Sunday 25 October 2015

zumba senaman yang kusukai.

Hampir 3 tahun Lin berhenti beraerobik...Bukan tak mau pergi..tapi kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan..terpaksa lah ku lupakan senaman tersebut...
Setelah 3 tahun tak bersenam..makan tidur..makan tidur...badan dah mulai naik...sakit hati bila orang yang kita sayang dah mula mengatakan berkenaan badan kita...sakit hati tau...kata gemuk lah...berisilah...adoi...mula bulan April 2015..Lin tanamkan azam untuk kurus..nak cantik utk diri sendiri...siapa yang tak mau cantik...bermula pada bulan tu Lin gi kelas aerobic...tp kali ni ,..kelas aerobic dah tukar kelas zumba..best juga kelas zumba ni...boleh release tension...rasa lemak byk lg..kita buatlah betul2..barulah ada kesan kat badan kita...ok...sebelim lin cerita lebih lanjut lagi...jom kita baca petikan tentang senaman zumba...


PADA masa ini Zumba semakin menarik minat masyarakat setempat dalam menyumbang kepada kesihatan dan kehidupan yang sihat. Zumba sebagai salah satu jenis pergerakan senaman yang mampu membuatkan pengamalnya mengeluarkan berasa segar dan sihat. Zumba mempunyai ciri langkah serta tindakan seakan tarian yang diiringi dengan muzik hasil gabungan antara elemen tarian dan juga gerak senam ataupun aerobik yang membuatkan zumba sebagai senaman yang unik untuk kesihatan. Jika disebut senaman, ia adalah bentuk pergerakan badan yang memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai salah satu senaman rutin yang paling mudah serta menyumbang banyak kebaikan untuk kesihatan pengamalnya.

 Dan kini mula digemari oleh penggemar aerobik.
Zumba dicipta oleh Alberto Perez, seorang penari dan guru tari dari Colombia pada sekitar tahun 1990-an. Ianya mempunyai gerak tari yang dapat dijadikan sebagai senaman seperti tarian hip-hop, samba, salsa, mambo, gerak seni pertahanan diri, tarian India atau Bollywood dan juga tarian Arab atau lebih dikenali sebagai Belly dancing dan lebih kepada bentuk tarian kontemporari moden yang boleh dilakukan dengan santai. Jika diimbas sejarah terciptanya Zumba ia adalah satu sejarah yang ringkas sahaja apabila Alberto Perez, pengasas tarian senamrobik Zumba ini, yang dengan tidak sengaja terlupa menyediakan pita rakaman muzik untuk latihan aerobic kepada muridnya kerana kesuntukkan masa, lalu dieksploitasikan dengan pelbagai adunan muzik dengan pergerakkan lincah dalam kelas senamrobik tersebut.


TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman bersama orang ramai yang hadir melalukan "zumba" sempena majlis amal "Charity for Nancy" bagi mengutip dana untuk bekas atlet negara Nancy Tea Ai Seng. TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman bersama orang ramai yang hadir melalukan "zumba" sempena majlis amal "Charity for Nancy" bagi mengutip dana untuk bekas atlet negara Nancy Tea Ai Seng.
 
 
Ekoran dari itu, Zumba yang menghimpunkan pelbagai genre muzik dan variasi rentak lagu digabungkan dengan tarian yang tertentu di antara kombinasi rentak lagu dan tarian yang mampu melahirkan pergerakkan senaman yang cukup efektif untuk membina otot yang kuat malahan kesihatan yang baik dan mampu merangsang individu kepada kehidupan yang lebih ceria. Berbanding kelas senamrobik yang lain, Zumba lebih segar dalam membawa keseronokan dan keceriaan dan mudah dipelajari oleh sesiapa saja yang mampu mengeluarkan peluh dan sesuai untuk semua golongan masyarakat yang bukan saja sekadar menggerakkan badan mengikut gerak langkah tertentu malahan ia mampu mengurangi tekanan yang kita alami kerana kita boleh merasa seronok melakukan gerak tari sambil menikmati muzik yang membuatkan kita rasa gembira dan senang melakukannya.


Ini kerana zumba direka khas dengan gerak tari atau koreografi yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina kerana ia boleh menghilangkan tekanan dengan cara yang amat menggembirakan dan santai tanpa berasa terpaksa melakukannya.

Ramai yang berpendapat, Zumba merupakan salah satu senaman ringan yang baik untuk mengekalkan kesihatan bagi mereka yang sentiasa sibuk untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan mental kerana ia mampu membantu bagi yang mengalami masalah berat badan kerana didalam pergerakkan zumba, memerlukan kita untuk mengerakkan keseluruhan anggota badaan kerana itu seseorang yang kerap melakukan pergerakkan senaman zumba, ia akan mendatangkan kebaikan yang membabitkan pergerakkan banyak anggota badan seperti menggalakkan gerakan seluruh anggota badan individu yang melakukannya dengan pengalaman memanaskan badan dalam pergerakkan serta pembakaran lemak dalam badan seseorang sehingga 5,000 kalori dalam masa 45 minit.


zumba01


Selaras dengan pelbagai genre muzik yang mengiringi pergerakkan zumba yang membabitkan banyak anggota badan yang mendatangkan kebaikan kepada sesiapa saja yang melakukannya, penggunaan muzik sebagai latar belakang kepada pergerakan dan koreografi dalam adalah sangat penting bagi gerakan zumba kerana dengan adanya muzik yang pelbagai adalah sebenarnya yang menimbulkan gerakan seluruh anggota badan dengan gerakan yang khusus dan teknik tertentu bergantung kepada koreografi.


Selain daripada itu, Zumba yang menyasarkan bahagian kaki, tangan dan abdomen dapat menguatkan otot, melalui pergerakkan senaman yang menggabungkan pengamatan, pendengaran dan otot yang mengawal keseluruhan anggota badan individu yang sentiasa ingin menikmati cara hidup yang sihat dan ceria kerana zumba adalah jawapan yang tepat kerana Zumba dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik terhadap penafasan, otot dan yang paling penting kepada kehidupan yang lebih ceria.


Sejajar dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang inginkan rakyat dan masyarakat di negara ini menjalani kehidupan dan kesihatan yang sihat, zumba boleh dijadikan sebagai satu pilihan riadah yang menarik kerana kita boleh melakukannya bersama keluarga memandangkan ianya sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur dalam suasana yang ceria di negara ini, Zumba sudah mula dikenali dan menjadi pilihan masyarakat dalam mengamalkan kesihatan yang lebih baik dan kearah kehidupan yang sihat. Sudah banyak yang menganjurkan program kesihatan Zumba bagi menggalakkan masyarakat untuk memilih cara hidup yang sihat.
                                                           

No comments: