Thursday, 6 November 2014

mulberry di kebun comelku

Alhamdulilah kali ni ..Lin dapat menjana pendapatan dr kebun comel ni..tak pernah pula terfikir nak dapatkan hasil dr kebun comel ni..Menanam hanya utk sesuka dan bersenam..Kat kebun ni banyak juga tanaman ..salah satunya MULBERRY...

MULBERRY...kenal ke pokok dan buah Mulberry?Lin ni mula mengenali pokok dan buah Mulberry ni ketika membela arnab..Tujuan utama menanam pokok Mulberry ni adalah untuk memberi arnab2 belaan Lin makan dedaun Mulberry..Jadi kuranglah kos beli makanan arnab..Lagipun Lin nak arnab yg Lin bela seperti ayam kampong...Makan segala tumbuhan hijau..taklah rasa macam ayam Bandar..Tak de cabaran langsung..kunyah2 telan...Kalau arnab yg makan tumbuhan hijau ni..ada liat2 sikit..kan mencabar kekuatan gigi..bagi kekawan atau mak cik2..pak cik2 yg rasa gigi tak berapa nak kuat tu..lebih baik jgn makan arnab yg Lin bela..ada kang kena buat gigi palsu...(he..he..he...tak delah..sesaje jea melawak..)arnab ni yg muda memang tak liat..tp bila dah tua...kenalah rebus mcm ayam kampong...liat sikit...bukan atas factor makanan...tp atas factor usia...eh..dah melalut ke arnab pula...kita sambung balik ke MULBERRY..

PENGENALAN
Aik..baru pnegenalan ke?Tanaman Mulbery ni pada asalnya adalah sebagai makanan istimewa ulat sutera..jika tidak makan daun ni ulat sutera tidak menghasilkan sutera yang baik.Oleh kerana itu..ramai petani menanam pokok ini..Mulberry adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100 m dari permukaan laut.Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeza di tiap Negara seperti murbei atau arbei,di inggeris disebut mulberry dan di china dikenali dengan nama sangye..

KHASIAT MULBERY
  1. AGEN UBATAN BAGI MEMBERI KHASIAT KEPADA YIN DAN DARAH,MEMBERI KEBAIKAN  KEPADA BUAH PINGGANG DAN MERAWAT MASALAH LEMAH,KELETIHAN,ANEMIA, DAN MASALAH RAMBUT BERUBAN..
  2. BOLEH MERAWAT MASALAH KETIDAKBOLEHAN MENGAWAL  KELUARNYA AIR KENCING,PENING DAN MASALAH SEMBELIT BAGI WARGA TUA.
  3. MERANSANG PENGHASILAN CECAIR BADAN..SESUAI UNTUK MEREKA YANG MENGALAMI MULUT KERING DAN LIDAH TERASA PANAS..ELOK JUGA MEREKA  MAKAN BUAH INI BAGI MEMBERI KHASIAT DAN MENAMBAHKAN CECAIR BADAN..
  4. BUAH  MULBERRY NI JUGA SESUAI BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH MATA KERING AKIBAT KELETIHAN BEKERJA...SESUAI MENGAMBIL JUS MULBERI.
  5. BUAH MULBERI MAMPU MEMBANTUMENYEMBUHKAN PENYAKIT KRONIK PADA SALURAN PENCERNAAN,MERANGSANG REMBESAN CECAIR GASTRIK,MENGUATKAN KEBOLEHAN BG MENCERNA DAN MENYERAP,MEMPERBAIKI SELERA MAKAN DAN MEMBUANG KEMBUNG PERUT DAN SEMBELIT...
  6. WANITA YANG MENGALAMI SIMPTOM2  SEPERTI ANEMIA,KEPUCATAN ,SUKAR UNTUK TIDUR DAN JANTUNG BERDEBAR2 DENGAN KERAP TERUTAMANYA SELEPAS MELAHIRKAN BAYI,BOLEHLAH MENGAMBIL JUS MULBERIDENGAN KERAP BAGI MENGURANGKAN  SIMPTOM2 TERSEBUT..JUGA SESUAI UNTUK MEREKA YANG SELALU KEBAS TANGAN DAN KAKI..
  7. DAUN MULBERI YANG DIREBUS SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENCUCI MATA YANG MERAH DAN BENGKAK..
  8. DAUN YANG DIKERINGKAN DAN DI CAMPURKAN DENGAN AIR MENDIDIH ..AIR DARI DAUN TADI BOLEH DIMINUM UNTUK TUJUAN MEMBERSIHKAN TUBUH BADAN,MERANGSANG PELUH,UBAT BATUK,DEMAM PANAS DAN SELSEMA.
  9. DAUN YANG TELAH DIPANASKAN PULA DIKATAKAN BOLEH DISAPU MINYAK DAN DIJADIKAN SEBAGAI UBAT TAMPAL PADA LUKA YANG PARAH..
  10. DAUN YANG DITUMBUK LUMAT BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI UBAT TAMPAL PADA BEKAS GIGITAN ATAU SENGATAN SERANGGA.
  11. JIKA MENGALAMI MASALH TANGAN ATAU KAKI YANG KEBAS,BOLEHLAH MENGAMBIL GETAH DARIPADA DAUN ATAU RANTING MULBERI DAN KEMUDIAN GOSOKKANNYA PADA BAHAGIAN YANG KEBAS
  12. AKAR BOLEH DIREBUS  DAN DIJADIKAN SEBAGAI MINUMAN BAGI MERAWAT ASMA,BATUK,BUSUNG,MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR KECILDAN RADANG.
  13. AIR  REBUSAN KULIT POKOK MULBERI PULA DIKATAKAN BOLEH DIMINUM UNTUK MERAWAT SISTEM PERNAFASAN ,ASMA,BATUK,BRONCHITIS ,BUSUNG,MENYIKIRKAN KAHAK DAN HINGUS,TEKANAN DARAH TNGGI,KEBAS TANGAN ATAU KAKI...
  14. RANTING KERING POKOK MULBERI PULA DIKATAKAN BOLEH DIREBUS DAN DIJADIKAN SEBAGAI MINUMAN BAGI MERAWAT DEMAM PANAS DAN MENGATASI SAKIT..
pokok mulberry ni ..lin tanam kat Tanah lapang..ada 7 batang pokok mulberry..lin selalu pastikan tinggi pokok ni paras2 lin sahaja..ni bagi memudahkan anak2 memunggut buah mulberry...



Buah yang warna hitam ni manis sikit...tapi jangan makan yg dah lembik..sebab buah yang lembik ada ulat..nyum..nyummm...makan bawah pokok yang paling best..sambil berkongsi buah mulberry dengan beburung yang berterbangan..








    Ni sebahagiaan hasil yang dipungut untuk sehari..alhamdulilah kali ni pungutan buah mulberry amat lumayan berbanding sebelum ini..

No comments: