selamat hari lahir kakak dan abang...ucap adik.......
18 Oktober 2014 genap umur khairiah 16 tahun....
20 Oktober 2014 genap umur hakim 14 tahun...
Tahun 2014..pertama kali menyambut hari lahir khairiah dan hakim di SESERI..kali ni sambut pada 19 oktober 2014..bersamaan hari ahad..Seperti selalu kami sekeluarga akan melawat khairiah di asrama seminggu sekali atau paling lama pun 2 minggu sekali...siapa kata tak rindu...rindu..anak dah lah tak ramai..tahun ni sambut birthday khairiah dan hakim sekali ...beli kek sebab lin malas nak buat kek hari jadi..almaklumlah..vitamin M melanda ..malas sesangat..
pepagi dah bangun..masak nasi dan lauk ayam merah..dlm perjalanan beli kek secret resepi sebiji..memula nak beli yg sepotong2 jea..tapi nanti nak juga bagi kekwn khairiah rasa kek birthday dia..belilah sebiji besar...
sampai jea..ucap birthday kat khairiah..hilangkan segala rindu..buka bekalan dan makan sampai poning...selalu kami berkelah kat satu wakaf tu...memang takde orang kacaulah..ada privasi sikit..lepas khairiah potong kek..hakim pula pototng..oleh kerana tahun ni khairiah dok asrama..birthday izzuddin ,sambut masa khairiah baliklah..macam tak puas makan kek masa tu..tergopoh gapah..selalu memang macam tulah mereka ni..asyik nak balik cepat jea lepas jumpa khairiah..malas betul bawa depa ni..lain kali nak gi sesorang jealah jumpa khairiah...
seperti tahun2 yang dulu...doa mak masih sama untuk khairiah dan hakim...mak doakan khairiah dan hakim menjadi anak2 yang sentiasa menggembirakan hati mak dan abah...di beri ingatan yang bagus didalam mengingati pelajaran...diberi kesihatan yang baik...menjadi pelajar yang sentiasa berdisplin dan berwatakan baik ..dan yang paling penting..sentiasa menjadikan agama islam sebagai panduan hidup...amin ya rabal alamin...
No comments:
Post a Comment