Friday, 23 January 2015

22 Januari 2015...azam lama bawa ke 2015...JOM KURUS DAN SIHAT...

KURUS...NAK KURUS....

Setiap tahun azam masih sama..tp tak dapat lagi nak capai azam yang satu ni...Adoi..susahnyalah..
Nak gemuk senang jea...nak kurus ni..seksanyalah...naik semput nak kurus..kekadang berlari treadmill tu sehari...esok...esok...dan esok baru berlari lagi kat atas tu...memang nak berterusanlah..tp takde sapa yang nak suruh atau paksa..ishhh...ishhh..untuk badan sendiri pun nak suruh orang ingatkan...masalahnya takde kesedaran atas diri semdiri...

22012015...mulalah senaman rutin lin...pepgi tadi dah buat "target weight loss" selama 20 minit...semput berlari...berjalan kat atas tread mill...mcm nak minta nyawa lain...penat betul...paling laju treadmill tu suruh lari 7.2 km/jam...paling perlahan 4.6 km/jam...huhhhhhhh...ampun...tak habiskan..penat sesgt...keluar semua peluh...

lepas 20 minit..minum teh hijau..buat squat 50 kali...boleh tahan jg "squat"ni..berasalah kat peha dan lutut...sesiapa yang ada sakit lutut..jgn cuba2 buat senaman ni...leh tertanggal lutut..susah pula nak ganti lutut org lain...he..he..he...

membebel jea...jom..lin kongsikan senaman yang lin buat hari ni....

5 SENAMAN UNTUK KECILKAN PAHA

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear(mcm kena kat diri sendiri jea).Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda.Sekiranya anda mengalami masalah ini,sudah tentu anda tercari2 bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda.

Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging,berjalan atau 'walkaton' dan berbasikal.Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha.

Adakah anda terfkir cara lain untuk mengecilkan peha anda?Berikut merupakan langkah2 aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:-

1. 'KERUSI BAYANGAN'

Berikut adalah panduan untuk senaman 'KERUSI BAYANGAN':-

  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan2 .Turunkan bdan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk diatas kerusi.
  • Bila anda sudah 'duduk',cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula.Kebanyakan orang hanya boleh bertahan beberapa saat sahaja pada permulaan.Setelah membiasakan diri,anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan dan bertahan sehingga 1 minit  setelah melakukan beberapa kali .Lakukan 5 kali setiap hari..
  • Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda.Mula2 mungkin susah,tapi kalau dah lama2,anda mesti rasa sudah biasa.





 







 

2.PERGERAKAN "MENGGUNTING"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam.Senang sangat..Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi.Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah.Bayangkan pergerakan guntuing semasa memotong kertas.Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang diatas  kaki kiri.Kemudian ,tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang diatas kaki kanan.Ulang langkah ini 12-15 kali untuk setiap set.Anda akan dapat rasa tekanan di otot2 bahagian peha anda.














3.PUSINGAN BULATAN..( ni lin tak buat)

Baring mengiring di  atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas(baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda.Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh.Tarik nafas,dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.Gerakkan seluruh kaki tanpa mengerakkan pinggul anda.Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula.Lakukan sehingga 10 set jika boleh.













4.PAKAI KASUT TINGGI(ni pun lin tak buat juga..sebab takde kasut tinggi)

Kalau sebelum ini kita memerlukan alas an untuk pakai kasut tinggi,inilah masanya.Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha.Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memeberi kesan buruk kepada kaki dan postur,oleh itu anda perlulah berhati2.Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inchi.


5.MELOMPAT DIATAS TRAMPOLINE

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan ,pembakaran lemak ,meningkatkan metabolisme,mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik.Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hamper 200 kalori dalam badan.Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan2 anda..

Kekwn tahu ke trampoline tu mcmana...?lin tak tau..tapi kalau tengok gambar mungkin tahu kot...nanti lin Tanya pak cik google.maaflah ...tak dapat nak letak gambar kat sini...kekwn taip perkataan tu...nanti keluarlah gambarnya...


SELAMAT BERSENAM





Sunday, 4 January 2015

DONAT KENTANG LEMBUT

RESEPI NI DARI BLOG " SINAR KEHIDUPAN KU "

MACAM BEST JEA..MACAM SEDAP JUGA...TAPI TAK SEMPAT LG NAK BUAT..MANA NAK SEMPAT..DALAM HATI SIBUK NAK DIET..TAPI MATA NI MACAM NAK MAKAN ...HUAAAAAA...JOM LAYAN RESEPI NI DULU...


DONAT  KENTANG 

500 GM TEPUNG GANDUM
200 GM KENTANG YANG TELAH DIREBUS DAN DILENYEK
4 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
1 BIJI TELUR (  DIPUKUL SEDIKIT)
200 ML AIR SUAM  ~ YATIE ULI DOH GUNA TANGAN JE,SO MASUKKAN AIR SIKIT2 YA
3 SUDU BESAR MARJERIN / BUTTER
3 SUDU BESAR GULA HALUS
2 SUDU KECIL YIS

CARANYA

  1.  MASUKKAN SEMUA BAHAN DALAM BEKAS ADUNAN DAN ULI HINGGA TIDAK MELEKAT PADA TANGAN.PASTIKAN DOH BETUL2 LEMBUT ,ULI SELAMA 8 HINGGA 10 MINIT .KALAU GUNA BM,TEKAN ON DAN TUNGGU JE SIAP,KEMUDIAN BOLEH TERUS BENTUKAN.
  2. KEMUDIAN PERAP DOH DA TUTUP BEKAS ADUNAN DENGAN PLASTIK WRAP DAN BIARKAN DOH NAIK DUA KALI GANDA.MASA PERAPAN LEBIH KURANG  40 MINIT ATAU 1 JAM.
  3. SELEPAS ITU TUMBUK2KAN DOH BAGI MENGELUARKAN ANGIN.BAHAGI DOH PADA BEBERAPA BAHAGIAN KECIL DAN LUBANGKAN DITENGAH2NYA.SEPERTI BENTUK DONUT.SUSUN DONUT DI ATAS DULANG DAN BIARKAN SEHINGGA DONUT NAIK DUA KALI GANDA.
  4. GORENG DI DALAM MINYAK PANAS SEHINGGA PERANG.DAN SALUT DONUT KENTANG BERSAMA SERBUK GULA ATAUPUN COKLAT MASAKAN .SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN...


APAM KAMPUNG GULA MERAH


RESEPI NI TAK PERNAH BUAT ...TAPI NAK SIMPAN DALAM BLOG NI..
BAGI KEKAWAN SEDANG MENCARI RESEPI APAM NI...JOM SESAMA KITA KONGSI ILMU NI..NI RESEPI DARI BLOG"SINAR KEHIDUPAN"
TERIMA KASIH KAK YATIE DIATAS PERKONGSIAN NI..

APAM GULA MERAH

BAHAN A
1/2 CAWAN GULA MERAH *
1/2 CAWAN GULA PASIR *
2 CAWAN  AIR *
2 HELAI DAUN PANDAN *
* DI MASAK DAN SEJUKKAN ,TAPISKAN

BAHAN B
11 GM YIS MAURIPAN
1/2 CAWAN AIR SUAM
1 SUDU KECIL GULA HALUS

BAHAN C
4 CAWAN TEPUNG GANDUM
SECUBIT GARAM

CARANYA

1. MASAK BAHAN 2 (A) BERTANDA * HINGGA GULA LARUT ,TAPISKAN DAN SEJUKKAN.

2. DALAM BEKAS LAIN ,BANCUH BAHAN B DAN BIARKAN 5 MINIT ATAU SEHINGGA BERBUIH..

3. SATUKAN BAHAN C KE DALAM MANGKUK BESAR DAN MASUKKAN SEKALI AIR GULA YANG TELAH SEJUK TADI  ( KACAU GUNA WHISK SEHINGGA SEBATI)

4. GAUL SEBATI DAN MASUKKAN BAHAN B TADI. GAULKAN,SETELAH SEBATI ,TUTUP DAN BIARKAN PERAP SELAMA 1 JAM

5. LENSERKAN LOYANG 10 X 10 X 3 INCI DENGAN SEDIKIT MINYAK DAN TUANGKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG DAN BIARKAN SELAMA 10 MINIT.KUKUS ADUNAN SELAMA 40 MINIT.

6. BIARKAN KUIH BETUL2 SEJUK BARULAH DI POTONG DENGAN MENGGUNAKAN PISAU TAJAM DENGAN CARA SEPERTI GERGAJI KEDEPAN KE BELAKANG SUPAYA KUIH TAK KELIHATAN MAMPAT.

7.SEDAP DI MAKAN BERSAMA KELAPA PARUT PUTIH YANG DIGAUL DENGAN SEDIKIT GARAM.


******SAYA GUNA ACUAN KECIL,SAYA SAPUKAN MINYAK SEKELILING ACUAN DAN TUANGKAN 3/4 ADUNAN APAM YANG DIPERAP SEJAM TADI KE DALAM ACUAN. BIAR SEBENTAR DALAM 5 MINIT DAN KUKUS SELAMA 20 MINIT..


Thursday, 1 January 2015

HAPPY BIRTHDAY TO ME....HAPPY BIRTHDAY TO ME...

2 JANUARI 1977...
ALHAMDULILAH ALLAH PINJAMKAN DIRIKU UNTUK KELUARGAKU...
MASIH DIPANJANGKAN USIA...
DIBERI KESIHATAN YANG BAIK...

ALHAMDULILAH SEPANJANG HIDUP INI...LIN DIKURNIAKAN SUAMI DAN ANAK2 YANG BAIK...SALING INGAT MENGINGATI..

SETIAP KEHIDUPAN ADA UJIAN...ALHAMDULILAH ALLAH BERIKAN UJIAN DIATAS KEMAMPUAN KAMI SEMUA...

SEKEJAP JEA UMUR NAK MENDEKATI 4 SERIES...BEBERAPA TAHUN LAGI NAK KE ANGKAT TU...YA ALLAH...BANYAK LAGI TINGKAHLAKU LIN YANG TAK BAIK MASIH ADA DIDALAM DIRI NI...PERNAH ABG MI BERKATA.."BILA UMUR KITA DAH CAPAI ATAU MASUK 40 TAHUN..PERANGAI KITA YANG TAK BERUBAH AKAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.."YA ALLAH TAK SANGGUP RASANYA NAK BAWA PERANGAI LIN YG BURUK TU HINGGA KE AKHIR HAYAT...SEMOGA ALLAH BERI LIN KESEMPATAN UNTUK BERUBAH...BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN..

SAMBUTAN HARI LAHIR KALI NI...LIN SAMBUT SEDERHANA JEA...TAKDE KEK PUN..BAGI MENGINGATI SAUDARA SEISLAM YANG MENGALAMI BANJIR...
INSYALLAH TAHUN NI NAK BUAT SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN SEKELUARGA...JARANG KAMI DAPAT BERKUMPUL SESAMA...

TERIMA KASIH MAK KERANA MELAHIRKAN LIN KE DUNIA...
TERIMA KASIH ABAH KERANA MEMBESARKAN LIN..
TERIMA KASIH SUAMIKU KERANA MENERIMA LIN SEADANYA..
TERIMA KASIH ANAK2KU KERANA SENTIASA MEMBAHAGIAKAN MAK ...
TERIMA KASIH JUGA KEPADA ADIK2 KU KERANA SELALU ADA KETIKA SUSAH DAN SENANGKU...

ENTAH BERTEMUKAH TAHUN HADAPAN PADA TARIKH YANG SAMA AGAKNYA???

SEMOGA KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH..
DIMASUKKAN KE SYURGA FIRDAUS TANPA DIHISAB,DENGAN RAHMATNYA,,
INSYALLAH..






MEROTI.....

cuti sekolah tahun 2014 ni..Lin pun nak gak ada aktiviti...tambah ilmu...bosan juga asyik buat aktiviti yang sama...asyik mengadap pokok bunga dan periuk belanga..nak juga belajar sesuatu...

kali ni lin cuba belajar untuk membuat roti...dah lama pasang angan2 yg ni...tetbbuka fb ada akak ni buat harga kasih sayang...harga kelas roti ..harga kasih sayang...rm 50..siapa yang tak mau...lin pun tanpa fikir dua tiga kali terus kata setuju..maka bermulalah episode meroti...senang jea nak buat roti ni kalau tau tekniknya..jom layan gambar roti yg lin buat....



















DUGAAN 2014 DATANG LAGI...

HUJUNG BULAN DISEMBER 2014...DUGAAN UNTUK MALAYSIA DATANG LAGI..INGAT MH17 ADALAH PENAMAT DIARI 2014..RERUPANYA..ADA LAGI DUGAAN YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KAMI...ALLAH SAYANG KITA..TU ALLAH BERIKAN UJIAN NI..

BANJIR...BANJIR....BANJIR....BANJIR.....

SETIAP TAHUN MEMANG MALAYSIA SELALU HUJAN...KALI NI..HUJAN TURUN LAIN SIKIT..LAGI LEBAT HUJANNYA..PANTAI TIMUR LAH YANG SELALU BANJIR..

KALI NI NEGERI KELANTAN PALING TERJEJAS..HAMPIR 90% DAERAH DI NEGERI KELANTAN UMPAMA PULAU...ALHAMDULILAH ADIK LIN TAK TERKENA BANJIR..
YANG PALING TERJEJAS DAERAH KUBANG KERIAN..MANEK URAI..TANAH MERAH...KOTA BHARU..ADA LG BANYAK..TP TU JEA YANG LIN INGAT...

ADA YANG NAMPAK BUMBUNG JEA...ADA YANG LUPUS HABIS...BANYAK RUMAH YANG ROBOH...ADA YANG KEHILANGAN KAUM KELUARGA..KALAU TENGOK KAT BERITA..UMPAMA TSUNAMI...

SEMOGA MEREKA YANG TERKENA BANJIR NI BERSABAR DAN REDHA DENGAN UJIAN YANG ALLAH TURUNKAN..SIAPALAH KITA UNTUK MENINDAKKANNYA...INSYALLAH NANTI ALLAH BERI YANG LEBIH BAIK LAGI...AMIN...