COPY PASTE DR BLOG ORANG LAIN...
UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI....
Punca Berat Badan Tak Mahu TurunMasalah yang sering
timbul ketika melakukan program diet adalah kerana tidak mampu mengawal
‘lapar mata’. Keadaan inilah yang menyebabkan berat badan anda statik
pada jarum penimbang. Walau bagaimanapun, bukan hanya ‘lapar mata’
tetapi ada lagi masalah lain yang menyebabkan berat badan tidak turun.
Ketahui 9 punca berikut:
DIET DENGAN JENIS DARAH•
Diet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana
tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda
perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak
semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang
seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.
BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH•
Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah
sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya
untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah
berbanding jus.
• Selain itu, buah juga hanya mengandungi
karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda
memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa
panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan
mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.
INGIN BERAT BADAN STABIL•
Untuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan
kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat
ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan
diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di
kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing
dengan diet segera.
TIDAK PERNAH KENYANG• Jika
anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih
sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak
seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang
cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.
BADAN TERASA BERAT•
Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam
berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang
melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau
senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan
segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan
ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan
sesuatu.
KAWAL ‘LAPAR MATA’• Anda mempunyai hobi
‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar
mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan
berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat
seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual
makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.
SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK•
Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya,
gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman
berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam
sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.
TIADA MASA UNTUK BERSENAM•
Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh
memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun
naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu,
apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan
untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan
menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.
SASARAN YANG TIDAK LOGIK•
Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik.
Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah
mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan
keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus
secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan
realistik.
Sumber: Rapi
No comments:
Post a Comment