Sunday, 20 May 2018

Iftar 1/2018

RESEPI PAPRIK SOTONG SIMPLE GILA (Resepi dari Chef Restoran Siam)

serius terliur

Bahan-bahan utama:
Sotong
Carrot
Putik jagung
Kacang panjang
Daun limau purut
Cili merah

Bahan Tumis:
Bawang putih
Cili api
Cili kisar
Serai
.
Sos cili
Sos tiram
Sedikit gula
Garam(jika perlu)  x letak pun, sebab dah masin dari sos tiram

Sunday, 13 May 2018

Cili api

Cili padi atau juga dikenali sebagai cili burung ialah sejenis cili jenis pokok renek, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau ketika mudah dan berubah menjadi warna merah sesudah matang. Cili padi juga mempunyai rasa pedas yang agak kuat dan sesuai dicampurkan dalam sambal belacan.

Tanomkinotuan menanam cili ini atas keperluan dapur. Keluarga tanomkinotuan suka memakan cili padi tetapi tidaklah keterlaluan. Makan secara sederhana sebagai pembuka selera. 

KEPERLUAN

Cili padi suka pada cahaya matahari yang banyak malah pokok ini sesuai tumbuh pada cuaca di negara kita. Banyak variati cili padi yang tumbuh secara semula jadi di kawasan semak atau hutan kecil yang disebabkan penyebaran biji oleh burung melalui tahinya. Di mana-mana pun kita boleh melihat pokok dan buah cili padi kerana permintaannya sangat tinggi di pasaran. Pada tahun lepas di tempat tanomkinotuan cili padi boleh mencecah harga RM35.00 ringgit sekilogram hinggakan harga cili padi dalam lingkungan RM2.00 boleh dibilang dengan jari.

Pokok cili padi sangat mudah tumbuh pada tanah yang kaya dengan humus. Tanah lembab dan tidak kering serta baja. Cili padi tidak memerlukan baja yang banyak. Ambil benih cili padi yang dibeli dari kedai dan keringkan, semai cili padi terus pada tanah atau semai pada pasu terlebih dahulu. Jika anda semai dalam pasu, anak benih pokok cili boleh dipindahkan setelah usianya mencecah 2 minggu atau 3 minggu. Selepas ditanam jangan lupa siram dan elok diteduhkan dengan teduhan net hitam atau apa-apa jenis teduhan yang bersesuaian. 

TANAM DALAM PASU

Sebenarnya cili padi sesuai ditanam dalam pasu, pilih pasu atau kontena bersaiz 18 inci ke atas bagi memberi ruang akarnya bebas untuk bergerak. Perlu dimaklumkan disini bahawa jika menanam cili padi dalam pasu harus dibubuh baja sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Jika menggunakan baja kimia guna satu sudu kecil dan tabur disekeliling pokok. Harus diingat jangan terkena pada batang pokok kerana ia akan melecur. Tanah dalam pasu juga harus digembur selalu agar pengudaraan di dalam tanah adalah baik. Hati-hati jangan merosakkan akar takut pokok cili padi anda akan mati.

PENYAKIT

Namun begitu, pokok cili padi mudah diserang penyakit seperti apid putih yang menyerang belakang daun sehinggakan daun-daun seolah-oleh berwarna putih menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan tidak subur. Kadang-kadang pucuk cili layu dan mati. Ini disebabkan oleh ulat mengorek lubang. Apid putih boleh dimusnahkan dengan racun serangga organik yang diperbuat daripada sabun pencuci, minyak masak dan air. Sembur pada terkena jangkitan dan lakukan semburan hingga apid hilang. Pucuk daun layu pula petik dan musnahkan. Tunas baru akan muncul kemudian.

TUAI

Cili padi sudah boleh dituai selepas satu bulan hingga dua bulan dengan memetik buah matang yang berwarna merah. Selagi pokok cili menghasilkan bunga selagi itu anda boleh tuai hasilnya. Cili padi sangat versatile sebagai makanan. Ini kerana rasa pedas pada makanan mampu memberikan selera lebih besar dan bertambah. Jadi apa tunggu lagi, cari benih cili padi dan semai. Anda boleh mendapat hasil dalam tempoh satu bulan setengah mengikut variasi cili.