Sunday, 4 January 2015

DONAT KENTANG LEMBUT

RESEPI NI DARI BLOG " SINAR KEHIDUPAN KU "

MACAM BEST JEA..MACAM SEDAP JUGA...TAPI TAK SEMPAT LG NAK BUAT..MANA NAK SEMPAT..DALAM HATI SIBUK NAK DIET..TAPI MATA NI MACAM NAK MAKAN ...HUAAAAAA...JOM LAYAN RESEPI NI DULU...


DONAT  KENTANG 

500 GM TEPUNG GANDUM
200 GM KENTANG YANG TELAH DIREBUS DAN DILENYEK
4 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
1 BIJI TELUR (  DIPUKUL SEDIKIT)
200 ML AIR SUAM  ~ YATIE ULI DOH GUNA TANGAN JE,SO MASUKKAN AIR SIKIT2 YA
3 SUDU BESAR MARJERIN / BUTTER
3 SUDU BESAR GULA HALUS
2 SUDU KECIL YIS

CARANYA

  1.  MASUKKAN SEMUA BAHAN DALAM BEKAS ADUNAN DAN ULI HINGGA TIDAK MELEKAT PADA TANGAN.PASTIKAN DOH BETUL2 LEMBUT ,ULI SELAMA 8 HINGGA 10 MINIT .KALAU GUNA BM,TEKAN ON DAN TUNGGU JE SIAP,KEMUDIAN BOLEH TERUS BENTUKAN.
  2. KEMUDIAN PERAP DOH DA TUTUP BEKAS ADUNAN DENGAN PLASTIK WRAP DAN BIARKAN DOH NAIK DUA KALI GANDA.MASA PERAPAN LEBIH KURANG  40 MINIT ATAU 1 JAM.
  3. SELEPAS ITU TUMBUK2KAN DOH BAGI MENGELUARKAN ANGIN.BAHAGI DOH PADA BEBERAPA BAHAGIAN KECIL DAN LUBANGKAN DITENGAH2NYA.SEPERTI BENTUK DONUT.SUSUN DONUT DI ATAS DULANG DAN BIARKAN SEHINGGA DONUT NAIK DUA KALI GANDA.
  4. GORENG DI DALAM MINYAK PANAS SEHINGGA PERANG.DAN SALUT DONUT KENTANG BERSAMA SERBUK GULA ATAUPUN COKLAT MASAKAN .SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN...


No comments: