Thursday 25 June 2015

KOLEH KACANG.....

Resepi ni lin ambil dari blog DARI DAPUR KAK YAH...
Lin belum pernah lagi buat kuih ni,tapi amat menggemarinya...Selalu kalau teringin..Lin beli jea kat akak2 yang jual kuih tu...ada baik juga beli kat situ...sebabnya ,tak delah kita asyik nak menghabiskan setalam...

Oleh kerana suka kuih ni,Lin kongsikan resepinya disini...senang nanti bila terasa dan terajin nak buat..Lin buka jea blog Lin ni...senang kan...Ni pun untuk rujukan anak2 lin juga...



KOLEH KACANG

Bahannya
A
200gm kacang hijau yang telah digoreng(tanpa minyak) dan diblender halus

B
4 keping gula melaka(350gm)
850ml air
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan
Dimasak di atas api hingga gula melaka hancur dan mendidih.
Sejukkan

C
550ml santan
Sedikit garam

D
1 1/2 cawan santan
Dimasak api perlahan sehingga menjadi tahi minyak(selalu mengacau dan apabila sudah berketul dikacau lagi dan pastikan ketulan menjadi hancur dan bewarna keperangan..pastikan jangan menjadi hitam(pahit)
Tapis  dan simpan 2 sudu besar minyaknya untuk dicampur dalam adunan untuk dikacau.

Campur bahan A, B dan C.
Kacau sebati dan masukkan dalam kuali yang telah kita letak 2 sudu besar minyak kelapa tadi.
Guna api sederhana dan dikacau sehingga pekat.(hampir setengah jam)
Masukkan dalam loyang 8X8 inci yang telah disapu dengan minyak kelapa tadi.
Tabur tahi minyak di atasnya.  Sejukkan dan adunan mengeras.
Boleh dipotong.

No comments: