Friday, 19 December 2014

BUKIT TINGGI.....KAMI DATANG....

selepas balik dr kuantan..kami singgah di bukit tinggi..kekonon nak bermalam di sana..tp bila tengok harga hotel..terus tak jadi..sampai kat sana pun dah petang..ambil jealah gambar bangunan yang ala2 OVER THE SEA  tu..best jugalah...lin dah gi sini kali kedua...tak berapa suka sangat  gi sini...sebab ada bangunan2 tu jea...biasa2 jealah...jom tengok gambar yg lin ambil masa kat sana...


 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 
 

 
 
 

 
 












kem super insan...( 30 november 2014 - 6 disember 2014)

cuti sekolah kali ni hantar hakim kat dua kem ni...kem tahfiz dengan kem super insan...

dari yang hakim bgtau...dia suka kedua2 kem ni..memang berbeza dengan kem yang pernah dia pergi dedulu..

kem super insan ni ramai pelajar2 yang sekolah menengah...maklumlah ada aktiviti lasak...ada paintball..memanah...main bukan sesaje main jea..ada pembelajaran didalamnya..

jom layan gambar hakim kat sana...gambar tak banyak ...tp bolehlah sebagai kenangan....



 
 



 
 
 















Wednesday, 3 December 2014

APA AKTIVITI CUTI SEKOLAH KALI NI???

APALAH AKTIVITI YANG BERMANFAAT UNTUK ANAK2 KITA NI...??

BAGI IBU BAPA YANG BEKERJA..LGLAH RISAU..ANAK2 DUDUK RUMAH SORANG2 JEAKAN???BAGI IBU2 YANG JADI SURIRUMAH..MESTI PENING ANAK2 YANG ASYIK BERGADUH JEA...SIANG MALAM ASYIK BERTEKAK..

TAHUN NI,LIN PILIH MENGHANTAR HAKIM KE KEM TAHFIZ DAN KEM SUPER INSAN ANJURAN DR AZIZAN..

JOM KITA TGK GAMBAR HAKIM KAT SANA...
KEM TAHFIZ (21 NOVEMBER 2014 - 29 NOVEMBER 2014)























Monday, 1 December 2014

UPSR...UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH

26 NOVEMBER 2014

KEPUTUSAN UPSR DI UMUMKAN..ADA YANG MENERIMA DENGAN HATI YANG RIANG GEMBIRA ..ADA JUGA YANG KECEWA...

25 TAHUN DULU...LIN SALAH SEORANG YANG MELOMPAT KEGEMBIRAAN...PERGI AMBIL KEPUTUSAN DENGAN MAK..ABAH SIBUK BUAT RUMAH BARU UNTUK KAMI...DAPAT JEA,TERUS AJAK MAK GI BALIK..TUNJUK KAT ABAH..BESTNYA MASA TU...

SEBENARNYA LIN NAK CITE LAIN...BUKAN PASAL LIN...TAPI PASAL REZEKI..
KEKADANG KITA LIHAT...PELAJAR TU..SETIAP KALI PERIKSA ..MESTI LEH "SCORE" PUNYA...5A JEA..TP BILA PERIKSA BETUL..TAK DAPAT..MESTI HAMPA KAN..

ITULAH DINAMAKAN REZEKI...ADA PELAJAR YANG MEMANG TAK PERNAH MERASA 5A...TP BILA DIUMUMKAN PADA HARI TU..DIALAH SALAH SEORANG YANG DAPAT 5A..MESTI BERSYUKUR TAK TERKATA..

SEMUA TU,ALLAH DAH TENTUKAN..

UPSR BUKAN PENAMAT SEGALA2NYA...USAHA ...DOA...TAWAKAL...

TAHUN NI..ANAK LIN TIADA YANG MENGAMBIL UPSR...ANAK KEKAWAN DAN ANAK SEDARA ADALAH...ADA YANG DAPAT 5A,2A 2B 1C,1A 3B 1C,1A 2B 2C PUN ADA..SEMUALAH ADA...

ADIK2 JANGAN SEDIH...USAHA LAGI UNTUK PEPERIKSAAN TINGKATAN 3(pt3)

JANGAN SEDIH...TU SEMUA UJIAN..ALLAH KAN SAYANG KITA..

BANGKIT DAN BELAJAR LEBIH KUAT LAGI UNTUK PT3...ADIK BUAT ADIK DAPAT..


 
 
 

 
 
 

 
 

Saturday, 22 November 2014

HARI TERAKHIR SEKOLAH BAGI SESI 2014....21/11/2014

YAHOOOOOOOOO....ESOK HARI TERAKHIR SEKOLAH....
APA TARIKH ESOK YEA???SIAPA TAU...HE..HE...ESOK 21 NOVEMBER 2014...BERSAMAAN HARI JUMAAT..

BESTNYA ESOK DAH AKHIR SEKOLAH..TP ESOK LIN DAH MULA CUTI..NAPE LIN CUTI AWAL???ESOK LIN KENA AMBIL KHAIRIAH...SEBELUM TU KENA JUMPA CIKGU2 SETIAP MATAPELAJARAN..APA LAGI..NAK AMBIL KAD KEMAJUAN TINGKATAN 4..DAPAT BERAPALAH KHAIRIAH KALI NI..KEPUTUSAN PERTENGAHAN TAHUN TEMPOHARI..BOLEHLAH ..APA YANG DIA USAHAKAN..TU YANG DIA DAPAT..SEMOGA KEPUTUSAN KALI NI BOLEH DIBANGGAKAN ..WALAUPUN DIMATA ORANG LAIN BIASA2 JEA...TP DIMATA LIN..ALHAMDULILAH...

SEKEJAP JEA DAH HABIS TINGKATAN 4...TAHUN DEPAN TINGKATAN 5...SEKEJAP JEA DAH NAK HABIS SEKOLAH...LEPAS TU MASUK UNIVERSITI...LEPAS TU KERJA...LEPAS TU KAHWIN...ADOI...MACAM BARU JEA SEMALAM MELAHIRKAN KHAIRIAH...

KALI NI HAKIM DAN IZZUDDIN PUN KENA IKUT SEKALI...TAKLEH DOK RUMH BERDUA...NANTI ADA JEA PROJEK MERAYAP YANG DEPA BUAT..BIAR IKUT JEA KE MANA KAMI PERGI..

MINGGU LEPAS LIN DAH PERGI TENGOK KHAIRIAH...AMBIL SIKIT2 BARANGNYA..JOM LAYAN GAMBAR MINGGU LEPAS...


Ni jea yang sempat di ambil...aalmaklumlah dua org hero ni tak reti dok diam



KOMPOS...



KOMPOS

APA TU KOMPOS???APA KEGUNAANNYA UNTUK PARA PEKEBUN??
LIN DULU SELALU BERANGAN NAK BUAT BAJA KOMPOS...YEALAH SELALU GAK GI SEKODENG BLOG KEKAWAN PEKEBUN..SELALU DEPA BUAT BAJA KOMPOS...TAPI MACAMANA NAK BUAT KAN?? NAMPAK MACAM SENANG TAPI SELAGI BELUM BUAT ..MANA TAU SENANG KE SUSAH...JADI SUATU HARI..LIN TELAH MENCABAR DIRI NI UNTUK MEMBUAT BAJA KOMPOS..TAPI BAJA NI LUM JADI SEPENUHNYA...BARU DIPERAM SEBULAN..IKUT KATA KEKAWAN PEKEBUN..KENA PERAM 3 BULAN..LAMANYA???BIASALAH..CERITA PUNYA CERITA..KITA TAK TAU PUN APA TU BAJA KOMPOS...MEH KITA SESAMA BELAJAR DAN BUAT BAJA KOMPOS SENDIRI...MUDAH JEA..MUDAH..JANGAN TAK PERCAYA PULA...PEJAM MATA DAH SIAP..HE..HE..HE..JOM..JOM..KITA AMBIL TAHU DULU APA ITU KOMPOS...

KOMPOS IALAH BAHAN ORGANIK YANG TELAH TERURAI DAN DIKITAR SEMULA SEBAGAI BAJA ..KOMPOS ADALAH BAHAN UTAMA DALAM PERTANIAN ORGANIK..ASASNYA ,PENGKOMPOSAN MEMERLUKAN HANYA TIMBUNAN BUANGAN DIKAWASAN LUAR DAN BUANGAN DARI DAPUR..

PROSES PENGKOMPOSAN DIBANTU DENGAN BAHAN TUMBUHAN SIAT,MENAMBAH AIR DAN MEMASTIKAN PENGUDARAAN YANG SEMPURNA DENGAN MENGGEMBUR CAMPURAN SECARA BERKALA.

CACING DAN KULAT MENGURAIKAN BAHAN DENGAN LEBIH LANJUT .BAKTERIA AEROBIK MENJALANKAN PROSES KIMIA DENGAN MENUKAR INPUT KEPADA HABA,KARBON DIOKSIDA DAN AMONIUM.AMONIUM KEMUDIAN DIUBAH LEBIH LANJUT OLEH BEKTERIA SEBAGAI ZAT TUMBUHAN,NITRITE DAN NITRATE MELALUI PROSES NITRIFIKASI.

KOMPOS KAYA DENGAN NUTRIEN.IA DIGUNAKAN DI KEBUN ,TAMAN,HORTIKULTUR DAN PERTANIAN.KOMPOS ITU SENDIRI BAIK BAGI TANAH DALAM PELBAGAI CARA,TERMASUK SEBAGAI PINDAH TANAH,BAJA,TAMBAHAN HUMUSATAU ASID HUMIK DAN SEBAGAI RACUN SERANGGA SEMULA JADI BAGI TANAH.

DAH TAUKAN APA ITU BAJA KOMPOS....LEPAS NI LIN NAK TUNJUKKAN PULA CARA2 UNTUK MEMBUAT BAJA KOMPOS DARI DAPUR KITA SENDIRI...DARI KITA BUAT SENDIRI BAJA KOMPOS..KITA BOLEH MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR...TADI CITE PASAL BAJA..NI CITE PASAL ALAM SEKITAR PULA..MACAM NI ..KITA LEH SELAMATKAN ALAM SEKITAR DARI MEMBUANG PELBAGAI SAMPAH KE LORI SAMPAH...KAN BAGUS SAMPAH DARI DAPUR TU KITA BUAT BAJA KOMPOS...DAH2..JOM TENGOK APA YANG BOLEH DI BUAT KOMPOS DAN YANG TIDAK BOLEH DIKOMPOSKAN....LAYANNNNNNNN..

BAGAIMANAKAH LANGKAH2 MEMBUAT KOMPOS...?

BANYAK CARA DAN LANGKAH UNTUK MEMBUAT KOMPOS DARI RUMAH..IKUT KREATIVITI KALIAN..NAK IKUT CARA LIN PUN BOLEH...TAPI YANG LIN BUAT NI BUKANLAH YANG TERBAIK...
  • SEBALDI KECIL SISA BUANGAN DAPUR(KULIT TIMUN,KULIT BUAH MANGGA,KULIT KENTANG,NASI BASI,SAYUR2AN YANG LEBIH,UNCANG TEH YANG TELAH DIGUNAKAN DAN SERDAK KOPI.)
  • SATU BALDI RUMPUT KERING ATAU RUMPUT YANG BARU DIMESIN ATAU PUN DAUN PISANG YANG DIPOTONG2 KECIL ...TAK BOLEH GUNAKAN RUMPUT YANG DIRACUN YEA..
  • SEBALDI TINJA TERNAKAN (AYAM,ARNAB,LEMBU,KUDA ,KAMBING)
  • 1/2 BALDI ABU (DARI KAYU ATAU DAUN KERING)
  • 1/2 BALDI DAUN KETAPANG YANG DIPOTONG2 KECIL
  • SEDIKIT HAMPAS MOL IKAN
  • GULA PERANG
  • YIS ROTI
  • BAHAN2 YANG DIFIKIRKAN SESUAI UNTUK DIKOMPOSKAN
PERINGATAN:JANGAN GUNA BAHAN YANG BERASASKAN BINATANG SAMA ADA LEBIHAN DAGING DI DAPUR ATAU HAIWAN MATI.
JANGAN GUNA SEBARANG LEMAK..SEPERTI LEMAK HAIWAN,MINYAK,LEBIHAN SANTAN
JANGAN GUNA BAHAN2 LOGAM.

CARA PRAKTIKAL MEMBUAT KOMPOS IALAH MEMBUAT SELAPIS DEMI SELAPIS SEPERTI MEMBUAT KEK LAPIS...
  1. SEDIAKAN TONG ATAU TEMPAT ATAU KAWASAN YANG SESUAI..(LIN GUNAKAN TONG SAMPAH YANG DAH BOCOR..JIMAT KOS)
  2. LETAKKAN DAUN KERING DAN RUMPUT HIJAU DIDALAM TONG TADI.JANGAN HABISKANNYA.
  3. KEMUDIAN ,LAPISKAN IA DENGAN SISA BUANGAN DAPUR SEDIKIT2..HINGGA MENUTUPI LAPISAN PERTAMA
  4. KEMUDIAN,LETAKKAN TINJA BINATANG.
  5. SETERUSNYA,LETAKKAN MOL IKAN.
  6. SETELAH ITU,LETAK ABU DAN TANAH.
  7. TABUR GULA PERANG
  8. ULANG LANGKAH 1- 7 HINGGA SELESAI.
  9. AKHIR SEKALI,TABUR YIS ROTI DIPERMUKAAN ATAS.
  10. BAGI YANG MENGGUNAKAN TONG..BOLEHLAH TUTUP DENGAN PENUTUPNYA.BAGI YANG BUAT DITANAH LAPANG,KENALAH TUTUP DENGAN KANVAS ATAU SEUMPAMANYA AGAR TIDAK DIGANGGU OLEH BINATANG SEPERTI ANJING ATAU AYAM.
  11. BOLEHLAH DIBALIK2KAN SEMINGGU SEKALI..PERAM SELAMA 3 BULAN

Daun ketapang yang ddi racik2. .


Sisa buangan daripada dapur (timun, bawang dan kulit bawang, sayur2 yg layu)



Hampas dari mol Ikan


nasi semalam



#############################################$#####$#############

A


1.masukkan tanah sikit dulu...


2.kemudian masukkan daun ketapang


3.masuk sedikit sisa buangan dari dapur


4.masukkan pula racikan daun pisang


5. Masukan hampas dari mol IKan

6.ulang cara dari no.1-no.5...ulang sampai habis..


 7.akhir sekali letak gula perang...tanah hitam dan ditutup dengan yis...








SELAMAT MENCUBA







MAHA 2014

22/11/2014

MAHA...setiap kali adanya maha...pasti lin sekeluarga akan ke serdang...Best tau gi sini...tapi tahun ni..tak berapa teruja bila gi ke sana..tak taulah nape...rasa macam bosan jea...mungkin mood dah rosak kerana kehadiran PM...kebetulan kali ni kami pergi..ada pula pembukaan maha...adoi...masa tulah kaum kerabat menteri pun sibuk menjengah..lain kali kalau ada...lin akan pangkah hari pertama pembukaan..bosan...nape bosan?bagus soalan yang korang Tanya tu...lebih kurang sejam kami terpaksa melopong kat luar dewan A kot..sebabnya masa kami nak masuk ke dewan tu para menteri pun sibuk melawat pameran kat dalam tu...gerammmmmmm..anak2 pun dah sibuk merengek..terutama si bongsu yang manja lagi comel tu..sapa lagi kalau tak izzuddin...lin pun dah lenguh gak menunggu...ajak cik abg balik jea..hilang mood nak menjelajah sepelusuk maha..

MAHA,kali ni adalah maha yang selamatkan duit lin..he..he..he...mana tak selamat...lin dapat sambar rock melon jea...tu pun sebab teringin nak makan..macam mengidam jea..sekg rock melon tu rm4...timbang nak dekat 2 kg...yang paling best...manis betul rock melon kali ni...sedap...rugi tak beli 2/3 biji...bijinya lin nak buat benih...nak cuba tanam kat depan..bestnya jika Allah izinkan menjadi...

Tu lah serba sedikit pasal MAHA 2014...

LAYAN GAMBOR PULA...


















Bagi yang tak pernah gi Maha...lehlah gi sana...pameran bermula 20/11-30/11






Thursday, 20 November 2014

GINSENG JAWA DI KEBUN COMELKU....

GINSENG JAWA....

Jawa pun ada ginseng jawa...Lin tak taulah jawa pun ada ginseng..tapi tulah nama pokok ni..jom kita sesama tambah ilmu ...hari ni kita belajar pasal pokok ginseng jawa..

NAMA TEMPATAN :  AKAR GINSENG JAWA

NAMA SAINTIFIK :  TALINUM PANICULATUM GAERTN

NAMA LAIN : akar som jawa, akar som, akar sonsang ,akar ginseng,ulam ginseng,som jawa,kelesom ( taalinum triangulare wild),turen shen,panicled fameflower root (inggeris) ,talini paniculati radix.

FAMILI  :  PORTULACACEAE

ASAL :  AMERIKA TROPIKA

KETERANGAN :

AKAR GINSENG YANG ASALNYA TUMBUHAN LIAR KINI MULA DITANAM DI HALAMAN RUMAH SEBAGAI TUMBUHAN HIASAN DAN TUMBUHAN ULAM YANG MEMPUNYAI KHASIAT PERUBATAN.

KEGUNAAN :

MENGIKUT KAJIAN SAINTIFIKKANDUNGAN KIMIA DAN MORFOLOGI TUMBUHAN INI MENYAMAI GINSENG KOREA DAN CINA.

DAUNNYA YANG DIJADIKAN ULAM DAPAT MENAMBAHKAN SELERA MAKAN DAN MENINGKATKAN KECERDASAN BADAN.

IA JUGA DAPAT MENAMBAHKAN AIR SUSU BAGI IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN ANAK.

AKARNYA PULA DAPAT MEREDAKAN MASALAH BATUK DAN MASALAH PARU2  YANG LAINSEPERTI ASMA.

DAUNNYA YANG DITUMBUK HALUS  DNA DICAMPURKAN DENGAN SEDIKIT GULA MERAH BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT BISUL DENGAN CARA MENAMPALNYA PADA BISUL TERSEBUT..

MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA TERUTAMANYA DI KELANTAN MENJADIKAN AKAR GINSENG SEBAGAI ULAM MENTAH.

KAUM CINA JUGA MEMANFAATKAN TUMBUHAN INI DENGAN MENGGORENGKAN  SEBAGAI SAYUR.










Friday, 14 November 2014

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA....kat mana tu???

 
 
kawan apa erti sayang
 
jika hati tak senang
 
kawan apa erti kasih
 
jika kau tersalah pilih
 
kau pandai bercerita
 
surat panjang berjela
 
kita tak pernah bersua
 
aku tak suka bercinta
 
apakah erti nya ini
 
mengganggu akal dan hati
 
lupakan sahaja lupakan diriku
 
kita dibangku sekolah lagi( lagu ni memang tak berapa sesuai dengan persahabatan kami..tapi lin suka dengar lagu ni dedulu)
 
 
Kawan yang sejati susah dijumpai..bila dah berpisah...dah hilang di mata..barulah kita tau..bertapa baiknya kawan kita tu...

semalam..13/11/2014...lin di gerakkan hati untuk lihat inbox..bahagian others...terperanjatnya..ada 300 lebih message yang dalam tu tak terbaca...nak dijadikan cerita...dlm banyak2 tu..ada dua dari kenalan lama...satu dr kenalan masa kerja kat SMS Tours & Travel agensi...satu lagi dari kenalan kat sekolah rendah pengkalan tentera kuantan Pahang...Terkejut lin...Ya Allah patutlah mata ni asyik gerak2 jea..rerupa nak tgk org jauh...walaupun dapat tgk dari fb jea...huaaaaaaa.

bermula dari situlah lin dapat berhubung dengan kawan rapat masa sekolah rendah dulu...rindunya kat kawan lin ni...lama dah mencari..tapi tak jumpa..nama kawan lin ni FATHYLA BINTI MANSOR...Lin dulu anak askar..jadi kami duduk kat berek askar...rumah kami jenis berkembar dua...best sesangat dok kat dalam kem ni...rasa macam selamat jea...ingat lin...lin sekolah kat kem tu 3 /2 tahun jea...banyak masa kecil lin duduk kat Sabah...kat kem juga...namanya..Kem Lok Kawi...kawasan rumah lin memang tempat laluan orang nak ke kedai...lin berkawan baik dengan fathyla ni...lin panggil dia DILLAH..Kita orang ni kira nakal juga lah...nakal kanak2...tak kira pagi..petang..mesti asyik merempit dengan basikal...puas berbasikal..kami main masak2 pula...kami tak mainlah masak 2 gitu jea...kami siap menumbuk lagi...macam tumbuk sambal belacan tu...masak guna api ..periuk nya guna tin milo..sedap tau bau masakan kami...adik2 kami pun tergoda bila terbau...tapi awas..ni hanya untuk dibau sahaja...tak leh makan..cium dan tengok sahaja..

Dillah kelas  pandai...lin kurang sikit..lin kelas nombor 2..tp kami tak pernah ambil perbezaan tu untuk berkawan..Dillah ni comel jea...selalu rambutnya di ikat dua...macam ekor kuda tu...Dillah ada taik lalat gak...samalah kita...tp yang tu..lin menang lagi..sebab lalat banyak berak kat lin...ha..ha..ha..

Dua hari ni..senyum lin sampai ke telinga...Ya Allah ..macam terjumpa pak we lama pula...syukur sesangat..sebab sebelum mata lin tertutup..lin dapat jumpa kawan baik lin..dari dia lah lin belajar erti KAWAN...

Walaupun kami dapat berkawan 2 tahun sahaja..tapi kenangan yang kami bina bersama amat bermakna..alhamdulilah..kami tak pernah bergaduh...bermasam muka...sentiasa gembira sahaja..ke hulu ke hilir bersama..dah macam kembar..

lin pernah kena rotan dengan abah lin...sebab main tak ingat rumah..bayangkan main dari pagi...celek jea mata..terus gi main..mana abah yang tak marah..anak pompuannya asyik main jea..mengalahkan lelaki...lin bukan gi mana pun...gi rumah Dillah jea..hari tu,tengahari baru lin balik...sampai jea..mulalah soal jawab dengan abah..abah pun rotan lin...huaaaaaaa....nangis..alhamdulilah atok lin ada..atok datang melawat kami sekeluarga...atok tolong lin..damaikan abah...apa lagi..lin terus lari..nyorok kat bawah katil..nangis ...nangis dan nangis....sampai lah tertidur....rerupanya masa lin tidur tu..satu rumah cari lin...tak tau sapa yang perasan lin kat bawah katil...lin tidur tanpa makan tengahari...

bestnya jadi kanak2..boleh buat semua benda...panjat pokok bukan tak pernah panjat...lagilah sebelah rumah lin tu ada pokok gajus...mulut ni selalu sangat melecuh...terkena getah buah gajus...bila ingat buah gajus..terasa nak tanam pula...mesti kami raya sakan bila pokok gajus ni berbuah...

jom layan gambar masa kami kecil2 dulu...maaf gambar tak berapa nak jelas..almaklumlah..gambar ni dah berusia 25 tahun....lama ke tak lamanya kami tak jumpa...dari sorang...dah berkeluarga...dari badan sekeping...sekarang dah berganda2 kepingnya...huaaaaaaaaaaaaaaaa...


1989 kelas 6 delima



1988 kelas 5 delima
 


1987 kelas 4 berlian(kelas dillah)



gambar buku latihan kami dulu..sumber dr fb group sekolah kami



Nampak tu nama sekolah kami..

 
 
 
Nampak yang ikat dua tu...tu lah dillah...comelkan kawan lin..tu dulu..meh tgk gambar sekarang..lagi comel..




nilah FATHYLA....kawan bermain lin dulu...main sampai Lebam...cantikkan...tengoklah kawan sapa...