Sunday, 5 October 2014

MOL KANGKUNG

assalamualaikum..
hari ni terlebih rajin..bukan apa..sambil meneman anak dara ni mengulangkaji pelajaran,tu yang ambil laptop sambil menaip apa yang terfikir..sebenarnya "mood" menaip ni pun kena ikut masa gak..tp selalunya..memang malaslah..kekadang takde masa.banyak masa ,banyak masa buat kerja lain.

dlm sebulan dua ni,lin sibuk berkebun.tak caya ke..lin pun tak caya gak kat diri sendiri.tapi ,lin ni sejak setahun ni,,susah sikit nak bersenam.maklumlah cik abang dah berkerja sendiri.kesian pula biarkan cik abg sesorang kat rumah.untuk menggantikan aktiviti bersenam tu,lin buatlah bercucuk tanam.tak lah banyak mana.tapi bolehlah keluarkan peluh ni.lin peruntukan waktu pagi sehingga pukul 10 utk berkebun..lepas tu berkejar pula nak masak..12.20,nak hantar anak gi sekolah pula.kenalah masak awal,anak 2 nak sekolahkan.kena bagi makan dl,baru ada tenaga nak gi sekolah...alhamdulilah lin diberi peluang melihat anak2 membesar didepan mata..dari sebesar tapak tangan..sekarang dah besar panjang..bermacam ragam dan perangai..tp lin tetap bersyukur diatas nikmatnya..terima kasih ALLAH diatas apa yg KAU pinjamkan..

melalut lah pula...sebenrnya lin nak kongsikan cara membuat MOL KANGKUNG

BAHAN
  1.  1 KG KANGKUNG
  2. 1 KG GULA MERAH
  3. PENIMBANG DIGITAL
  4. BEKAS
  5. PISAU
  6. PAPAN PEMOTONG
  7. KAIN PERCA
  8. GETAH
  9. MARKER
CARA2NYA...
MEMULA SEKALI..AMBIL KANGKUNG ,POTONG 4..AMBIL SEKALI AKAR2NYA..
  1. MASUKKAN KANGKUNG DISELANG SELIKAN DENGAN GULA MERAH..PASTIKAN LAPISAN ATAS SEKALI DITUTUPI DENGAN GULA MERAH..
  2. DAH SIAP???BELUM LAGI..KALAU ADA PERCA KAIN WARNA PUTIH,TULIS TARIKH HARI NI DAN TARIKH SEMINGGU LAGI.
                  CONTOHNYA:- T/B ;- 1/1/2014
                                               T/M   7/1/2014

     3. LETAKKAN KAIN KAT ATAS BEKAS DAN IKAT DENGAN GETAH..JGN TUTUP DENGAN PENUTUP BEKAS..TIADA PENGUDARAN UNTUK MOL..NANTI KALAU TUTUP DGN PENUTUP BEKAS DAN KETAT..MOL BOLEH MELETUP..
MOL NI MENGHASILKAN GAS..
    
     4.SELEPAS DAH MATANG..IAINI CUKUP SEMINGGU PEMERAMANNNYA,KITA TAPIS..YG PATI TU SIMPAN KAT BEKAS DAN TUTUP DENGAN PENUTUP..TP PASTIKAN JGN TUTUP DENGAN KETAT.CUKUP SEKADAR DI TUTUP SEDERHANA..
    
     5. HAMPAS KANGKUNG TU,BOLEHLAH LETAK KAT POKOK2 BESAR..SEPERTI POKOK JAMBU,MANGGA,RAMBUTAN DAN SEBAGAINYA.

     6.JIKA NAK GUNAKAN PATI TU,GONCANG DULU,KEMUDIAN AMBIL 5 ML MOL KANGKUNG CAMPUR DENGAN AIR HUJAN 1 LITER.DAH JADI BAJA KITA.


TENTU KEKAWAN SEMUA NAK TAU KEBAIKAN MOL KANGKUNG..MEH BACA SAMPAI HABIS.LIN KONGSIKAN KEBAIKAN MOL KANGKUNG..

   #MOL KANGKUNG MENGANDUNGI GIBBERELLIN ,AUXIN AND CYTOKININ-HORMON PERANGSANG PERTUMBUHAN YANG MEMBANTU TUMBUHAN UNTUK  CEPAT MEMBESAR..





BROWNIES SEHINGGA TAK CUKUP SELOYANG

 
 
assalamualaikum.
 
hari ni hari raya aidiladha..lin tak balik kemana2 pun..sebab cik abang ditugaskan untuk menjaga seekor lembu..kesianlah pula kalau nak ajak balik kg..raya kat sini jealah..ok juga .bukan tahun ni jea raya kat sini.dah selalu dah.hari ni dah hari ahad..selasa dah sekolah.penat badan jea..lin lebih suka balik lama sikit..baru berbaloi ...
 
Oleh kerana hari ni hari raya..menu biasalah..ketupat segera..rending dan sambal kacang..mlm td tambah menu pencuci mulut..brownies..korang tau ke macamana bentuk brownies ni..lin dah dua kali buat brownies ni...oklah bg penggemar coklat..sedap bangat..meh lin kongsikan resepinya..ni pun untuk simpanan anak2..kalau teringin nak makan..jenguklah blog mak ni yea..
 
 
BROWNIES
 
BAHAN A
250 GM  BUTTER - potong kecil2
400 GM COKLAT MASAKAN (JENAMA BERLY'S)- potong kecil2
#CAIRKAN BUTTER DAN COKLAT MENGGUNAKAN  DOUBLE BOILER
BIARKAN SEJUK SEBELUM DIGUNAKAN
 
BAHAN B
90 GM TEPUNG GANDUM                                                     - perlu di ayak bersama serbuk koko
50 GM SERBUK KOKO- LIN GUNA YG TIMBANG JEA
100 GM KEKACANG - PANGGANG DAHULU
 
BAHAN C
5 BIJI TELUR -SAIZ A (Jika tiada saiz A,boleh juga guna saiz lain..asalkan cukup 250 gm)
1 SUDU TEH ESEN VANILA
1 SUDU BESAR COKLAT EMULCO
290 GM GULA PERANG
 
CARA2NYA:-
  1. PUKUL TELUR MENGGUNAKAN WHISK HINGGA GULA PERANG LARUT.
  2. MASUKKAN ESEN VANILA DAN COKLAT EMULCO,KACAU SEHINGGA SEBATI.
  3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN A,KACAU RATA ..
  4. AKHIR SEKALI ,MASUKKAN BAHAN B DENGAN KADAR SEGERA MENGGUNAKAN SPATULA..HANYA BALIK DAN KAUP SAHAJA.
PANASKAN OVEN PADA SUHU 160C..
SAPU LOYANG DENGAN BUTTER DAN ALASKAN DENGAN KERTAS MINYAK.
LIN BAKAR 60 MINIT
 
SELAMAT MENCUBA
RUGI KALAU TAK CUBA..