Sunday 17 May 2015

senaman tabata....bukan tabita yea....tabita tu kosmetik...

Bebaru ni Lin ada belajar senaman baru ...best juga buatnya...tapi ada penat sikit..ni lebih bagus dari aerobic..sebab pembakaran kalori lebih banyak terbakar...tak perlukan muzik..dan tak perlu nak senam ikut rentak muzik...pilih senaman yang kita suka..nak tahu lagi keaikan senaman ni..jom baca sampai habis...sebelum ni lin ada beri kan video senaman yang boleh kekawan ikuti..selamat bersenam...sayangi diri anda..kita yang tentukan bentuk tubuh badan kita ketika kita tua nanti...tepuk dada..Tanya fikiran..nak gemuk..atau nak kurus...



Senaman Tabata merupakan senaman HIIT yang lebih advance. Senaman ini melibatkan 4 minit senaman tinggi intensiti.Senaman ini melibatkan perlbagai variasi senaman yang tidak terhad. Dan ia lebih memberi kesan apabila anda melakukan senaman yang melibatkan seluruh otot-otot badan yang besar. Jenis latihan ini telah dicipta oleh Dr Izumi Tabata.



Kajian ini telah dilakukan Institut Kebangsaan Sains Sukan di Tokyo, Jepun. Kajian yang dilakukan adalah mengenai kesan senaman sederhana berbanding dengan senaman tinggi intensiti anaerobik. Kapasiti anaerobik adalah kebolehan untuk menggunakan tenaga tanpa menggunakan oksigen yang banyak, di mana akan membina stamina dan juga mengelakkan otot menjadi lenguh. Ianya lebih baik dari kita berjogging dan berlari.


Keputusan kajian tersebut menunjukkan senaman rendah hingga sederhana intensiti tidak memberikan kesan terhada kapasiti anaerobik berbanding dengan senaman tinggi intensiti yang dilakukan secara berselang mampu meningkatkan kapasiti anaerobik sehingga 28% dalam masa 6 minggu.

tabata 2


Bagaimana senaman Tabata ini dilakukan?

1. Pilih 3 atau 4 jenis senaman yang melibatkan otot-otot yang besar. Sebagai contoh, squad, push up, lunge, dan juga sit up.

2. Kemudian setkan masa. Jumlah masa senaman adalah selama 4 minit. Setiap 20 saat anda akan melakukan senaman di atas dengan sebanyak dan sepantas yang boleh. 10 saat berikutnya anda akan berehat. Kemudian lakukan senaman yang seterusnya selama 20 saat.

3. Lakukan senaman ini selama 8 hingga 12 minit. Anda akan merasai perbezaannya berbanding dengan senaman kardio yang biasa.

Seorang pakar senaman yang terkenal iaitu Dr Michele Olson dari Amerika Syarikat semasa membentangkan tentang senaman Tabata ini dalam Persidangan Tahunan di American College of Sports Medicine(ACSM) pada 2013 menyatakan bahawa senaman Tabata akan membakar 13.5 kilokalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan dua kali ganda seseorang selama 30 minit selepas itu.

Beliau mengkaji senaman Tabata ini secara saintifik yang beliau mendapati senaman ini meningkatkan kadar metabolisma dengan sangat tinggi. Ia memerlukan 5 kali ganda senaman kardio yang biasa untuk membakar jumlah kalori yang sama sebagai contohnya berjalan laju selama 20 minit. Saintis dan pakar senaman amat mencadangkan senaman ini untuk membantu meningkatkan kecergasan, menguatkan jantung, menurunkan berat badan, menghilangkan buncit perut, mengawal paras glukosa darah dan menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, darah tinggi, stroke dan sebagainya.

Bagi mereka yang baru mula nak berjinak jinak dengan senaman, anda perlu mulakan dengan senaman yang ringan dahulu dan jangan paksa diri anda secara keterlaluan semasa mencuba senaman ini.

No comments: