assalamualaikum.
hari ni hari raya aidiladha..lin tak balik kemana2 pun..sebab cik abang ditugaskan untuk menjaga seekor lembu..kesianlah pula kalau nak ajak balik kg..raya kat sini jealah..ok juga .bukan tahun ni jea raya kat sini.dah selalu dah.hari ni dah hari ahad..selasa dah sekolah.penat badan jea..lin lebih suka balik lama sikit..baru berbaloi ...
Oleh kerana hari ni hari raya..menu biasalah..ketupat segera..rending dan sambal kacang..mlm td tambah menu pencuci mulut..brownies..korang tau ke macamana bentuk brownies ni..lin dah dua kali buat brownies ni...oklah bg penggemar coklat..sedap bangat..meh lin kongsikan resepinya..ni pun untuk simpanan anak2..kalau teringin nak makan..jenguklah blog mak ni yea..
BROWNIES
BAHAN A
250 GM BUTTER - potong kecil2
400 GM COKLAT MASAKAN (JENAMA BERLY'S)- potong kecil2
#CAIRKAN BUTTER DAN COKLAT MENGGUNAKAN DOUBLE BOILER
BIARKAN SEJUK SEBELUM DIGUNAKAN
BAHAN B
90 GM TEPUNG GANDUM - perlu di ayak bersama serbuk koko
50 GM SERBUK KOKO- LIN GUNA YG TIMBANG JEA
100 GM KEKACANG - PANGGANG DAHULU
BAHAN C
5 BIJI TELUR -SAIZ A (Jika tiada saiz A,boleh juga guna saiz lain..asalkan cukup 250 gm)
1 SUDU TEH ESEN VANILA
1 SUDU BESAR COKLAT EMULCO
290 GM GULA PERANG
CARA2NYA:-
- PUKUL TELUR MENGGUNAKAN WHISK HINGGA GULA PERANG LARUT.
- MASUKKAN ESEN VANILA DAN COKLAT EMULCO,KACAU SEHINGGA SEBATI.
- KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN A,KACAU RATA ..
- AKHIR SEKALI ,MASUKKAN BAHAN B DENGAN KADAR SEGERA MENGGUNAKAN SPATULA..HANYA BALIK DAN KAUP SAHAJA.
PANASKAN OVEN PADA SUHU 160C..
SAPU LOYANG DENGAN BUTTER DAN ALASKAN DENGAN KERTAS MINYAK.
LIN BAKAR 60 MINIT
SELAMAT MENCUBA
RUGI KALAU TAK CUBA..
No comments:
Post a Comment