sama mcm dedl...
Izzuddin juga rajin tolong Lin kat dapur...Lin rasa nanti besar ,dia leh jadi Chef lah....CHEF WAN...Chef Wan junior...sebab nama izzuddin pun ada wan di belakangnya...Semoga Izzuddin menjadi anak yang soleh dan menjadi Chef yang beriman...Chef yang hafaz Al-Quran...Aaminn..
TOSEI GARING SATU
Bahannya
1 cawan kacang urid dhal/ulunthu
2 cawan beras
1 sudu teh halba
Semua bahan dibasuh dan direndam semalaman.
1 cawan nasi dingin
3 cawan air
1 sudu teh garam(dimasukkan ke dalam adunan semasa proses menggoreng)
Toskan campuran tadi dan diblender bersama nasi dingin dan air sehingga halus/hancur.
Masukkan dalam bekas yang agak besar dan bertutup.
Simpan 6 jam/semalaman/seharian.
Adunan akan bertambah sekali ganda.
Jangan perap terlebih lama sangat. Selepas perapan kita boleh simpan dalam peti ais.
Bila nak menggorengnya masukkan garam dan kacau rata.(pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair..kalau terlalu pekat tambah sedikit air sejuk)..sukatan air yang kakyah buat ni sudah sesuai tetapi mungkin bergantung juga pada jenis beras.
Gunakan api yang perlahan semasa proses menggoreng.
Sapu sedikit minyak pada kuali yang permukaannya rata.
Ambil sesenduk adunan dan diletakkan pada tengah kuali.
Dengan menggunakan belakang senduk tersebut nipiskan adunan dari tengah ke tepi kuali secara membulat.
Tutup adunan tersebut dan lebih kurang 2 minit adunan tersebut akan masak dan sedikit garing.
Lipatkan dan boleh dihidang bersama kuah kari atau apa2 yang sesuai
2 comments:
Salam Perkenalan....nak canai tepung yang malas sangat....hihi
salam perkenalan...
memang malas nak mencanai tu...paling senang "order"sahaja...
nak buat sendiri seronok bila ramai yang ada dirumah..lepas tu ada pula yang rajin menolong...memang sukalah membuatnya..
Post a Comment